Friday, April 15, 2016

Lepas Tanya Soalan, Gadis Ini Pilih Islam. -Di Islamkan oleh Dr. Zakir Naik Di Kemaman

foto : http://terengganutimes.com/
Terengganu - Ceramah Dr. Zakir Naik di Kemaman merakamkan satu detik bermakna apabila seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace, memilih untuk memeluk Islam apabila dipelawa oleh Dr. Zakir Naik selepas pelajar terbabit bertanyakan soalan.

Menurut pelajar terbabit, dia telah kerap membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi.

Pelajar berkenaan kemudian bertanya adakah dia tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?

Dr. Zakir Naik terus menjawab : Tidak.

Dr. Zakir Naik kemudiannya bertanya kepada pelajar tersebut beberapa soalan sebelum mengajaknya mengucap dua kalimah Syahadah.

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya hanya ada satu Tuhan?"

Grace : "Ya"

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya Jesus itu Tuhan?"

Grace : "Tidak"

Dr. Zakir : "MasyaAllah.. Adakah kamu percaya Nabi Muhammad pesuruh Allah?"

Grace : "Ya".

Selepas beberapa siri soalan dan penjelasan lagi, gadis tersebut bersetuju untuk mengikut Dr. Zakir mengucap dua kalimah Syahadah.

Setelah selesai detik yang amat bermakna itu, kedengaran tepukan dari orang ramai.



Video penuh bermakna itu dimuat naik oleh chanel Youtube Dr. Zakir Naik Fans ID. 
**Skip kepada 18:20 untuk menyaksikan detik itu.

5 comments:

Anonymous said...

Itu pasal Ramasamy DAP memaki hamun Dr Zakir Naik sebagai Satan. PAN pula senyap bila ugamawan Islam dimaki oleh DAP. PAN kan talibarut DAP

Anonymous said...

Apa lah yang dua ekor mangkuk kat atas tu merepek ni? Artikel tentang ada saudara/i baru peluk agama kita. Patutnye kita bersyukur kehadrat Ilahi sebab membuka hati dia secara rela. Patutnya kita beri dia semangat, beri dia sokongan supaya dia lebih selesa dengan Islam. Ni tidak!!! korang merepek pasal DAP la tu la ni la...bodoh betul la. Salah topic la. Korang sedar tak secara tak langsung korang tampilkan Islam ni sebagai ganas, suka mencaci orang lain, bersifat assabiyah dan lain2. Ini lah sebab ramai orang takut ngan Islam, sebab mangkuk2 hayun seperti anon2 diatas. Bangang pun kena ada kelas bro agak2 la kalau ye pun. YOU DONT HAVE TO BE A JERK ALL THE TIME!!!!

Anonymous said...

Pak Hasyim sebagai tuanpunya blog mesti mainkan peranan dalam hal ini. Pada pandangan saya, walaupun secara amnya blog Pak Hasyim ni lebih pada anti DAP, namun saya percaya masih ada keingingan dalam diri Pak Hasyim untuk berkongsi kisah2 teladan yang baik, tanpa prejudis supaya boleh dikongsi kebaikan dari artikel tersebut oleh semua. Takde lah nak menhentam je kerja. Sebagai contoh ialah artikel di atas. Satu artikel yang sangat mengharukan. Apabila menonton video tanpa disedari menitis airmata saya. Terasa keinsafan dan kesyukuran dalam diri saya. Tetapi, bila kita baca komen2, kita dapat rasakan yang mereka ni kebanyakan tak baca atau tonton artikel yang disiarkan. Yang dia tahu adalah terus ke ruangan komen dan mulalah cut n paste perkara yang sama, iaitu mengutuk, mencaci, mencarut dsbgnya. Pak Hasyim harus sedar bahawa dengan adanya pemakan dedak dari PAS dan UMNO yabg hanya tahu cut n paste akan menyebabkan kredibiliti blog itu sendiri akan terhakis sedikit demi sedikit hinggalah akhirnya yang tinggal cuma pemakan dedak. Pembaca dan pengikut dah takde.
Apa yang dikatakan oleh saudara diatas ada betulnya. Artikel tentang saudara baru peluk Islam tapi yang didalam ruangan komen hanya kutukan2 yang jelas telah di cut n paste berkali2. Harap Pak Hasyim sedar yang pemakan dedak ni bukanye membantu Pak Hasyim tapi sebaliknya akan menyusahkan anda. Kita tidak mau pengikut blog kita serupa itu. Blog kita seharusnye tempat golongan berotak dan bertamadun sahaja yang bertukar2 pendapat berdasarkan artikel yang disiarkan. Tujuan tidak lain daripada keinginan untuk membaiki diri sendiri dalam menghadapi kehidupan yang tak lama lagi akan berakhir. Kita tidak mahu orang yang bangang dan "takde kelas" masuk mengacau. Dia baca pun tidak, tujuan hanya nak cut n paste sebanyak mungkin supaya bekalan dedak tak putus. Cuba Pak Hasyim nasihatkan mereka ni, apakah Halal dedak yang dimakan? Masuk syurga ke?

Anonymous said...

Anon 10:57

Ada tak komen 2 diatas memaki hamun? Tak da kan

Betul tak Ramasamy panggil Dr Zakir Naik Satan? Betul

Apasal Rasamy oanggil Dr Zakir Satan? Sebab dia bawa dakwah

Betultak PAN tak marah Ramasamy? Betul.

Aku tau la kao tu PAN. Jgn emo

Anonymous said...

Mangkuk dah bersuara. Jangan sentap brader. Sakit hati bila kena hidung sendiri biasalah tu. Org yg ingat dia betul memanjang memang gitu...low on iq, void of intelligence. Dok ulang ulang dan ulang lagi. Orang macam lu kalau mati esok orang buat tak tau je. Ceg poorah pemakan dedak. Taubat la sampai bila nak jadi barua jual ugama? Anak bini makan hasil dedak yang sama ke? Kesian sangat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails