Merancakkan industri pelancongan merupakan antara fokus utama program reformasi Visi 2030 oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman bagi mempersiapkan ekonomi Arab Saudi selepas era minyak.
Pengumuman itu menyusul hanya dua minggu selepas serangan ke atas infrastruktur minyak Arab Saudi dalam insiden yang menggemparkan pasaran minyak dunia dan me­ningkatkan kebimbangan konflik lebih besar tercetus di rantau tersebut.
“Membuka pintu Arab Saudi kepada pelancong antarabangsa adalah detik bersejarah untuk negara kami,” kata Pengerusi Lembaga Pengarah Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Arab Saudi, Ahmed al-Khateeb dalam satu kenyataan akhbar.
“Pelancong pasti terkejut dengan khazanah yang kami akan kongsikan dengan mereka termasuk lima Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), budaya tempatan yang meriah dan keindahan alam semula jadi yang memukau,” tambahnya.
Arab Saudi akan membuka permohonan untuk visa pelancong secara online kepada rakyat di 49 negara bermula hari ini, lapor rangkaian berita Bloomberg News yang memetik kenyataan Ahmed.
Ahmed turut berkata, negaranya akan melonggarkan peraturan ketat terhadap pakaian wanita asing, memboleh­kan mereka bergerak tanpa memakai jubah abaya yang diwajibkan kepada wanita tempatan.
Pelancong asing bagaimanapun masih perlu berpakaian sopan, tambah Ahmed tanpa memberi perincian lanjut.
Pemberian visa ke Arab Saudi sebelum ini terhad kepada pekerja asing, ahli keluarga mereka dan jemaah haji serta umrah. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada yang bertanya, apa erti 'longgar' dalam ayat ini, "..negaranya akan melonggarkan peraturan ketat terhadap pakaian wanita asing, memboleh­kan mereka bergerak tanpa memakai jubah abaya yang diwajibkan kepada wanita tempatan"?

Mungkin longgarnya seperti gambar di bawah?
Hasil carian imej untuk pelancong asing di saudi Perempuan asing tidak wajib berabaya di Arab Saud

Tapi kalau pelancong berpakaian begini pula (seperti 2 gambar di bawah), nak longgar apa lagi? Pelancong bebas syariat?
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk pelancong berbikini
Lihat Sebelum Ini..