Monday, January 18, 2021

2 Individu hina Agung, Ahmad Sayuti Bashiron &YB Salahuddin Ayub.. ?

 

Pemuda PAS buat laporan polis terhadap individu-individu yang menghina YDPA Agong

Kubang Pasu- Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat satu laporan polis terhadap 2 individu yang sengaja menghina YDPA Agong.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah diwakili ketua penerangan Abdul Hadi Omar dan Pengarah Pilihanraya Ku Muhyi Ku Hamid hadir ke IPD Kubang tengahari tadi untuk membuat laporan tersebut.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kecewa dengan dua kenyataan di facebook terdapat satu ‘print screen’ menggunakan nama Ahmad Sayuti Bashiron telah membuat satu komen berhubung artikel di pautan https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agong-perkenan-isytihar-darurat-hingga-1-ogos-277261 berbunyi “Bolej dah baca doa kat agung yang jahat ni”

Begitu juga tulisan YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub di dalam Twitter beliau yang dibuat pada 12/1/2021 jam 1157 hrs berbunyi “Rampas kuasa tubuh kerajaan atap. Takut hilang kuasa guna darurat. Inilah manusia yang bergayut dipagar istana. Tak de maruah”.

YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub secara sedar, sengaja dan dengan niat tidak baik telah mempertikaikan kuasa dan kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan manakala Ahmad Sayuti Bashiron secara sedar, sengaja dan dengan niat tidak baik telah menyifatkan YDPA sebagai seorang yang jahat.

Dengan mempertikaikan kebijaksanaan YDPA dan menuduh Baginda seorang yang jahat, maka tindakan YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub dan Ahmad Sayuti Bashiron tersebut boleh mendatangkan kebencian, membangkitkan rasa tidak puas hati kepada Yang Di Pertuan Agong dan Kerajaan dan jelas merupakan penghinaan terhadap YDPA dan institusi DiRaja.

YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub dan Ahmad Sayuti Bashiron juga secara jelas menyentuh sensitiviti masyarakat, boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, benci membenci, mendatangkan bangkitan marah dan menjejaskan perpaduan.

Oleh itu kami meminta satu siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub dan Ahmad Sayuti Bashiron di bawah peruntukkan undang-undang yang sedia ada.


IHtv

12 comments:

Anonymous said...

Untuk bang non taknak ker buat laporan. Sebab bang non pun menghasut ahli parlimen buat surat bantahan terhadap keputusan YDPA. Sekarang bang non nak challenge kat mahkamah pulak. Atau buat demostrasi jalanan, bidang kepakarannya. Ganggu proses ketenteraman.

Anonymous said...

Dulu sebelum dharurat, bang non kata ada no. Sampai sudah abang non klentong rakyat malaysia dan agong. Jika benar bang non ada no, dah tentu bang non jadi pm. Tak payah dharurat. Kuat kencing lagi bang non.

Anonymous said...

Tu dia puak2 penunggang agama..bab jual nama melayu dan istana mmg sembang kencang.

Terigt lebai2 bahlol ingkar titah sultan perak. Pggil mengadap ke istana pun buat boddow. Time dpt jawatan baru muka tebal dtg istana.

Skrg nk acah2 pembela raja2 melayu...kah355x!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Ingat PEPATAH MELAYU pusaka NENEK MOYANG Tanah Melayu KERAMAT kami ni:

RAJA ADIL, RAJA diSEMBAH

RAJA ZALIM, RAJA diSANGGAH!!

Jadi PASyg. dah jadi si KULI Melayu2 LIBERAL Bersatu amat HINA - JANGAN nak mengGERTAK Rakyat utk. berSUARA menentang KETIDAKADILAN & KEZALIMAN - berdasarkan KEADILAN & KEBENARAN berASASkan ISLAM adalah AGAMA NEGARA!!

Kononnya PEJUANG ISLAM, si PAS PENIPU ni!! TEMBERANG kamu dah PECAH selamanya!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lihat PENDERHAKA sebenarnya pd. KESULTANAN Islam/Melayu kita SEKARANG, si PAS BANGANG & DAYUS!!

Di -
http://theunspinners.blogspot.com/2021/01/kesilapan-institusi-raja-raja-melayu.html?m=1

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Itulah yg. nak GANTUNG Undg2 Perlembagaan, Sistem Demokrasi Berparlimen sbg. Semak & Imbang, dan Parlimen apahal - sdgkan KEDAI BAJU DALAM Barat amat LUCAH spt. VICTORIA's SECRET pun diBENAQkan berOPERASI waktu PKP!! Mmg. GILA betul rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal/PN FASIS, RASIS, TAMAK, BUAS, ANGKUH, PENIPU & RAKUS ni!!

Maka, DYMM SPB YDPA - mesti kembalikan Sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN ni berdasarkan KEBENARAN & KEADILAN tulen yg. diTUNTUT oleh ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA utk. memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN keramat kita, dan PECAT segera Muhyiddin sbg. PM, yg. MENIPU DYMM SPB YDPA & MAJLIS RAJA2, utk. memerintah sbg. DIKTATOR KUKU BESI kerana telah hilang MAJORITI di DEWAN RAKYAT!!

Lihat di -
https://ismaweb.net/2021/01/17/gantung-perlembagaan-tak-bantu-pulihkan-pandemik-covid-19-tok-mat/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Dan tgk. waktu DARURAT diLULUSkan, si DIKTATOR Muhyiddin dpt. BAJET hampir $40 JUTA utk. 3 DEWAN di kwsn. PARLIMEN PAGOH dia! GILA betul KEZALIMAN si PENDERHAKA, si DIKTATOR Muhyiddin - yg. telah MENIPU DYMM SPB YDPA kita ni!!

Di - https://www.editormalaysia.com/21016/

Anonymous said...

Takkan pemimpin yg banyak kes mahkamah nak dilantik jd pm. Pengikut ni yg banyak buat kacau, kononnya membela bangsa dan negara. Dah diri sendiri pun banyak kes, macam mana nak jadi pembela negara. Ayuh pilih pemimpin yg bersih yg tidak terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa. Pemimpin Islam di turki telah berjaya mengankat turki sebagai sebuah kuasa besar.

Anonymous said...

Dap pun dah tiru pas guna perkataan istiqamah. Mungkin pan dan pkr yg ajar.

Anonymous said...

Perkataan istiqamah tu hak milik pas ke?

Anonymous said...

Yg pan dan pkr pun tak sanggup pakai.

Anonymous said...

Presiden AMANAH Mohamad Sabu meminta pimpinan dan ahli parti itu tidak menyerang mana-mana kakitangan kerajaan khususnya pasukan keselamatan negara seperti Panglima Angkata Tentera atau Ketua Polis Negara.

Mohamad berkata jika mahu memberi kritikan hendaklah tumpu kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri ‘kerajaan pintu belakang’.

“Jika mahu membuat kritikan, tumpukan kritikan kepada Perdana Menteri dan menteri menteri kerajaan pintu belakang, bukan kritikan terhadap mana mana kakitangan kerajaan khususnya pasukan keselamatan negara,” kata beliau dalam kenyataan ringkas.

Ini pun pertikai pm yg di pilih oleh YDPA. Nampaknya istiqamah ph derhaka YDPA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails