Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

▼

Friday, December 17, 2021

Kepada 'barua DAP' pemfitnah Dr Kamarul Zaman. Sila ambil perhatian..

 

Jamzuri mohon maaf kepada Dr Kamarul di mahkamah

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi PAN Negeri Melaka, Jamzuri Ardani menjadi pemimpin parti itu yang terkini terpaksa memohon maaf kepada penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Perkembangan ini menjadikan Jamzuri sebagai pemimpin keempat daripada PAN yang akhirnya berbuat demikian dalam tempoh empat bulan ini kepada Dr Kamarul iaitu pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM).

Permohonan maaf Jamzuri kepada Dr Kamarul itu kerana muat naik di Facebook beliau bertarikh 5 April 2020, di mana telah direkodkan di depan Hakim Mahkamah Sesyen 7, Lailatul Zuraida Harron @ Haron, di sini semalam.

Serentak dengan itu, Jamzuri juga telah menarik balik kenyataan beliau dalam muat naik di Facebook  peribadinya itu yang menyentuh beberapa dakwaan langsung mengenai atau ke atas Dr Kamarul.

Muat naiknya itu mendakwa Dr Kamarul seorang yang terlalu naif; hanya mampu mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu provokasi politik bodoh; dan bukan ahli akademik yang cerdik dan berprinsip, serta menjadi kuda tunggangan orang politik.

Peguam Dr Kamarul, Mohd Harris Mohan Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris, ketika dihubungi mengesahkan permohonan maaf Jamzuri kepada Dr Kamarul itu melalui sesi mediasi sebelum bicara penuh dimulakan semalam.

“Dr Kamarul sangat teruja dengan perkembangan ini dan sekarang ini kami mahu lebih fokus kepada beberapa kes besar yang sedang saya kendalikan. Termasuk saman-saman beliau terhadap Khalid Samad, Hanipa Maidin, Lim Guan Eng, Hannah Yeoh, Steven Sim dan Datuk Kadir Jasin.

“Selain itu, seorang lagi peguam, iaitu Faidhur Rahman Abdul Hadi juga sedang mengendalikan kes-kes saman beliau terhadap 6 pemimpin besar DAP lain, iaitu Lim Kit Siang, Teresa Kok, Chong Chieng Jen, Lim Lip Eng, Wong Kah Woh dan Dr Ramasamy.

“Kami menaruh keyakinan tinggi kami akan memenangi sebahagian besar daripada kes-kes saman ini seterusnya memulihkan balik imej dan kewibawaan Dr Kamarul yang selama ini cuba dicemar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Mohd Harris.

Sebelum ini, pada 11 September, Naib Ketua Pemuda PAN Negeri Perak, Mohd Fitri Asmuni juga memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau dalam muat naik Facebook beliau yang menyentuh mengenai Dr Kamarul.

Antara lain muat naik Mohd Fitri itu mendakwa Dr Kamarul seorang cybertrooper bertaraf doktor; seorang yang cuba membohongi dan mengelirukan pembaca; dan seorang penakut yang hanya mampu berselindung di sebalik penulisan seperti di media sosial.

Manakala pada 29 Oktober, Ketua Pemuda PAN Sungai Besar, Selangor, Ahmad Zhafri Md Noor, juga memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau dalam muat naik Facebook beliau yang menyentuh mengenai Dr Kamarul.

Muat naik oleh Ahmad Zhafri itu mendakwa Dr Kamarul seorang yang mempunyai mentaliti pengalah; sengaja meniup fitnah yang mengapi-apikan sentimen perkauman; dan bersifat jahat dan suka menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.

Terbaharu, pada 4 Disember, mantan Naib Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan, Kamal Koh Abdullah juga memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau dalam muat naik Facebook beliau menyentuh mengenai Dr Kamarul.

Kamal Koh dalam muat naik itu mendakwa Dr Kamarul seorang penghasut profesional; menulis tulisan yang kekosongan; dan mendidik rakyat Malaysia menjadi sempit, emosional dan rasis atau asabiyah perkauman.

Turut sama memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau sebelum itu yakni pada 11 November dalam muat naik Facebook beliau yang menyentuh mengenai Dr Kamarul adalah Muhammad Al Hanif Mah Hassan.

Muat naik Muhammad Al Hanif mendakwa Dr Kamarul seorang yang tidak boleh dipercayai; membuat muat naik Facebook yang mempertikaikan kehadiran Raja Muda Perlis dalam satu acara bersama Steven Sim dan memadamkannya; dan memfitnah penerima bantuan motosikal daripada Steven Sim. – HARAKAHDAILY 17/12/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila ambil perhatian, ramai lagi 'barua-barua DAP' yang memfitnah dan terpaksa memohon maaf kepada penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Peguam Dr Kamarul, Mohd Harris Mohan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan.. 

“Dr Kamarul sangat teruja dengan perkembangan ini dan sekarang ini kami mahu lebih fokus kepada beberapa kes besar yang sedang saya kendalikan. Termasuk saman-saman beliau terhadap Khalid Samad, Hanipa Maidin, Lim Guan Eng, Hannah Yeoh, Steven Sim dan Datuk Kadir Jasin.

“Selain itu, seorang lagi peguam, iaitu Faidhur Rahman Abdul Hadi juga sedang mengendalikan kes-kes saman beliau terhadap 6 pemimpin besar DAP lain, iaitu Lim Kit Siang, Teresa Kok, Chong Chieng Jen, Lim Lip Eng, Wong Kah Woh dan Dr Ramasamy."

Lihat sebelum ini..
Lim Guan Eng dimahkamah
1. Tiada kesilapan besar dalam dokumen
2.  L.G.Eng/Nazri Aziz, Menarik di Mahkamah Sesyen KL ...
3. Rakaman kenyataan mendiang Ewe direka palsu – pemb...
4. Guan Eng masuk IJN pula, bicara diteruskan
5. G/Eng RM44,375 sebulan. 'barua' dapat apa? Papa ke...
 Bersambung..

Selingan tambahan
Video: Presidn PAS


[LIVE] KULIAH DHUHA ONLINE MASJID RUSILA | 17 Dec 2021

https://www.youtube.com › watch
LANGSUNG
[LIVE] KULIAH DHUHA ONLINE MASJID RUSILA | 17 Dec 2021 ... Kuliah Dhuha Masjid Rusila ...
YouTube · Abdul Hadi Awang · 26 minit lalu

[Siaran Langsung] Kuliah Dhuha, Masjid Rusila, Marang ...

https://www.youtube.com › watch
PRATONTON
19:11
KULIAH DHUHA JUMAATMasjid Rusila, Marang, Terengganu 28 Rabiul Akhir 1443H 03 Disember ...
YouTube · Terengganukini Live · 2 minggu yang lalu

[Siaran Langsung] Kuliah Dhuha Online Rusila, Marang ...

https://www.youtube.com › watch
PRATONTON
45:56
[Siaran Langsung] Kuliah Dhuha Online Rusila, Marang, Terengganu 10 I 9 l 2021 Bersamaan 3 ...
YouTube · Terengganukini Live · 10 Sep 2021

[Siaran Langsung] Kuliah Dhuha Masjid Rusila, Marang ...

https://www.youtube.com › watch
1:13:38
[Siaran Langsung] Khutbah Jumaat ,Masjid Rusila, Marang, Terengganu 01 I 10 l 2021 Bersamaan 23 ...
YouTube · Terengganukini Live · 1 Okt 2021

[Siaran Langsung] Kuliah Dhuha ,Masjid Rusila, Marang ...

https://www.youtube.com › watch
PRATONTON
1:03:19
KULIAH DHUHA JUMAATMasjid Rusila, Marang, Terengganu 21 Rabiul Akhir 1443H 26 November ...
YouTube · Terengganukini Live · 3 minggu yang lalu
Tiada: Dec ‎| Mesti merangkumi: Dec

[Siaran Langsung] Mimbar Masjid Rusila - YouTube

https://www.youtube.com › watch
54:37
KHUTBAH JUMAATMasjid Rusila, Marang, Terengganu 05 Jamadil Awwal 1443H 10 Disember ...
YouTube · Terengganukini Live · 6 hari yang lalu

[Siaran Langsung] KULIAH DHUHA JUMAAT - YouTube

https://www.youtube.com › watch
PRATONTON
26:43
1,581 views • Streamed live on Dec 9, 2021 • KULIAH DHUHA JUMAAT Masjid Rusila, Marang ...
YouTube · Terengganukini Live · Seminggu yang lalu

[LIVE] KULIAH DHUHA ONLINE MASJID RUSILA - YouTube

https://www.youtube.com › watch
PRATONTON
1:01:54
Kuliah Dhuha Masjid Rusila, Marang, Terengganu 16 l 7 l 2021 Bersamaan 06 Zulhijjah 1442H⏰09.00 ...
YouTube · Abdul Hadi Awang · 16 Jul 2021
Tiada: Dec ‎| Mesti merangkumi: Dec

KULIAH DHUHA ONLINE MASJID RUSILA,MARANG ...

https://m.facebook.com › paspusat › videos › kuliah-dhuh...
KULIAH DHUHA ONLINE MASJID RUSILA,MARANG TERENGGANU 21l 08 l 2020 Bersamaan 2 ...
Facebook · 21 Ogo 2020

Terengganu Kini - KULIAH DHUHA ONLINE MASJID RUSILA ...

https://www.facebook.com › terengganukini.net › videos
1:18:24
KULIAH DHUHA ONLINE MASJID RUSILA,MARANG TERENGGANU Semperna Perintah Kawalan ...
Facebook · Terengganu Kini · 20 Mac 2020

Navigasi Halaman

Ibnu Hasyim at Friday, December 17, 2021
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

Biodata Blogger

My photo
Ibnu Hasyim
Malaysia
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
View my complete profile
Powered by Blogger.