Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

▼

Saturday, January 04, 2020

Khutbah Jumaat Bahasa Orang Asli Temiar Dikumandangkan! Tahniah..


IMAM Masjid Al-Hidayah, Pos Hendrop, Aris Rami menyampaikan khutbah Jumaat dalam bahasa Temiar. - Foto Ramli Ibrahim

GUA MUSANG: Membaca khutbah Jumaat dalam bahasa Orang Asli Temiar berjaya menarik ramai etnik itu yang beragama Islam untuk menunaikan solat di Masjid Al-Hidayah, Pos Hendrop, di sini.
Setiap kali Jumaat, kira-kira 200 Orang Asli dari kampung berhampiran akan ke masjid itu yang berusia lebih 10 tahun.
Imam masjid, Aris Rami, 55, berkata, program mengimarahkan masjid bermula sejak pagi dengan kelas mengaji al-Quran dan fardu ain.
"Ketika solat Jumaat, khutbah akan dibacakan dalam bahasa Temiar untuk memudahkan masyarakat Orang Asli faham maksud yang ingin disampaikan.
"Kita sentiasa buat program keagamaan dan Alhamdulillah sambutan diberikan amat baik apabila semakin ramai penduduk daripada kanak-kanak ke dewasa ke masjid," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
ORANG Asli menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Pos Hendrop. - Foto Ramli Ibrahim
Penduduk Orang Asli, Bakar Abdullah, 50, berkata, masjid itu berjaya memainkan peranan menyatukan penduduk beragama Islam menerusi pelbagai aktiviti.
"Saya sendiri memeluk Islam hampir 30 tahun lalu dan di masjid ini kami diajar solat, mengaji al-Quran dan berpuasa pada Ramadan hingga amalan itu dididik kepada anak-anak kami.
"Dalam masa sama, kebajikan Orang Asli diberi perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya. (BH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
Hibur Hibur Sikit
Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan Semai yang membawa genre lagu balada. Meraka aktif pada akhir 1990-an dan telah menghasilkan 2 album. iaitu Asli (1999) dan Emas Permata (2000).

Kumpulan Jelmol terdiri daripada 5 anggota



  1. 44VIDEOS

    LAGU ORANG ASLI

    mohamad azni
    1. 5:18Prenhod (Versi Original) - Seniroi
    2. 4:50Apa Khabarmu - Seniroi
    • View full playlist

  1. 1:36:46

    WATCHED

    Jelmol - Kumpulan Lagu Terbaik

    Life Records Malaysia
    • 1 year ago
    •      
    • 105,108 views
    Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan ...



  2. 4:21

    WATCHED

    Jelmol - Halijah

    Zulu X Ray Mike
    • 11 years ago
    •      
    • 121,449 views
    Layan lagu versi org Iban ker apa tah.. huhu.. best nih.



Video

PRATONTON
4:53
SPM 2017 - ORANG ASLI: TARIAN JO'OH MAHMERI [29 ...

2:24
Menyingkap Misteri Muzik & Tarian Orang Asli

PRATONTON
5:15
Hari Moyang Kaum Mah Meri penuh tradisi dan 'mistik'

Hasil Pencarian


Ibnu Hasyim at Saturday, January 04, 2020
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

Biodata Blogger

My photo
Ibnu Hasyim
Malaysia
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
View my complete profile
Powered by Blogger.