Friday, December 18, 2020

Pengurusan kes rasuah Lim Guan Eng disebut semula 19 Feb depan

 

Pada 11 Ogos lalu, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM372,000 bagi membolehkan sebuah syarikat ditawarkan projek. - Gambar fail

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini menetapkan 19 Februari depan untuk pengurusan kes rasuah bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew dan Ahli Perniagaan Phang Li Koon.

Hakim Ahmad Azahari Abd Hamid membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan memohon kepada mahkamah untuk melengkapkan dokumen berkaitan kes tersebut sebelum diserahkan kepada pihak mahkamah.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shafiq Hasim memaklumkan, pihaknya sebelum ini telah menyerahkan kira kira 100 dokumen dalam bentuk salinan cakera padat.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih memerlukan masa untuk menyerahkan baki lima dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan.
Pihak pembelaan yang diwakili RSN Rayer dan A Ruben Kumar bersetuju dan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mahu dokumen dalam bentuk salinan bercetak daripada pihak pendakwaan.
Shafiq berkata, sekiranya semua dokumen sudah lengkap, pihak pendakwaan akan memohon tarikh perbicaraan pada hari tersebut.
Pada prosiding hari ini, Lim, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan dua lagi tertuduh tidak hadir kerana mendapat pengecualian mahkamah.
Pada 11 Ogos lalu, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM372,000 bagi membolehkan sebuah syarikat ditawarkan projek.
Mengikut pertuduhan, Lim, 60 tahun, sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Penang Development Corporation (PDC), telah menggunakan kedudukannya untuk suapan wang berjumlah RM372,000 bagi isterinya melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.
Ia bagi memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn. Bhd. ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang bernilai RM11,610,000.00 di mana isterinya secara tidak langsung mempunyai kepentingan.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016 di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR.
Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Phang pula didakwa bersubahat dengan Lim dalam melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh sama.
Manakala, Chew didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pengubahan wang haram RM372,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Semua kesalahan didakwa dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama. (AA)

5 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

DAKWAAN2 kes RASUAH berkaitan SKANDAL Terowong bawah Laut - cuba diRINGANkan!!

Patutnya SPRM, PEGUAM NEGARA baru, LHDN, dan PDRM - MENYIASAT & MENDAKWA kes siasatan Rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ini, di bawah projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) - tetapi SPRM telah menghabiskan siasatan dengan begitu cepat serta didesak oleh seorang peguam kuat-penyokong Mahathir Mohd., iaitu Haniff Khatri,  walaupun SPRM, PDRM dan LHDN, belum menyiasat habis-habisan penglibatan Lim Guan Eng, Pemimpin-pemimpin utama DAP lain dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, serta disyaki juga, anggota-anggota SPRM sendiri, di dalam kes ini, serta kes Skandal Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ini, juga berkaitan dengan projek Lebuhraya PIL 1 (yang termahal di Malaysia, bernilai hampir $10 billion dengan hampir $500 juta untuk satu kilometer), projek-projek Perumahan-perumahan mewah (yang mana satu projek perumahan mewah $30 billion tepi pantai seluas 50 ekar untuk bayaran syarikat konsesi  Terowong Bawah Laut tersebut, oleh rejim DAP, telah diluluskan dengan amat rakus, hanya dalam masa 8 hari berbanding perumahan mampu milik Rakyat, mengambil masa antara lebih 200-lebih 500 hari - walaupun Terowong masih belum dibina selepas 7 tahun) dan pelbagai lagi projek-projek Pembangunan mewah, yang hanya menguntungkan, terutamanya, pemimpin-pemimpin politik dan syarikat-syarikat Kroni-kroni atau proxi Guan Eng-DAP yang Bukan Bumiputera dan Asing, yang amat Rasis, Fasis, Tamak dan Rakus, mungkin tanpa tender jujur atau tanpa tender terbuka, seperti didakwa lagi oleh YM Raja Petra , serta hanya menguntungkan juga, rakyat dan Warga-warga Asing yang kaya raya, yang disyaki berunsurkan jenayah-jenayah Rasuah, Penyalahgunaan Kuasa, Penipuan dan Penggubahan Wang Haram!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Bahkan, yang ganjilnya PDRM dan LHDN lansung tidak menyiasat dakwaan-dakwaan Rasuah dan Penipuan, serta jumlah sebenar di dalam kes-kes jenayah berkaitan Skandal Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ini, yang mungkin kos sebenarnya, berjumlah $60 billion, seperti didakwa oleh YM Raja Petra, wartawan terkemuka dari Malaysia Today net, dan yang mana, juga disyaki berlaku jenayah Penggubahan Wang Haram, yang ganjilnya, tidak juga disiasat oleh PDRM dan LHDN.

Bahkan kediaman-kediaman penimpin-pemimpin DAP ini, terutamanya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Timbalannya juga, serta kroni-kroni mereka dari penyokong-penyokong DAP - tidak digeledah lansung oleh SPRM dan PDRM, berkaitan kes-kes jenayah ini, seperti yang telah mereka lakukan dengan amat kejam, termasuk ada serbuan oleh PDRM di bawah bekas Ketua Polis Jenayah Komersial, yang Rasis dan Fasis, yang tanpa melalui SOP PDRM (aduan berasingan akan dibuat berkaitan  ke atas penipuan ini, seperti didedahkan juga oleh YAM Raja Petra, terhadap mantan PM Agung Orang Asal Islam/Melayu tercinta kami, YAM DS Mohd  Najib ibni Almarhum Tun Abd. Razak!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Apahal nak TAPIS link2 yg kami beri - sbg. BUKTI2 PENTING, terutamanya yg. diDEDAHkan oleg YAM Raja Petra, blog pro-Bersatu/PAS oi?!!

Anonymous said...

Dulu mereka kata pas terima 90 juta, tak pulak dibawa ke mahkamah. Reputasi pas kekal bersih dari rasuah. Eng Guan pulak, ke mahkamah dia. Eloklah dibicarakan. Sebaiknya tak dibicarakan seperti kes 90 juta. Tapi reputasi Eng Guan tidak seperti tutur bicaranya, maka perlu dibicarakan.

Ust Mokhtar Senik juga tidak dibicarakan yg kononnya berkelakuan tak senonoh. Tapi Anwar pulak, ke penjara dia. Lebai man pulak terpilih sebagai 7 terbaik menteri alam sekitar di asia. Kononnya golongan agamawan tidak petah mentadbir dan mengurus. Ph hanya pandai mewar-war, rupanya keluar idea kasut hitam. Sembunyi kotor di sebalik warna. Munafiq itu.

Anonymous said...

Ada opening mega store UNI QLO hari ini... tak payah pergi itu orang Cina punya store...

Boikot... elok ke supermarket Ebiet Liew dan Halaqah Market di Putra Jaya dan kedai muslim..

#BMF

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails