Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

▼

Saturday, January 04, 2020

Khutbah Jumaat Bahasa Orang Asli Temiar Dikumandangkan! Tahniah..


IMAM Masjid Al-Hidayah, Pos Hendrop, Aris Rami menyampaikan khutbah Jumaat dalam bahasa Temiar. - Foto Ramli Ibrahim

GUA MUSANG: Membaca khutbah Jumaat dalam bahasa Orang Asli Temiar berjaya menarik ramai etnik itu yang beragama Islam untuk menunaikan solat di Masjid Al-Hidayah, Pos Hendrop, di sini.
Setiap kali Jumaat, kira-kira 200 Orang Asli dari kampung berhampiran akan ke masjid itu yang berusia lebih 10 tahun.
Imam masjid, Aris Rami, 55, berkata, program mengimarahkan masjid bermula sejak pagi dengan kelas mengaji al-Quran dan fardu ain.
"Ketika solat Jumaat, khutbah akan dibacakan dalam bahasa Temiar untuk memudahkan masyarakat Orang Asli faham maksud yang ingin disampaikan.
"Kita sentiasa buat program keagamaan dan Alhamdulillah sambutan diberikan amat baik apabila semakin ramai penduduk daripada kanak-kanak ke dewasa ke masjid," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
ORANG Asli menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Pos Hendrop. - Foto Ramli Ibrahim
Penduduk Orang Asli, Bakar Abdullah, 50, berkata, masjid itu berjaya memainkan peranan menyatukan penduduk beragama Islam menerusi pelbagai aktiviti.
"Saya sendiri memeluk Islam hampir 30 tahun lalu dan di masjid ini kami diajar solat, mengaji al-Quran dan berpuasa pada Ramadan hingga amalan itu dididik kepada anak-anak kami.
"Dalam masa sama, kebajikan Orang Asli diberi perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya. (BH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
Hibur Hibur Sikit
Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan Semai yang membawa genre lagu balada. Meraka aktif pada akhir 1990-an dan telah menghasilkan 2 album. iaitu Asli (1999) dan Emas Permata (2000).

Kumpulan Jelmol terdiri daripada 5 anggota



  1. 44VIDEOS

    LAGU ORANG ASLI

    mohamad azni
    1. 5:18Prenhod (Versi Original) - Seniroi
    2. 4:50Apa Khabarmu - Seniroi
    • View full playlist

  1. 1:36:46

    WATCHED

    Jelmol - Kumpulan Lagu Terbaik

    Life Records Malaysia
    • 1 year ago
    •      
    • 105,108 views
    Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan ...



  2. 4:21

    WATCHED

    Jelmol - Halijah

    Zulu X Ray Mike
    • 11 years ago
    •      
    • 121,449 views
    Layan lagu versi org Iban ker apa tah.. huhu.. best nih.



Video

PRATONTON
4:53
SPM 2017 - ORANG ASLI: TARIAN JO'OH MAHMERI [29 ...

2:24
Menyingkap Misteri Muzik & Tarian Orang Asli

PRATONTON
5:15
Hari Moyang Kaum Mah Meri penuh tradisi dan 'mistik'

Hasil Pencarian


Ibnu Hasyim at Saturday, January 04, 2020 No comments:
Share

Setuju Cadangan AP K/T'ganu, M/Pendidikan Mesti Melayu Islam.


Menteri Pendidikan mesti Melayu Islam
BENAR kita tidak setuju dengan Dr Maszlee Malek dalam beberapa perkara. Tetapi saya tetap menghormati kesungguhan dan dayausaha beliau.
Saya harap tujuan perletakkan jawatan beliau bukanlah kerana tunduk kepada desakan pihak tertentu supaya memberi laluan kepada agenda yang melemahkan usaha memperkukuhkan dasar pendidikan kebangsaan yang berpaksikan Perlembagaan Malaysia.
Pengganti beliau sebagai Menteri Pendidikan mestilah seorang Melayu, Islam yang punya kualiti yang lebih baik dan mempunyai iltizam memperkukuhkan jatidiri pendidikan berasaskan acuan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat.
“Islam Memimpin Perpaduan”
YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
3 Januari 2020/ 7 Jamadilawwal 1441H – HARAKAHDAILY 3/1/2020 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sokong 100%, Menteri Pendidikan mesti Melayu Islam. Allahu Akbar!



Hibur Hibur Sikit

Panggilan Jihad Hidupkan



Versi Baru Lagu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Julung Kali Lagu Rasmi UMNO Dan PAS Berkumandang Bersama Di PWTC
Ibnu Hasyim at Saturday, January 04, 2020 4 comments:
Share

DAP Menang Besar? Dr Kamarul Zaman Mengulas 6 Isu,


BERDASARKAN pemerhatian saya, dalam ramai-ramai Menteri, Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada pemimpin DAP.

Dalam enam isu besar ini, beliau telah diserang beramai-ramai oleh pemimpin DAP.

Isu 1: Tiada peruntukan sekolah Menengah Persendirian Cina

Seawal Julai 2018 lagi bila Dr Maszlee memaklumkan di Parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi SMPC kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional, beliau terus diserang oleh pemimpin DAP, khususnya Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, dan ADUN Bercham, Ong Boon Piow.

Paling keras adalah kenyataan Ong Boon Piow pada 26 Julai 2018 berbunyi: “Perdana Menteri perlu menilai semula kedudukan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan”.

Isu 2: Guru agama Semenanjung jadikan Sarawak medan dakwah

Datang bulan Disember 2018 bila Dr Maszlee menasihatkan di Parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung menjadikan Sarawak sebagai medan dakwah, beliau diserang oleh pemimpin DAP, khususnya ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang, dan Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa.

Paling keras adalah kenyataan Abdul Aziz Isa pada 21 Disember 2018 berbunyi: “Dr Maszlee should pack up his things and send a resignation letter to Prime Minister”.

Isu 3: Kuota Pelajar Matrikulasi Universiti Awam

Serangan yang lebih keras datang bila Dr Maszlee mempertahankan keputusan Jemaah Menteri pada 24 April 2019 yang mengekalkan kuota 90 peratus Bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera untuk kemasukan pelajar Matrikulasi Universiti Awam yang menyebabkan 20 pemimpin DAP meluahkan rasa tidak puas hati mereka dalam satu kenyataan bersama.

Empat serangan paling keras datang daripada:

  • (1) Ahli CCC DAP merangkap Ahli Exco Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, yang menyebut pada 17 Mei 2019: “Dr Maszlee is stupid, big idiot”.
  • (2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “What is the difference between Dr Maszlee and Umno politicians?
  • (3) Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “Stupid! Mastery of any language is a skill and no longer a racial trait”.
  • (4) Ahli CCC DAP merangkap Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khim, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “We need a better education minister”.


Isu 4: Pengajaran tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan

Bila pengenalan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan menjadi isu pada Julai 2019, sekali lagi Dr Maszlee menjadi mangsa serangan beramai-ramai pemimpin DAP, kali ini oleh 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 ADUN, yang menentangnya dengan menyebut pada 31 Julai 2019: “Jika Jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia.”

Antara yang paling lantang menyerang adalah:

  • (1) ADUN Kota Kemuning dan Ahli Exco Kerajaan Selangor, V Ganabatirau, yang menyebut pada 5 Ogos 2019: “The minister seems to be having a lot more focus on the shoe and stocking colors and introducing khat which carries no significant values to the students.”
  • (2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “Having lost credibility Maszlee Malik has the temerity to say that khat has nothing to do so with Islam.”
  • (3) Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa, yang menyebut pada 13 Ogos 2019: “If you can’t take the heat, leave the chair! We need a more progressive and moderate Education Minister.”

Isu 5: Komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’

Seterusnya, bila Dr Maszlee mengumumkan pada 17 Oktober 2019 bahawa beliau telah mengarahkan JPN dan PPD untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan Hew Kuan Yau yang didakwa menyebarkan fahaman Komunis, beliau sekali lagi diserang beramai-ramai.

Kali ini beliau diserang oleh 43 pemimpin muda DAP yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda DAP merangkap ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong, yang beramai-ramai bertanya: “Kita nak tanya Maszlee, adakah beliau Menteri dilantik PH atau Umno? Jikalau dilantik oleh PH, mengapa perbuatan beliau semakin cenderung kepada Umno yang rasis?”

Isu 6: Soalan peperiksaan hubungan etnik UNIMAP

Paling mutakhir, Dr Maszlee diserang lagi oleh pemimpin DAP susulan tularnya soalan peperiksaan bagi matapelajaran Hubungan Etnik di UNIMAP yang menyifatkan Dr Zakir Naik sebagai ikon umat Islam dan susulan kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi bahawa ia tidak akan campur tangan dalam urusan pelaksanaan program akademik universiti.

Antara yang paling lantang menyerang adalah:

  • (1) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang menyebut pada 30 Disember 2019: “Maszlee Malik failed to take the initiative to reform the public universities. These universities are merely exaggerated versions of secondary schools.”
  • (2) Ahli Parlimen Klang merangkap Pengerusi SPAN, Charles Santiago, yang menyebut pada 1 Januari 2020: “Maszlee has not only failed to revamp the education system but has also not been successful in ensuring public educational institutions don’t further fan elements of racism.”
  • (3) Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, yang menyebut pada 2 Januari 2020: “The Ministry of Education cannot wash its hands of responsibility if ethnic relations courses in universities and institutions exacerbate and incite inter-racial and inter-religious misunderstanding, distrust and hate.”


Oleh itu, bila Dr Maszlee secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam keadaan beliau telah dan sedang diserang secara beramai-ramai oleh pemimpin DAP dalam pelbagai isu, maka pastilah persepsi yang timbul meluas di kalangan orang ramai ialah peletakan jawatan ini merupakan satu kemenangan yang amat besar untuk DAP.

Malah tidak sedikit yang menyebut pemimpin DAP, khususnya yang begitu lantang mendesak Dr Maszlee supaya meletakkan jawatan sedang beraya besar waktu ini.

Soalnya ialah benarkah DAP sudah menang besar?
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF 
–HARAKAHDAILY 2/1/2020
Ibnu Hasyim at Saturday, January 04, 2020 3 comments:
Share

PAS Kecam Kebiadaban Keganasan Antarabangsa AS.


PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh pihak Amerika Syarikat di Baghdad, pagi ini.
Jelas Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang 7 Jamadil Awwal 1441 / 3 Januari 2020 melalui Harakah daily sebentar  tadi..
"PAS melahirkan rasa kesal terhadap insiden ‘keganasan antarabangsa’ yang melampaui batas ini, dan mengecam campurtangan pihak Amerika Syarikat dalam urusan dalaman di Timur Tengah yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau tersebut.
"Semoga roh Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani ditempatkan di kalangan para syuhada dan hamba-Nya yang soleh."
Amin. (IH)
Ibnu Hasyim at Saturday, January 04, 2020 No comments:
Share
‹
›
Home
View web version

Biodata Blogger

My photo
Ibnu Hasyim
Malaysia
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
View my complete profile
Powered by Blogger.