KUALA LUMPUR: Semua wakil rakyat dan ahli PAS digesa terus bekerja menyantuni dan membantu rakyat yang dalam kesusahan walaupun dalam tempoh darurat.
Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata, ramai rakyat di bawah yang berada dalam kesusahan berikutan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk PKP- Bersyarat dan PKP- Pemulihan serta yang ditimpa musibah banjir di beberapa negeri.
“Walaupun darurat, semua ahli PAS terutama wakil rakyat mesti terus bekerja untuk santuni rakyat. Bantu mereka ditimpa musibah banjir sama ada tenaga atau wang.
“Santuni orang susah di tempat masing-masing. Biar kita yang ziarah mereka, jangan biarkan mereka mencari kita. Ini sudah menyusahkan mereka. Kerana mereka terpaksa meninggalkan urusan harian mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Menurut Idris, semua ahli PAS, Ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa Kampung mesti menjadi pelapor kepada pihak berkuasa mengenai masalah yang berkaitan rakyat untuk diambil tindakan.
“Permudahkan urusan rakyat yang memerlukan bantuan yang disediakan oleh kerajaan seperti cara mengisi borang dalam talian
“Manakala, bagi kawasan yang tidak ada wakil rakyat, diharap pusat khidmat PAS Kawasan mesti diaktifkan,” katanya.
Jelasnya, pelaksanaan darurat bukan penghalang untuk terus bekerja dan berbakti kepada rakyat, namun perlu penjagaan diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Beliau turut memetik sabdaan Nabi SAW yang bermaksud; “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menutupi aib seorang Muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Dan siapa yang memberi kelapangan akan saudaranya, maka Allah akan melapangkannya“. – HARAKAHDAILY 15/1/2021
Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 4
Sejak bila hak orang asal Islam / melayu Malaysia dirogol? Oleh siapa?
ReplyDeleteSejak UMNO Perikatan perintah 60 tahun lalu hingga la nie. Oleh melayu islam UMNO sendiri! Dan la nie PAS pon rogol sama!
Semoga pas kekal istiqamah. Ingat peristiwa fitnah 90 juta, akhirnya terbukti itu merupakan fitnah super mega. Dan sekarang pertahan hak asal orang melayu sedang berdendang.
ReplyDeleteAgak mengecewakan bila membuat permohonan I-Sinar baru-baru ini..kerana memerlukan surat sokongan agar boleh dapat duit sendiri. Namun apabila di buat semakan pada rakan-rakan yang berkerja dengan syarikat-syarikat yang berkaitan GLC antara dari ribuan sayarikat GLC iaitu PETRONAS dan TELEKOM MALAYSIA ..boleh dikatakan hampir 98% permohonan I-SINAR dari pekerja-pekerja yang bekerja dlam syarikat-syarikat GLC permohonan mereka di LULUSKAN oleh KWSP tanpa perlu menyertakan atau melampirkan sekali surat sokongan..sedangkan mereka yang berkerja di syarikat yang dinyatakan tidak terjejas dengan apa-apa jua pemotongan atau pengurangan gaji..malah mereka-mereka ini mempunyai gaji yang agak besar malah layak pula mendapat I-Sinar..
ReplyDeleteSedangkan mereka-mereka yang bekerja dengan syarikat YANG BUKAN GLC apa bila membuat permohonan terus di minta menyediakan dan perlu melampirkan surat sokongan..nak tanya ADIL KAH begitu KWSP dan kerajaan? Apa alasan nya permohonan mereka berjaya ..Adakah syarikat- syarikat GLC ini banyak beri sumbangan dana kepada kerajaan Malaysia ke? Hingga pekerja-pekerja syarikat-syarikat GLC memperolehi keistimewaan kelulusan permohonan I_SINAR dari KWSP dengan mudah je? Atau ada perjanjian kah antara KWSP dengan syarikat-syarikat GLC?
Harap ada penjelasan yang telus dari KWSP
Santuni rakyat dengan cara lebai pas guna mersedes baru dan naik kan gaji para lebai pas.
ReplyDelete