Tuesday, November 21, 2017

Kemunculan Semula Khalid Ibrahim, Tanda Amaran Pengundi Cina….




AIDCNews -20/11/17-Sepatutnya hanya dua tiga kerat sahaja pengundi Cina yang muncul semasa ceramah tokoh-tokoh politik yang dipecat DAP, namun berbeza dengan ceramah pada Sabtu yang menampilkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bertempat di medan selera Bukit Teratai, pengundi Cina masih mengerumuni ceramah Khalid bersama dua tokoh DAP yang dipecat keahlian, bekas ADUN Teratai, Jenice Lee dan bekas ADUN Teluk Datuk, Philip Tan.
Signal menarik pengundi Cina menjelang PRU 14 itu turut diulas oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.



Menurutnya, dengan perkembangan terbaharu itu, Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP perlu berfikir semula jika mereka masih menganggap pengundi Cina adalah deposit tetap pembangkang.
“Perkembangan kehadiran penyokong khususnya di kawasan Pandan yang melibatkan pengundi bukan Melayu yang kononya selama ini PH anggap sebagai ‘stock’ undi mereka harus diberi perhatian oleh PH.
“Kemunculan sosok Khalid Ibrahim yang mampu menarik pengundi bukan Melayu kawasan bandar harus diberi perhatian khusus,”katanya dalam Facebook.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah masyarakat Cina Selangor sudah mula menilai balik pemimpin-pemimpin mereka yang dipecat oleh DAP dulu? Begitu juga  kepada bekas MB Selangor Khalid Ibrahim yang dipecat oleh partinya PKR dalam projek 'Langkah Kajang'? 
Apakah ini pertanda awal rakyat Selangor akan menolak pimpinan yang ada sekarang? Bahkan momentum baru mula terserlah dan mengorak langkah! Baguslah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang keruh hanya dari DAP, PKR dan UMNO. PPBM baru nak mula kacau daun melalui DAP!
Lihat sebelum ini..


Pickpockets Ada Di Eropah, Lagi Canggih. Apa Canggihnya?



CATATAN SANTAI IBNU HASYIM   

SERONOK tetapi mencemaskan. Mungkin ini adalah salah satu perisa yang timbul semasa dalam perjalanan di Eropah Barat. 

Bangunan gaya kampung atau gothic pasti merosakkan mata, ditambah dengan ladang-ladang hijau yang ditemui pada kebanyakan perjalanan.
Jangan lupa jalan-jalan dan tempat-tempat pelancongan bersih...  Bersih la sikit. Sekurang-kurangnya bersih dari tempat yang sama kalau di Indonesia atau Malaysia.
 
Jalan air di pinggir bangunan di Venice, Itali, Ogos 2017.

Jelas kawanku semasa saya mengunjungnya di Jakarta tempoh hari. Sememangnya ramai orang Indonesia masih membuat Eropah sebagai destinasi utama pelancong mereka.

"Dalam momentum lebaran, sehingga 1,000 kumpulan berkunjung ke Eropah," kata pemimpin tipikal yang pernah membawa kumpulan ke Eropah, sambil berbual dengan kami dalam perjalanan ke Itali-Switzerland-Jerman, Ogos 2017. 

Menurutnya, perjalanan dari Indonesia bermula sejak pertengahan bulan ini (Ogos). Sekiranya hanya sekumpulan 20 orang, maka sekurang-kurangnya 20,000 orang Indonesia pergi ke Eropah pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, dalam meneruskan pemimpin pelancongan, perjalanan ke Eropah perlu lebih berhati-hati. 
Imej yang berkaitan

"Penyeluk saku bahkan pencuri, samun mengintai setiap masa. Walaupun tidak semua negara di Eropah seperti itu, tetapi tidak tertidur dengan kemajuan atau keindahan Blue Benua itu. Malah pickpockets di Eropah lebih canggih dan lebih halus daripada pickpockets di Indonesia. Di Malaysiapickpockets sudah hampir tak ada lagi

"Umur dan jantina bukan halangan bagi mereka untuk menjadi pencopet. Dalam sesetengah kes, pesalah adalah nenek. Atau juga seorang anak muda berpenampilan dan bertali leher, tetapi pencopet. Hanya perlu berhati-hati." Dia mengeluh. 

Dikatakan juga, pickpockets Eropah telah terlatih untuk tindakan sedemikian.
Lihat buku,  "The Dome of The World" 

Ibnu Hasyim 20 Nov 2017.

Lihat sebelum ini..

Monday, November 20, 2017

K'tan Umum Bonus Penjawat Awam RM1500 (Dibayar Berperingkat)



Nampaknya kelantan tidak mahu ketinggalan cuba menunjukkan pentadbiran negeri bertambah baik dan mampu memberi bonus lebih tinggi daripada federal. Tetapi bonos tersebut dibayar secara berperingkat. Perkara tersebut dinyatakan dalam twitter menteri besar kelantan.

Selangor masih leading sebagai negeri yang cekap pentadbiran berikutan kerajaan selangor mampu memberi bonus tertinggi antara negeri lain dimalaysia.

Sumber : AhmadYakob

(bankami.blogspot.my)

Lihat sebelum ini..

32 Tahun Tragedi Memali: Dr M Mengarahkan Pembunuhan..



TANGGAL 19 November 1985 adalah tarikh yang tidak dilupakan oleh seluruh ahli dan pimpinan PAS. Sama ada yang baru atau yang lama dan muda atau tua. 

Ianya akan sentiasa terpahat kemas “luka berparut batu nisan” kisah duka yang segar padat dalam ingatan pencinta perjuangan Islam tanah air.
Kalam keramat yang rajin diucapkan oleh As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) menjadi tasji’at kepada anak muda. As-syahid senantiasa memetik dalam ucapannya kalam Saidina Khalid Ibnu Walid ketika mengutus risalah dakwah kepada Emperial Parsi:

فقد جئتكم بقوم يحبون الموت كما تحبون الحياة
  • “Sesungguhnya kami datang kepada kamu dengan satu kaum yang kasih kepada mati sepertimana kalian kasih kepada hidup.”

Amalulillah yang menjadi syiar dan tagihan kerja jihad para pemuda PAS. Meletakkan syahid sebagai cita-cita tertinggi, merapat saf serta bekerja demi memartabatkan Islam. Bukan hanya bangga faham Islam tetapi tinggal perintah Allah bekerja dan berjihad.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
30 Safar 1439 | 19 November 2017

Hasil carian imej
Imej yang berkaitan
Komen Weblog Ibnu HasyimPeristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Ini antara peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Kira-kira 2 minggu sebelum terjadi peristiwa itu saya bertemu Ustaz Ibrahim Libya di suraunya di kampung itu. Saya bersama pimpinan PAS masa itu, Ustaz Nakha'e Hj Ahmad yang ditugaskan oleh PAS Pusat berbincang dengan Ustaz Ibrahim mengenai masalah semasa di Baling waktu itu...

Inilah antara dosa-dosa besar Dr M yang menjadi PM waktu itu mengarahkan pembunuhan tersebut melalui Timbalannya Datuk Musa Hitam.


Lihat sebelum ini..  

Turki Haram Semua Acara LGBT. M'sia Pula Begini..


ANKARA, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Turki mengharamkan tayangan filem atau apa-apa pertunjukan yang berkaitan golongan bermasalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata pejabat Gabenor Angkara.
Larangan itu bermula pada kelmarin di wilayah Ankara dan akan berterusan sehingga notis selanjutnya.
“Bermula dari 18 November 2017, sebarang acara yang berkait dengan LGBT … pawagam, teater, panel, wawancara, pameran diharamkan sehingga notis selanjutnya di wilayah kami untuk memberikan keamanan dan kesejahteraan,” kata pejabat gabenor dalam satu kenyataan.
Kenyataan menyebut bahawa pameran sedemikian boleh menyebabkan kumpulan yang berlainan dalam masyarakat di wilayah itu untuk membenci secara terbuka dan membawa kepada permusuhan terhadap satu sama lain dan oleh itu menimbulkan risiko keselamatan awam.
Pihak berkuasa di Ankara telah mengharamkan perayaan filem gay Jerman pada hari Rabu, sehari sebelum ia bermula, berikutan risiko keselamatan dan keganasan awam.
Sebelum ini, perarakan kebanggaan gay telah diharamkan di Istanbul sejak dua tahun lalu. – Agensi
Komen Weblog Ibnu HasyimKeputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia... Berkeputusan bahawa gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut. Antaranya:
Aspek Akidah
  1. Berpegang kepada Konsep Pluralisme. Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.
  2. Akal Manusia Adalah Wahyu. Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.
  3. Meragui Ketulinan Al-Quran. Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.
Aspek Syariah.
  1. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith. Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.
  2. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.
  3. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian. Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.
  4. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam. Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.
  5. Sikap Terhadap Hukum. Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.
Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.
Lihat sebelum ini..  

Siapa Ketua Sebenar PR/PH? DAP Alegik Mengenai Islam. -Dedah Tian Chua


AIDCNews -18/11/17-Sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau Pakatan Harapan (PH) ketua sebenar gabungan pembangkang itu adalah DAP, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Menurutnya, DAP juga telah menggunakan kuasa mutlaknya untuk menguburkan PR, gabungan tiga parti, DAP, PKR dan PAS pada Julai 2015, walaupun keputusan itu tidak dipertujui parti Keadilan.
“DAP yang umumkan Pakatan Rakyat sudah mati (pada Julai 2015)..saya (DAP) tidak peduli PKR setuju atau tidak, kami (DAP) akan umumkan (PR) sudah mati..,” kata Tian Chua dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DAP merupakan sebuah parti sangat alegik apa-apa sahaja perkara yang berkaitan Islam yang diperjuangkan PAS.
“Sebut saja hudud, sebut saja Islamic state, dia (DAP) loncat,”katanya

Di M'sia, Larang Bertudung Kalau Nak Kerja.. Pengalaman Gadis Ini.



LARANGAN bertudung di Malaysia? Merepeklah! Tipulah!

Itu adalah pemikiran saya dahulu. Saya rasa takkanlah di Malaysia, majoriti muslim ni pon nak larang. Tak percayalahhh.. tapi bila terkena batang hidung sendiri, baru tahu betapa parahnya Malaysia sekarang ni. Ini serius, tak kelakar (dalam nada sinis).


Ya, saya salah seorang muslimah yang terkena dengan larangan bertudung utk bekerja ini secara halus. Pernah pergi ‘interview’ salah satu NGO sebagai seorang ‘field researcher‘ di mana tugasannya akan banyak berada di dalam hutan berminggu-minggu malah mungkin berbulan.

Sebelum di ‘interview’ saya diberi questionnaire untuk dijawab yang mana kebanyakan soalannya perihal agama (do you perform religious meditation/rituals, do you perform any diet or fasting, and such..) pelik juga awalnya.

Tapi teruskan sahaja menjawab sambil berpegang dengan jatidiri sebagai seorang muslimah! Bila di ‘interview’ soalan-soalan itu juga yang ditanya balik. Adakah saya perlu memakai tudung 24 jam, adakah saya perlu berpuasa, adakah saya melakukan solat 5 waktu, adakah saya seorang yang sangat ‘religious’.

Saya menjawab secara jujur sambil berpegang dengan pendirian sebagai seorang muslim. Tapi makin lama soalan semakin pelik.

Dalam hati.. “kau ni dah kenapa tanya soalan macam tu, dah tentu-tentu kau duduk Malaysia, walaupun Cina tapi macamlah tak faham norma orang Islam..pfttt”

Rupa-rupanya akhir kalam, selepas berbasa-basi, secara jujurnya orang yang mereka cari dan berharap saya menuruti adalah:
  • Tidak boleh pakai tudung;
  • Tidak boleh berpuasa;
  • Tidak boleh solat
Alasannya:
  • Mereka takut saya pengsan jika pakai tudung dalam cuaca yang tak menentu dalam hutan;
  • Mereka takut saya pitam jika berpuasa sambil menjalankan tugasan yang berat;
  • Mereka tidak mahu ibadah solat melambatkan perjalanan rakan2 yang lain.
Saya senyum. Dalam hati, sangat-sangat marah sambil merenung betapa umat Islam dahulu berpegang dengan syariat Islam, walaupun sedang berperang, sedang berhijrah, bahkan sedang dikurung!

Mereka tidak pernah melonggar-longgarkan ibadah mereka. Semuanya dikerjakan tanpa sebarang masalah. Saya perlu tegas!

Saya jawab dengan baik, “saya orang iIslam memang itu semua kewajipan bagi saya. Tiada masalah bagi saya walau dimana dan cara bagaimana sekalipun..” (hey, I survive in Sarawak! where the muslims are not the majority.)

Tapi dia tetap tak puas hati! Dia masih memprovok saya dan menggunakan kaedah diplomasi supaya saya melonggarkan sedikit kewajipan saya, seperti:
  • Boleh nak pakai tudung, tapi tak boleh menutupi leher; 
  • Tak perlu berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan, gantikan je; 
  • Solat-solat tu, qada’kan je selepas kerja.
Saya senyum lagi. Dalam hati, “eh Cina ni..pandai pulak ganti-ganti, qada’-qada’ ni. Maksudnya dia tahu la Islam ni macam mana..hmm memang Islam ni kau yang punya nak gubal sesuka hati.”

Dia dapat rasakan saya masih berpegang dengan pendirian saya, jadi sebagai kata akhir dia suruh saya fikir-fikirkan semula untuk menerima kerja tu. Saya tak terima tawaran kerja tu.

Bukan sebab iman nipis senipis kulit bawang, bukan juga sebab tak mampu terima cabaran untuk bekerja sambil berpegang dengan jatidiri muslim, dan bukan juga kerana mereka Cina (mind you, i befriend with Indians, Chinese, and Ibans too).

Tapi kerana saya taknak bersekongkol dengan sebuah institusi pekerjaan yang memandang remeh dan menjadikan syariat islam sebagai satu bahan jenaka (ya, mereka gelak secara sarkastik ketika nak menegakkan hujah mereka untuk tidak patuh dengan suruhan dan larangan org Islam. How dare!)

Setiap muslimah ada hak untuk bekerja apa sahaja pekerjaan yang mereka sukai tanpa perlu melonggarkan jatidiri mereka sebagai muslimah! Tak kisahlah jika anda bukan orang melayu (islam), jika anda rakyat Malaysia, anda sepatutnya faham dengan undang-undang islam yang memang dah termaktub dalam perlembagaan Malaysia untuk dihormati!

Apatah lagi jika anda memang seorang Melayu (Islam) tapi tetap menyokong larangan bertudung di tempat kerja.
Shame! Shame on you..

Artikel ini diambil daripada Facebook Hanan Humaira Rozali


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Demi nama baik Malaysia pihak bertanggung jawab, sila ambil tindakan. Pihak yang terlibat atau mangsa sila buat laporan polis.

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails