Thursday, December 28, 2017

Samanlah, Kata Guan Eng Pada Hadi..

Imej yang berkaitan
Dulu isu fitnah RM90 juta minta PAS saman SR, tapi bila PAS saman lain pula nadanya, Kini minta saman NST pula. Bila agaknya DAP nak saman atas isu DAP terima dana 1.2 billion daripada Isreal?
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyaman New Straits Times (NST) jika benar akhbar itu melaporkan kenyataannya secara salah.


Lim berkata perkara itu penting kerana kandungan laporan itu menyakiti golongan bukan Islam dan bukan Melayu.

“Saya harap beliau akan saman NST jika apa yang dilaporkan itu tidak benar,” kata Lim, yang mempunyai banyak rekod kemenangan di mahkamah dalam saman-samannya terhadap media kebelakangan ini.


Lim berkata, jika Hadi tidak cukup berani, ia hanya akan mencambahkan lagi pandangan bahawa presiden PAS telah “mengugut” golongan bukan Islam.


Laporan itu memetik kenyataan Hadi di Harakahdaily pada 23 Disember bahawa kabinet Malaysia patut terdiri daripada orang Melayu kerana kaum itu adalah kaum majoriti.


Dalam artikelnya di akhbar PAS itu, Hadi antaranya menulis:

“Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang berakidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh.”

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata kenyataan Hadi dilaporkan secara salah oleh beberapa agensi berita.

Katanya, tiada satu ayat dan huraian pun yang yang menyatakan semua anggota kabinet mestilah terdiri daripada orang Melayu-Muslim.


"Sebaliknya PAS menegaskan kepentingan dan keperluan untuk orang Melayu-Islam menjadi teras dalam sistem politik dan struktur pentadbiran negara," katanya. (MK)



Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Ayahpin parti uktra kiasu roket tidak sedar diri mencabar parti Islam sedangkan ayapin roket sendiri terlibat dengan pelbagai skandal yang merugikan rakyat. Sekarang ayahpin roket sedang terketar lutut sejak keluar masuk mahkamah kerana dakwaan rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails