Tuesday, June 07, 2016

Ceramah PRK KK: PAS/PAN, Mana Lengang & Hambar? Lihat!

Post Pic

KUALA KANGSAR: Walaupun kepemimpinan tertinggi PAS hadir pada siri pertama ceramah parti itu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar malam tadi, namun ia gagal mendapat sambutan.

Berlangsung di padang di Taman Bunga Raya, di sini, ceramah sulung PAS sempena PRK kali ini itu hanya dihadiri kira-kira 200 hadirin termasuk penyokong parti. 

Antara pemimpin PAS yang hadir termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Naib Presidennya, Dr Ahmad Idris serta calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad. 



Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menggunakan pentas berucap pada malam tadi bagi memberi penjelasan berkenaan keputusannya membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah. 

Malah, beliau juga menempelak sikap DAP yang secara berterusan mempersoal usaha PAS membawa usul bagi membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat, biarpun berpuluh penjelasan dibuat. 

"Pindaan ini adalah apa yang pegawai agama negeri mahukan, malah mufti juga perjuangkan, ini untuk menambah hukuman dan tiada kaitan dengan orang bukan Islam," katanya di sini. (antarapos)

Ini Ceramah PAN Pun Hambar Juga?


KUALA KANGSAR: Ceramah berkelompok Parti Amanah Negara (PAN) di Sayong Lembah, di sini malam tadi tidak mendapat sambutan apabila dihadiri kurang 50 orang.

Bagaimanapun, Presidennya, Mohamad Sabu, tetap berpuas hati dengan bilangan itu dan menegaskan hadirin yang ramai dalam siri kempen tidak menjamin kemenangan sesebuah parti.

"Ketika menjadi Timbalan Presiden PAS dulu, ratusan ribu datang, malangnya bila tiba masa mengundi kita kalah," katanya berucap pada majlis itu.

Yang turut hadir, calon PAN bagi PRK Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; dan Pengerusi PAN Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Sementara itu, Ahmad Termizi mengakui walaupun anak jati Kuala Kangsar, beliau bukan pengundi kawasan Parlimen ditandinginya.

"Saya pengundi kawasan Parlimen Shah Alam, itu bukan isu kerana saya lahir dan dibesarkan di Bandar Diraja ini," katanya berucap pada majlis itu. (TKO)

15 comments:

Unknown said...

Come onlah.......mestilah lengang.
Mana ada masa nak pergi dengar ceramah.....????
Inikan BULAN PUASA.
Nak berbuka, solat Maghrib, lepas tu terawih.
Terawih habis dah pukul 9.30pm.
Mata dah ngantok.
Tak penting dengar ceramah.
Mereka dah buat keputusan nak pangkah APA.
Tunggu jelah keputusanya nanti.
Untung sabut timbul, untung batu tengelam

Anonymous said...

Untung PAN kalau dipuji oleh Ketua Musyrikin (KM) Penang.

Jika dizaman dahulu kala Abu lahab memrangi orang yh kasih kepada Islam. Sekarang Abuya Sifoo Bukit Penang Merangkap Ketua Musyrikin anak beranak melawan orang Islam

Zaman dulu sembahan orang musyrikin adalah Hubbal, Latta, Uzza dan Manat. Bagi Neo Musyrikin, mereka tidak menyembah berhala lagi, tetapi mereka menyembah ideologi liberalisasi dan secularisme yg anti Islam

http://www.ismaweb.net/2016/04/ramasamy-mesti-disiasat-mengikut-akta-hasutan-hina-ulama-islam-musa-hassan/

Ramasamy mesti disiasat mengikut Akta Hasutan hina ulama Islam: Musa Hassan

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang gelar Zakir Naik ‘Syaitan’ cetus kemarahan ekstremis
KUALA LUMPUR, Sabtu – Tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menggelar penceramah Islam terkenal dunia, Dr Zakir naik, sebagai ‘Syaitan’ adalah perbuatan menghasut dan membahayakan dirinya sendiri.

Sehubungan itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa polis mengambil tindakan undang-undang ke atas Ramasamy kerana penghinaannya terhadap ulama adalah satu kesalahan jenayah mengikut Akta Hasutan.

“Itu adalah satu kesalahan jenayah kerana menghasut orang untuk menggugat keselamatan. Itu satu jenayah, pihak polis kena siasat.

“Mana boleh dia panggil ulama syaitan. Itu menghasut orang supaya membenci ulama tersebut. Kerana dalam agama lain pun ada orang ekstremis. Itu membahayakan nyawa dia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Khidmat Nasihat Guaman Percuma Parlimen Pandan, di Pandan Indah hari ini.

Katanya, tindakan Ramasamy itu hampir sama dengan tindakan penulis buku dari Iran, Salman Rushdi yang memanggil Nabi Muhammad SAW sebagai syaitan.

“Sampai orang nak bunuh dia, tapi negara-negara Barat melindungi dia. Dia kata, apa yang diterima Nabi Muhammad SAW adalah wahyu syaitan, bukan daripada Allah, walhal dia orang Islam.

“Apabila seseorang menyentuh perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang lain, ini satu perkara salah di sisi undang-undang,” jelasnya.

Musa berkata, tindakan tegas mesti diambil kerana Ramasamy membahayakan nyawanya sendiri kerana perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan golongan ekstremis.

Beliau juga berpendapat tajuk ceramah Dr Zakir Naik mengenai Persamaan Hindu dan Islam adalah sesuatu yang bagus dalam usaha mewujudkan persefahaman agama di negara ini.

“Kita perlu terbuka. Tajuk ceramah Zakir sebelum ini iaitu Persamaan Hindu dan Islam merupakan perbandingan agama, saya rasa perkara itu bagus.

“Saya semasa sekolah dulu pun, ada kelas Bible dan kelas Islam. Saya masuk kelas Bible sebab nak tahu apa itu Injil. Tak bermakna saya belajar Bible saya masuk Kristian. Kerana saya nak tahu apa perbezaannya,” katanya.

Sementara itu, Musa turut mengingatkan pihak polis supaya tidak berat sebelah dalam menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan rakyat hilang kepercayaan.

“Polis tak boleh tunjuk berat sebelah, kerana dia adalah penguatkuasa undang-undang, dia menjaga semua kaum dan rakyat dalam negara ini. Kalau dia bertindak berat sebelah pihak, nanti orang tak percaya kepada polis. Kena adil, kena telus, tidak menunjukkan bahawa mereka menyokong mana-mana pihak,” katanya.

Anonymous said...

U are right cik minah...bulan puasa

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?

Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Datuk Dr Mujahid kerana draf rang undang-undang ini tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT.

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

Sebagai pejuang Islam rahmatan lil ‘alamin yang gigih berdialog dengan orang bukan Islam, Dr Mujahid sepatutnya telah lama jelas perbezaan antara sibghah Allah (acuan Islam) dengan acuan Barat, antara hak asasi manusia tajaan Barat yang kafir dengan hak asasi manusia yang telah digariskan sendiri oleh Allah swt dan antara pandangan alam Barat dengan pandangan alam Islam. Manusia kafir mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan logik akal semata tetapi manusia muslim mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan wahyu Ilahi.

Kita sangat berharap agar Datuk Dr Mujahid jangan mudah terpengaruh dengan idea-idea Barat yang jelas bertentangan dengan Islam. LGBT sebagai satu jantina atau LGBT duduk di bawah kategori jantina ialah idea Barat. Ada sebab kenapa idea itu diasaskan dan diperjuangkan. Idea itu ternyata sekali bertentangan dengan Islam. Lalu kenapa Dr Mujahid sebagai seorang Islam malah seorang pejuang Islam sejati mesti menerima idea Barat yang bertentangan dengan Islam? Deen mereka untuk mereka dan deen kita untuk kita. Kita tidak mesti tunduk kepada idea songsang mereka jika benar kita mahu sebarkan Islam sebagai rahmat kepada mereka. Kitalah yang mesti menghalang kesalahan malah kefasadan mereka lalu membentangkan kebenaran Islam kepada mereka jika benar Islam itu rahmat untuk mereka.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-resam-dap-mca-menentang-pelaksanaan-hukum-allah/

KATA PEDANG: Resam DAP, MCA menentang pelaksanaan hukum Allah

APA boleh dikatakan lagi. Sudah menjadi resam apabila sesuatu undang-undang atau hukum Allah hendak ditegakkan, pastinya akan ada halangan, sama ada daripada mereka yang beragama Islam sendiri atau orang kafir.

Macam-macamlah alasan yang mereka berikan, termasuk tidak sesuai dengan negara yang penduduknya pelbagai kaum dan agama atau tidak mengikut semangat Perlembagaan Persekutuan dan lain-lain.

Sebab itu, Allah Taala memperingatkan kita di dalam banyak ayat al-Quran mengenai orang kafir ini yang akan menentang apa saja yang disarankan demi kebaikan umat Islam dan manusia keseluruhannya.

Mereka yang menentang ini, termasuk orang kafir, bukannya tidak tahu bahawa ada alam lain selepas kematian dan dunia ini adalah tempat ujian dalam menggapai kegembiraan di akhirat.

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saf ayat 8)

Demikian Allah memberi peringatan kepada kita mengenai sikap orang kafir terhadap umat Islam dan peraturan yang ditetapkan-Nya.

Lalu, adakah kita sebagai umat Islam, khususnya pembuat dasar yang mewakili rakyat di Parlimen, masih juga hendak menurut kehendak orang kafir yang memberi alasan bahawa hukum Allah tidak sesuai di Malaysia – negara yang diuar-uarkan kepada orang Arab sebagai negara Islam, tetapi kepada Barat diberitahu bahawa Malaysia sebuah negara liberal?

Lantas, Pedang tidak terkejut apabila parti yang mewakili kaum Cina – MCA dan parti rasis DAP – bersekongkol menentang sekeras-kerasnya usaha PAS untuk mengemaskini undang-undang Syariah dengan dimulakan di Negeri Serambi Makkah – Kelantan.

khutba

Pedang tak nak kata “mati hidup semula pun mereka tak akan menyokong undang-undang Islam”, sebab apabila mereka mati dan menerima pembalasan, barulah mereka mengetahui kebenaran dan kesucian agama Allah ini. Seperti yang Allah terangkan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Mukminun ayat 107)

Tetapi, kedua-dua parti berasaskan kaum Cina itu, walaupun ada umat Islam yang menjadi ahli DAP, terang-terang tidak suka kepada Islam. Jika suka, pastinya mereka tidak menentang undang-undang Syariah yang hendak dikuatkuasakan ke atas umat Islam.

Pastinya mereka setuju dan menyokong Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat, yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam.

Tetapi, orang kafir menentangnya. Yang Islam juga menyokong yang kafir. Rang undang-undang itu bagi mereka tidak penting dan dilewat-lewatkan sehingga bertahun. Diletakkan pada aturan mesyuarat yang terakhir, sedangkan sudah lebih 1,400 tahun undang-undang itu wujud.

Pedang rasa pelik juga di dalam parti cauvinis DAP itu ada umat Islam. Malah, yang bertudung litup yang nampak mata sahaja pun ada. Apa tujuan mereka menyertai sekumpulan puak yang ternyata menentang hukum Islam, Pedang pun hairan. Tidakkah mereka menyedari:

“Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,” (Al-Mujadila ayat 5)

Dan, kedua-duanya – MCA dan DAP – dalam menolak undang-undang Syariah itu juga mengatakan bahawa ianya tidak bertepatan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Kata Pedang: Dalam hal hukum Islam dikatakan tidak ikut Perlembagaan, tetapi mereka sendiri meminta dan melakukan macam-macam hal yang bertentangan dengan Perlembagaan boleh pula! Itulah ULTRA KIASU.

tulangkering said...

Siang Malam saya berdoa agar negara kita tidak jatuh ketangan PAKATAN HARAPAN..jika ini berlaku DAP akan jadi dominan dalam PH..tahu kah anda akibat nya...nauzubillah...seburuk buruk UMNO masih ada bau melayu dan islam nya...bagaimana dgn DAP , LGE , LKS??? Ada bau apa??..memang secara logik nya DAP tidak boleh memerentah negara dgn hanya bertanding 50 kerusi...tapi harus kita insaf dengan keinsafan yg paling dalam bahawa hakikat nya DAP akan memerintah negara ini melalui proksi nya...yg hanya akan tunduk dan patuh (sameknawaatukna) tuan2 nya dgn habuan dunia sabagai ganti...nauzubillah...selamatkan lah ya allah

Anonymous said...

saya berdoa pada allah,malaysia tak jatuh pada PAS/UMNO:


jika tidak 2 benda terjadi. Semua orang di dunia ini KAFIR/(
tak berakidah) kecuali ahli-ahli PAS,walaupun tengok porno. ada ira2 website softporn.

2.Rasuah bermaharajalela,berbillion-bilion duit negara habis,bini pm yg tak bertudung tu,ada anak bermillion dolar us,di hollywood,menghasilkan softporn hollywood,di support oleh pak lebai2 yg mengaku alim.Si penasihat semuanya tumpang sekaki dedak2 umno,sebab tu sprm tak siasat balak kelantan.

ya allah,di hari baik bulan baik,tewaskan mereka2 yg munafik,bertopengkan serban berlilit.

Anonymous said...

Getah sekilo 1.8o sekarang....anak2 meminta-minta kerja di kedai2
Cina dap ...kebun bangla dan lndon yang kerjakan....ayah2 asik mengeth diwarong felda ....balik rumah cerita isle...isle

tulangkering said...

Hihihi tuan fitnah tu terus kan lah berdoa..x betul doa tuan tu negara dah mmg lama jatuh ketangan BN.. hihihi..selamat berpuasa ya tuan

Anonymous said...

Anon 3:48 PM bersikap seperti keldai yang buta, pekak dan bodoh kerana berdoa untuk memberi kemenangan kepada proksi roket sedangkan kita semua tahu sifu-sifu roket menentang ajaran Islam dan hukum Allah. Tindakannya adalah seperti berdoa untuk memberi kemenangan kepada proksi Fir'aun dan kekalahan kepada pihak yang benar.

PAS tidak pernah mengkafirkan umat Islam. Yang mengkafirkan umat Islam ialah musuh-musuh PAS yang mencipta pelbagai berita palsu kononnya PAS mengkafirkan umat Islam. Anon 3:48 PM dan pesakit mental 'Nobody' adalah contoh pendusta yang menfitnah PAS mengkafirkan umat Islam!

Kita semua tahu parti PAS sentiasa berusaha untuk melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah dari dulu, kini dan selamanya. Maka kita umat Islam akan mengundi calon-calon parti Islam PAS supaya ajaran Islam dan hukum Allah boleh dilaksanakan di negara ini untuk umat Islam.

tulangkering said...

Betul tu anon 4:03pm..tak mengapa lah biarlah mereka terus bercium mulut dengan LGE dan LKS...Heeee x bau ke tuan puasa2 ni

Anonymous said...

SEKIRANYA PARTI PAS DAN UMNO HILANG KUASA DI MALAYSIA...
NESCAYA BENGGALI PUTIH, JEPUN DAN PARTI KOMUNIS PKM AKAN DATANG MENJAJAH SEMULA...SETAHUN KEMUNDIAN BERLAKUNYA.....
TIUPAN ANGIN SANGKA-KALA DAN KIAMAT PUN TERJADI......
TIDAK PERCAYA.....TANYA KEPADA ORANG2 MELAYU FELDA....

Unknown said...

KAHKAHKAHKAH............Kesianlah korang ni.
Macam katak duduk bawah tempurung. Tak sedar apa berlaku
di sekeliling. Cubalah jalan-jalan cari makan di gerai
gerai dan warong-warong di Sg.Besar & Kuala Kangsar.
Dengar sendiri, apa kata pengundi-pengundi di situ,
barulah bertul. Kalau duduk di kerusi empok buat,
analisis politik, hasilnya tentulah syok sendiri.
Dengar cerita, si ANAK TIRI sekarang sedang menyorok
di Kuala Lumpur, tidak berani duduk di New York or LA
di rumah-rumah agam mewah yang dibelinya menggunakan
keringat rakyat miskin di Malaysia.
Begitulah jadinya.
Ketika hidup pun, tak boleh bawak balik segala kemewahan
yang dibeli dengan keringat dan air mata rakyat. Apatah
lagi bila dah mati.
Yang di bawa cuma kain kapan.
Yang tigngal ialah nama busuk yang telah merosakkan
hidup bangsa sendiri.
Kalau Najib benar-benar sayangkan MELAYU dan UMNO
tentu dia sudah meletakkan jawatan.
Kamu penjilatnya sahaja yang bodoh.
Duduk di bawah tempurung.

tulangkering said...

Hihi tempurung pun tempurung lah asalkan jgn DAP..LGE dan LKS..

Anonymous said...

Kenapa negara arab suka berperang...?
kenapa parti pas suka bermusuhan....?
adakah keluar parti pas bererti keluar dari agama lslam...?
..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails