Wednesday, July 13, 2016

Wajib Sokong Pindaan RUU 355. Mengapa?

WAJIB sokong Pindaan RUU 355 ini. Mengapa?
Lihat kenyataan di bawah ini..

Pindaan RUU 355; Menyelusuri Sejarah

1. Sebelum pindaan tahun 1984, Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa jenayah menjatuhkan hukuman tidak melebihi 6 bulan penjara dan denda Rm1,000 atau kedua dua sekali sebagaimana Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965.

2. Akta Mahkamah Syariah bidang kuasa Jenayah dipinda pada 1984 dan disemak pada tahun 1988 (Akta 355) yang memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tidak melebihi 3 tahun penjara, denda lima ribu ringgit dan enam sebatan sebagaimana dinyatakan oleh Seksyen 2 akta tersebut:

"Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana mana undang undang dalam srsuatu negeri dan diberi bidangkuasa ke atas orang orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai ii bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kesalahan terhadap rukun rukun agama Islam oleh orang orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana mana undang undang bertulis. 

Dengan syarat bahawa kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan enam kali atau apa apa gabungan hukuman hukuman tersebut"

3. Cadangan pindaan ini adalah mengikut undang undang dan Perlembagaan serta tidak bercanggah dengan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan.

4.Sejarah membuktikan sebelum campurtangan penjajah Inggeris Mahkamah Syariah /Kadhi mempunyaii bidangkuasa jenayah yang luas kemudiannya diperkecilkan oleh penjajah

5.Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah ketika ini jauh lebih rendah dan kecil berbanding dengan bidangkuasa Mahkamah Awam / Sivil seperti Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret Kelas Satu ( boleh menjatuhkan hukuman penjara maksima lima tahun, denda 10,000.00 ringgit atau 12 kali sebatan atau gabungan ketiga tiganya sekali.

6.Lebih tinggi sedikit daripada bidangkuasa Mahkamah Majestret Kelas 2 bidang kuasa jenayah boleh menjatuhkan hukuman penjara maksima 12 bulan atau tuntutan ganti rugi 3,000.00 ringgit.

Di sediakan oleh:

Dr Abu Bakar Abdullah
Pengerusi Penyelidikan MAPIT
Merangkap Pengerusi Jk khas Pelaksanaan Syariah DUPP

1 comment:

Anonymous said...

Mohon pencerahan bahagian mana dalam pindaan ini yang di katakan HUDUD?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails