Monday, August 21, 2017

Ku Jumpai Suku Sakai Di Sumatera Ini.. -Ibnu Hasyim


CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM

TIDAK banyak disebut-sebut perkataan Sakai semasa aku menulis mengenai orang Asli di Malaysia. Kini semasa aku menjelajahi kepulauan Sumatera Indonesia, nama ini rupanya sering disebut-sebut. Lihat tulisan lalu ku di bawah ini..


E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Kini aku berada di kepulauan Sumatera. Di sini, orang Sakai dianggap sebagai salah satu masyarakat terasing di Provinsi Riau, dalam erti belum terjangkau oleh kegiatan pembangunan dan kemajuan budaya seperti masyarakat lain.


Mereka diam di beberapa lokasi penempatan semula (resetlement) di sekitar Kabupaten Bengkalis, seperti di Kandis, Balai Pungut, Kota Kapur, Minas, Duri, Sungai Siak dan Sungai Apit bahagian hulu.


Suku bangsa ini dianggap sebagai sisa-sisa kumpulan bangsa Melayu yang lebih dulu datang ke daerah ini, kemudian terdesak oleh gelombang Melayu yang lebih muda. Bahasa yang mereka pakai memang dapat digolongkan ke dalam kelompok bahasa Melayu, tetapi dengan beberapa ciri tersendiri.


Masyarakat ini umumnya masih melakukan kegiatan mata pencaharian memburu dan meramu di hutan-hutan, atau menangkap ikan di sungai-sungai. Sebahagian kecil telah mula bercucuk tanam di ladang. Selain itu ada pula yang meramu hasil hutan seperti rotan, damar, dan menebang kayu untuk ditukar dengan keperluan sehari-hari dari pedagang perantara.


Mereka tinggal di pondok-pondok berlantai yang sederhana dan mudah dibongkar, kerana sewaktu-waktu mereka bersedia untuk berpindah ke tempat lain. Wadah-wadah untuk keperluan hidupnya kebanyakan dibuat dari anyaman rotan dan pandan, tempat air dari labu dan buluh kering. Mereka belum mengenal wadah dari tanah liat (tembikar), kecuali diperoleh dari penduduk desa yang lebih maju. 


Peralatan besi, seperti mata tombak dan parang diperoleh dari peniaga Melayu, sebelum mata tombak dibuat dari kayu yang keras dan kuat. Alat lain untuk memburu dan menangkap binatang adalah jerat dan perangkap. Sistem kekerabatan mereka kurang jelas, tetapi mungkin cenderung parental atau bilateral. 


Rumah tangganya terbentuk daripada kesatuan beberapa keluarga inti neolokal. Penempatan mereka terbentuk dari kediaman beberapa keluarga inti, yang biasanya dipimpin oleh seorang tokoh senior yang mereka sebut batin. Setiap masalah dalam komuniti mereka putuskan dengan musyawarah dan mufakat.


Orang Sakai hidup secara berpindah-pindah di sekitar daerah aliran hutan paya-paya di antara daerah aliran sungai Mandau yang bermuara ke sungai siak sampai ke wilayah orang Bonai di sekitar Sungai Rokan. Masyarakat pemindah ini pernah dimukimkan beberapa kali tempoh oleh pihak Jabatan Sosial Riau, terbukti dengan penubuhan sejumlah desa PKMT (Peningkatan Kesejahteraan Masyarakat Terasing). 

Imej yang berkaitan
Suku Pedalaman Sakai, Riau

Suku Sakai Riau

Hasil carian imej untuk ‪suku sakai Sumatera‬‏
Riau..
Hasil carian imej untuk ‪suku sakai Sumatera‬‏

Hasil carian imej untuk ‪suku sakai Sumatera‬‏
Sumatera..

Rumah Suku Kombai, Papua

Rumah suku Kombai dan Korowai, di Papua.

Hasil carian imej untuk ‪suku sakai Sumatera‬‏
Di abad ini, masih dapat ditemui suku-suku pedalaman yang masih hidup berkelompok di tengah hutan Amazon, Amerika latin, mereka adalah Suku Xingu..


Hasil carian imej untuk Tradisi suku Kreung, benarkan anak gadis di ‘Test Drive’ sebelum berkahwin.  Tradisi suku Kreung, benarkan anak gadis di ‘Test Drive’ sebelum berkahwin.

Pada masa sekarang sebahagian orang Sakai mula menetap secara berkelompok di sekitar jalan raya Pekanbaru-Dumai, seperti di kawasan Trengganu, Minas, Balai Pungut, Duri, Kandis, Rumbai, Petani, Air Jamban, Pinggir, Semunai, Syam-Syam, Balai Makam dan Sebanga. Penempatan mereka ini termasuk ke dalam wilayah Kecamatan Mandau dan Kecamatan Bukit Batu, di Kabupaten Bengkalis.


Mengenai Agama, kepercayaan Suku Sakai, menurut catatan kerajaan Provinsi pada masa sekarang sebagaian daripada masyarakat Suku Sakai ini sudah memeluk agama baru iaitu agama Islam dan agama Kristian. Dan sebahagian lain masih menganut kepercayaan lamanya yang berupa animistis.


Sekian. Bersambung..



Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com Ogos 2017.
Kepulauan Sumatera Indonesia. 
Ogos 2017

1 comment:

reda gamal 01220689236 said...

Are you looking for a company specialized in home services Tabuk, then you have to join the best company to clean and control insects and tangle the cables of the company owns the company trained technical workers and the company uses the latest equipment in cleaning and pest control and sewerage is worth mentioning that our company is the best transfer and storage company in Tabuk and Saudi Arabia This is due to the experience of our company in the field of transporting the dough together jaw and installation and warranty contact us and do not hesitate. شركة تنظيف بتبوك
شركة تنظيف خزانات بتبوك
شركة مكافحة حشرات بتبوك
شركة نقل عفش بتبوك
شركة تسليك مجارى بتبوك
شركة نقل عفش بالخرج
<

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails