Friday, July 15, 2016

PAN Identiti 'Demokrat Islam': Kikis Tanggapan Hudud Itu Wajib -Dr Ahmad Farouk Musa (IRF)

PETALING JAYA: Sebagai parti yang membawa identiti “demokrat Islam”, Parti Amanah Negara (Amanah) perlu jelas pendiriannya mengenai hudud, malah perlu mendidik umat Islam negara ini undang-undang itu bukan keutamaan Syariah dan agama.
“Fokus utama adalah mendidik masyarakat kerana sekarang ini rakyat obses dengan hudud. Mereka menganggap hudud salah satu aspek dan kehendak Syariah,” kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, dalam satu temu bual dengan FMT.
“Jika Amanah boleh mendidik masyarakat ia (hudud) bukan suatu keperluan, dan berhujah kenapa dan mengapa ia perlu dilakukan, saya fikir Amanah akan berjaya,” katanya.
Dr Farouk mempersoalkan sama ada parti yang kurang setahun ditubuhkan itu mempunyai kekuatan mendidik masyarakat tentang perkara sedemikian.
“Jika sekadar meletakkan ‘maqasid syariah’ sebagai objektif dan akhirnya tetap mahu melaksanakan syariah dan negara Islam, mereka tidak ada beza dengan PAS,” kata Dr Farouk, pakar kardiotorasik dan pensyarah kanan di Universiti Monash, Sunway.
Ujarnya, seiring dengan imej yang cuba diketengahkannya, “Muslim demokrat”, Amanah harus mencontohi Parti Ennahda di Tunisia atau setidaknya menjadi seperti Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki.
“Apa yang perlu dilakukan Amanah untuk terus kekal pada masa hadapan dan relevan adalah bukan mempakejkan semula parti itu sebagai generasi kedua parti politik Islam, tetapi sebagai Muslim demokrat,” jelasnya.
Katanya, ia tidak cukup dengan slogan “maqasid shariah” (keutamaan untuk keadilan sejagat) yang sering digunakan pemimpin Amanah.
“Hal ini kerana, ‘maqasid’ itu sendiri adalah keadilan dan dengan melaksanakan hudud adakah kita berupaya mendekati keadilan atau tidak?,” kata Dr Farouk, dan menambah kajian mendapati lebih banyak ketidakadilan berlaku dalam negara melaksanakan hudud.
Dr Farouk memberi contoh Brunei, di mana hudud dikecualikan ke atas pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah.
“Sultan Brunei ‘tidak pandai berbuat salah’ sama ada atas sifat peribadi mahupun tugas rasmi dan bebas daripada sebarang hukuman.” –FMT

7 comments:

Anonymous said...

PAN pula beranggapan, Selamatkan negara melalui muncung rocket DAP. Walaupun DAP itu anti Islam. DAP berpangkat Tuan, PAN pula berpangkat khadam

PAN berideologi Abu Lahab, PAN pula berideologi Secular Liberalisme bertopengkan Ugama.

Sempena bulan Syawal mari kita baca dan falshback Seruan Aidilfitri dari ISMA, sebuah gerakan Islam.

http://www.ismaweb.net/2016/07/bilakah-kita-merayakan-kemenangan-ke-atas-ekstremis-liberalis-dan-puak-anti-islam/

Bilakah kita merayakan kemenangan ke atas ekstremis, liberalis dan puak anti-Islam?

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD

Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan segala puji hanya bagi Allah

Apabila kita memahami bahawa Islam bukan hanya puasa dan solat, bahkan lebih luas lagi daripada itu, maka kita memahami juga keraian kita terhadap sambutan kemenangan pada Hari Raya masih belum sempurna.

Benar, perjuangan masih belum selesai.

Banyak aspek pembangunan Islam yang perlu dibangunkan. Antara yang paling utama ialah pembangunan jati diri umat Islam sama ada dari segi akidah, akhlak dan ibadah, di peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Pembangunan inilah yang dicita-citakan oleh umat seluruh Islam, bukan hanya sekadar memenangi pentas politik tetapi masyarakat hakikatnya jauh daripada Islam.

Kelompongan inilah yang diisi oleh gerakan dakwah seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan kumpulan-kumpulan lain.

Terlalu banyak bidang yang perlu dibangunkan bagi menaikkan martabat Islam di negara tercinta seperti pendidikan, ekonomi, pentadbiran dan lain-lain.

Akan tetapi, apa yang menjadi fokus Isma ialah pembangunan jati diri muslim yang kukuh dan teguh dengan prinsip-prinsip Islam.

Ini kerana jika terdapat manusia soleh, maka apa sahaja bidang yang diceburinya akan berhasil dan memberikan sumbangan untuk Islam.

Manusia-manusia soleh inilah yang akan mewujudkan sistem atau budaya baharu menggantikan budaya malas, tidak bersungguh-sungguh, rasuah dan sebagainya.

Dalam pada kesibukan kita membangunkan agenda Islam dan mendidik masyarakat, kita kesal dengan jarum-jarum halus yang kian berakar umbi dalam masyarakat yang membawa arus bertentangan.

Budaya hedonisme yang diimport masuk ke negara kita membawa nilai Barat sehingga mempengaruhi anak muda. Artis dan media menjadi pintu masuk budaya songsang ini.

Tidak cukup dengan itu, golongan ekstremis dan liberalis pula muncul dan memberikan gambaran salah terhadap Islam sebenar yang sederhana.

Mereka memanipulasi ajaran Islam bagi memuaskan nafsu dan objektif mereka sedangkan kewujudan dua golongan ini merosakkan imej Islam dan mengelirukan pandangan awam terhadap Islam.

Satu lagi puak yang terang-terangan mengganggu usaha Islam di Malaysia ialah puak anti-Islam yang diketuai oleh parti rasis dan cauvinis DAP.

Biarpun mereka menafikan mereka anti-Islam, tapi agenda perjuangan dan pendirian mereka cukup jelas menunjukkan mereka adalah kumpulan anti-Islam.

Apa sahaja agenda Islam pasti mereka bantah dan yang terkini cadangan pindaan Akta 355 yang memberikan kuasa lebih kepada mahkamah syariah.

Perjuangan umat Islam hari ini bukan hanya perjuangan menentang nafsu makan dan minum, bahkan perjuangan kita hari ini adalah perjuangan membangunkan jati diri umat, perjuangan menjauhi budaya hedonisme, perjuangan menentang golongan ekstremis dan liberal, dan juga perjuangan mengalahkan kumpulan anti-Islam.

Kesimpulannya, Hari Raya kita yang sebenar adalah pada saat umat ini mampu berdiri tinggi mengatasi umat lain dalam segenap aspek kehidupan, bukan hanya di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Ancaman ekstremis, liberalis dan puak anti-Islam ketika itu berjaya dipadamkan dan itulah sambutan Hari Raya sebenar.

Ketika itu jugalah semua tunduk kepada kekuasaan Allah SWT.

Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang Ismaweb.net

Anonymous said...

Wauuuuu tak sangka PAN berbangga dgn sikap DAP yg anti Islam. Itu pasal PAN tak komen. Khalid Samad lidah hang mana???????

http://www.ismaweb.net/2016/06/ops-aurat-melayu-dap-tunjuk-pandai-bidas-jabatan-agama-islam-kelantan/

Ops Aurat: Melayu DAP tunjuk pandai bidas Jabatan Agama Islam Kelantan

BANGI, Selasa – Anak muda Melayu yang menyertai parti rasis dan cauvinis DAP, Edry Faizal membidas penguatkuasaan Ops Ramadan dan Aurat anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang didakwa tidak syumul dan berat sebelah.

Edry yang merupakan ahli jawatankuasa Sosial Muda DAP (DAPSY) berkata, Islam bersifat syumul dalam setiap aspek dan tidak terhad dalam bulan tertentu khususnya Ramadan.

“Penguatkuasaan sekarang seolah-olah berat sebelah, sebab hanya menjurus kepada golongan wanita. Tidak pernah kita dengar golongan lelaki dikuatkuasakan menundukkan pandangan,” katanya kepada portal rasmi parti rasis dan cauvinis itu.

Minggu lepas, JAHEAIK melancarkan operasi puasa dan aurat bertujuan mendidik masyarakat supaya menghormati bulan Ramadan.

Ketika pelancaran, slogan “Aurat Ku Maruah Ku” dan “Aurat dijaga maruah terpelihara, jom kita menutup aurat” diperkenalkan.

Ramai pihak menyambut baik usaha murni ini kerana ia adalah satu langkah mendisiplinkan masyarakat dengan ajaran agama.

Pengarah JAHEIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dalam kenyataannya sebelum ini berkata operasi itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di negeri ini mengenai kewajipan menutup aurat mengikut Syariat Islam.

“Untuk permulaan Ramadan, fasa pertama bagi operasi cegah aurat serta perbuatan tidak sopan adalah peringkat didikan serta nasihat manakala untuk operasi puasa, kita lebih ke arah fasa penguatkuasaan,” katanya.

Beliau juga berkata, operasi itu akan berterusan pada bulan Ramadan serta waktu operasi adalah pada waktu 11 pagi sehingga 5 petang serta akan bertindak pada waktu malam jika mendapat sebarang maklumat.

Katanya, mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan berkaitan Seksyen 5 (1) iaitu perbuatan tidak sopan yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan manakala bagi Seksyen 26 iaitu tidak berpuasa di bulan Ramadan akan dikenakan denda RM500 serta penjara tiga bulan atau RM1,000.

“Seramai 89 anggota di seluruh negeri ini akan dikerahkan dan kita mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) serta pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memastikan operasi ini berjalan lancar,” katanya.

Anonymous said...

Mula2 hudud tak wajib
Kemudian zakat tak wajib
Kemudian puasa tak wajib
Kemudian solat tak wajib

Itulah kesesatan liberal sekularisme

Anonymous said...

DR MAT BEROK ADALAH BAPA MUNAFIK YANG BERUSAHA MENYEBARKAN AJARAN SESAT LIBERALISME UNTUK MENGHAPUSKAN AJARAN ISLAM DAN HUKUM ALLAH DAN MENJAUHKAN UMAT ISLAM DARI AGAMA ISLAM.

DR MAT BEROK DAN NGO MUNAFIKNYA SENTIASA BERUSAHA MENYESATKAN UMAT ISLAM DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI SEMINAR LIBERALISME SESAT LAGI MENYESATKAN DI MANA UMAT ISLAM DIBERIKAN KEBEBASAN MELAKUKAN KEMUNGKARAN, KESESATAN DAN MURTAD DENGAN ALASAN KEBEBASAN PERIBADI !

ABU JAHAL DAN ABDULLAH BIN UBAI AMAT BANGGA MELIHAT TOKOH-TOKOH MUNAFIK SEPERTI DR MAT BEROK DAN NOGO MUNAFIKNYA YANG DISOKONG MEDIA MUNaFIK DAN PARTI KAFIR DAN PARTI LIBERAL BERUSAHA MENGHAPUSKAN ISLAM.

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman) Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). ".(Al-Baqarah 2:14-15)

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.(An-Nisaa' 4:145)

MANUSIA YANG MENJADI PENGIKUT KAUM MUNAFIK ADALAH SEPERTI HAIWAN TERNAKAN YANG TIDAK MEMPUNYAI AKAL!

Anonymous said...

Adakah benar Dr Ahmad Farouk Musa (IRF) adalah penulis Harakahdaily seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu? Kita mohon Tuan Ibnuhasyim sudi menjawab soalan ini !

Anonymous said...

Kalau iapun maka beliah adalah pencinta kuali jahiliyah jenama PAN Imayam. Golongan2 pencinta Abu Jahal modern (DAP) dah keluar PAS. Alhamdulillah

Anonymous said...

Alhamdulillah. Macai pas pon belom tentu masuk syurga. Siapo pegang kunci syurga. Hadi awe harun jing azli taliban nik abuduh nik amar??? Mufti pon tk pegang kunci syurga. Pas chai usah berangan masuk syurga. Ashik mengkapir orang. Hudud kelantan entah bilo nk buat. Kihkihkihkih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails