Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

▼

Wednesday, November 14, 2018

Guru Disiplin Raba Kemaluan Murid, Lambang Sistem Didik Gagal..

Hasil carian imej untuk guru raba murid
Hiasan

KLANG - Pegang, raba, gongcang kemaluan selain memeluk muridnya itu adalah fakta yang diakui oleh seorang guru terlampau ketika prosiding di Mahkamah Sesyen Klang hari ini.

Akibatnya, Hakim, M Kunasundary menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 18 sebatan terhadap Fadzil Sulaiman selepas membuat pengakuan itu.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga kesembilan, guru disiplin itu mengaku mencabul kehormatan enam murid lelaki berusia 12 tahun di dalam makmal sekolah itu, di sini, antara Januari dan September 2017.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama serta Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Fadzil,55, dalam rayuannya memohon meringankan hukuman atas alasan telah insaf dan mempunyai isteri serta lima orang anak yang perlu ditanggung.


Dia yang akan bersara tidak lama lagi bakal hilang kelayakan wang pencen. Mengikut fakta kes, tertuduh yang berkhidmat di sekolah itu sejak 1998 telah memanggil mangsa masuk ke dalam makmal dan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika sesi persekolahan berlangsung.


Selain itu, dia juga mengaku melakukan perbuatan itu sewaktu program kursus pengakap. Kesemua mangsa mengadu kepada ibu bapa sebelum membuat laporan polis.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semakin jelas membuktikan bahawa sistem pendidikan dan pembelajaran di Malaysia menuju kegagalan. Gagal melahirkan insan profesional yang bertakwa atau manusia bermoral menurut semua agama, termasuk guru dan muridnya.. (IH)

Ibnu Hasyim at Wednesday, November 14, 2018
Share

2 comments:

  1. AnonymousNovember 14, 2018 at 5:02 PM

    kerajaan harus buang klausa dlm sistem pelajaran kita yg membiarkn raba kemaluan.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. AnonymousNovember 15, 2018 at 6:34 AM

    sistem pelajaran kita hendaklah lbh fokus kpd keperibadian dan bukan meraba kemaluan. itu sistem penjajah dn kemaluan berpisah tiada

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

‹
›
Home
View web version

Biodata Blogger

My photo
Ibnu Hasyim
Malaysia
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
View my complete profile
Powered by Blogger.