Monday, April 16, 2018

Enggan Berdiri Menari, Penyanyi Hamil 6 Bulan Ditembak.. Mabuk!

 Samina Samoon, 24, didakwa dibunuh suspek bernama Tarique Ahmed Jatoi dalam satu majlis perkahwinan setelah mangsa menolak ajakan untuk menari bersama. -Facebook/@SameenaSindhu

HALAMAN HIBURAN

LARKANA: Seorang penyanyi di selatan Sindh, Pakistan ditembak mati hanya kerana enggan berdiri untuk melayan permintaan tetamu semasa persembahannya.

Samina Samoon, 24, didakwa dibunuh suspek bernama Tarique Ahmed Jatoi dalam satu majlis perkahwinan setelah mangsa menolak ajakan untuk menari bersama.

Menurut media tempatan, suspek yang dipercayai mabuk ketika kejadian berang apabila ajakannya ditolak.


Kejadian tersebut yang berjaya dirakam menyaksikan Tarique melempar wang kepada mangsa yang hamil enam bulan itu sebelum menembaknya.

Rakaman insiden tersebut dikongsi di platform Twitter milik seorang aktivis hak asasi manusia, Kapil Dev.


Hasil carian imej untuk Penyanyi hamil maut ditembak peminat

Samoon yang dikejarkan ke Hospital Chandka bagaimanapun gagal diselamatkan akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Laporan polis telah dibuat suami Samoon atas pembunuhan isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan.

“Isteri saya yang sedang hamil enam bulan dan suspek perlu didakwa atas dua kesalahan membunuh.

“Samoon enggan menari kerana dia hamil tetapi suspek tetap membunuhnya kerana enggan menari,” kata suami mangsa, Ashiq Ali.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah antara bahaya arak, kerana itu Islam mengharamkannya. Yang degil tidak mahu ikut Islam ialah 'kerajaan umat Islam', seperti Malaysia dan sekutu sejenis dengannya. Anda mahu cara hidup Islam?

Pilihlah parti Islam dalam PRU14 ini.

UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..

4 comments:

Anonymous said...

Ini pilihanraya, cari parti memerintah...bukan mesyuarat masjid nak pilih tok imam, ader faham? Bukan juga nak masuk hutan berdakwah dengan orang asli, dan tentu bukan nak berperang dengan orang kafir...Akidah kita untuk Islam bukan untuk parti.

Anonymous said...

Apa la khadam
Solat ikut Islam
Bank buat Islamic Banking
Makan mau halal
Tetapi politik mau DAP yg anti Islam

Anonymous said...

Woi tet munafik , ajaran Islam bersifat universal merentasi sempadan, kaum, keturunan dll.

Apabila pemimpin-pemimpin PAS pimpinan TG Hj Hadi menyeru manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, seruan baik itu adalah untuk semua manusia di dunia ini.

Nampaknya balaci-balaci dedak roket seperti tet munafik adakah kepala bapak hipokrit sibuk memfitnah ulama Islam dan pada waktu yang sama balaci ini bersekongkol dengan towkay dedak cap roket dalam pesta arak terbuka.

Anonymous said...

Pembetulan:


Nampaknya balaci-balaci dedak roket seperti tet munafik adalah kepala bapak hipokrit sibuk memfitnah ulama Islam dan pada waktu yang sama balaci ini bersekongkol dengan towkay dedak cap roket dalam pesta arak terbuka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails