Monday, December 21, 2020

Rampasan bernilai RM365,917 daging kambing sejuk di Terminal Butterworth Utara.

 

DMPP: Segera tangani isu halal daging import

DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) memandang serius perkara ini apabila Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang berjaya merampas daging kambing sejuk beku Australia yang dirampas di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) bernilai RM365,917.

Daging tersebut dirampas kerana dokumen halal yang mengelirukan serta tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam permit import MAQIS.

Rampasan ini telah mengundang rasa tidak yakin masyarakat terhadap daging sejuk beku import kerana bimbang daging tersebut tidak halal.

Ini merupakan kejadian kedua selepas kejadian rampasan yang dilakukan oleh MAQIS Johor yang mana hasil risikan mereka mendapati terdapat pembungkusan semula plastik yang dilabel logo halal.

Hasil risikan bersepadu yang diketuai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mendapati daging sejuk beku itu dibawa dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina.

Negara-negara tersebut bukanlah negara yang dibenarkan mengeksport daging sejuk beku ke negara Malaysia. Hasil rampasan adalah sebanyak 1500 tan daging sejuk beku bernilai RM3 juta.

Sesungguhnya perkara melibatkan makanan halal bukanlah suatu perkara yang main-main dan tidak seharusnya dipandang enteng.

Walaupun hasil risikan KPDNHEP daging yang terlibat bukanlah daging babi, namun status sembelihan dan status halal daging tersebut tetap menjadi tanda tanya.

Terdapat petikan ayat al-Quran yang menegaskan akan keseriusan status halal makanan iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat 168. Firman Allah swt, mafhumnya;

“Wahai manusia, makanlah dari makanan yang halal dan baik yang terdapat di muka bumi, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu,”.

Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru semua pihak berganding bahu bagi menangani masalah daging sejuk beku yang dikhuatiri status halalnya.

Selain KPDNHEP, MAQIS dan JAKIM, pihak SPRM juga harus terlibat sama dalam menyiasat samada terdapat unsur rasuah yang mebabitkan kakitangan awam dalam isu tersebut.

Usaha sama yang baik di antara semua agensi terbabit amat diperlukan demi memastikan masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Islam Memperkukuh Perpaduan
Islam Memimpin Wanita Sejahtera

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 Disember 2020 bersamaan 6 Jamadilawwal 1442H – HARAKAHDAILY 21/12/2020

IHtv
10 subscribers

3 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Inilah BALAnya bila SYARIKAT DAGING ISLAM/MELAYU, NFC kita diMUSNAHkan oleh guan eng HOMO DAP BANGKAI, waktu reim PH PENJAJAH Zionis MENGGANAS dulu! Skrg. mudahlah MUSUH2 Islam/Melayu dr. puak ZIONIS - nak MERACUN & MEROSAKkan umat ISLAM dgn. Daging2 tak HALAL dlm. MO Zionis amat JAHAT depa - melalui DAPpengganas ni!!

Lihat KEZALIMAN DAP BANGKAI-siMUSUH Islam/Melayu ni, di - https://www.theedgemarkets.com/article/nfc-trial-involving-misuse-rm250m-finally-kicks

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lagi KEZALIMAN rakus guan ebg HOMO/DAP BANGKAI ni pd. SYARIKAT DAGING HALAL Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, yg. diBANGUNkan dgn. JAYAnya oleh mantan PM Agung YAM DS Najib terCINTA kita di - https://www.theedgemarkets.com/article/mof-seeks-return-full-rm250m-loan-national-feedlot-corp-refers-case-ag-chambers%C2%A0

Anonymous said...

Setelah hampir 14 Hari bencana berlartuan disetiap pelusuk dunia samada gegaran gempa bumi, letusan gunung berapi, cuaca yang extreme serta lontaran bebola api dari langit, maka,tiada satu yang ketinggalan lagi yang ditanggung olih bumi.

Apakah tandanya???

Tandanya!!! Pemimpin besar akhirzaman dan musuh besar pemimpin akhirzaman telah pun nyata dibumi.

Kemuncaknya adalah pada 24hb diTimur paling jauh dan 24hb diBarat yang terkebelakang dari waktu.

Bermula dari selatan membawa ke utara dan berselang dari barat ketimur.. semua terkesan.

Carilah sendiri dibumi "ambiak"mana yang akan terlepas dari "bahaana' ini.

Hanya dua semenanjung saja dibumi ini yang akan terlepas iaitu semenanjung yang bermulanya Islam dan satu lagi adalah semenanjung yang akan datangnya pemimpin besar tersebut.

Bagi mereka yang menantikan, inshaallah indikasi ini pasti akan mengubat kerindukan mereka.

Tentukan temu panji anda pada 24 hb December di negara anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails