Thursday, February 18, 2016

Mat Sabu Kata Melayu 'bodoh, ba­ngang dan bahalol'.. Wajarkah?

SUNGAI PETANI – Dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, ba­ngang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina, di sini malam semalam.

Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Yang paling saya kecewa ialah kelas pertengahan Melayu. Mereka inilah yang susah berubah. Makan gaji sikit, jadi pegawai kerajaan sikit, pertahan pemerintah rasuah. Ini yang saya marah, saya baling mikrofon malam itu.

“Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya soko­ngan kepada kita sebanyak 52 pe­ratus kerana undi orang Tionghua dan orang India. Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik.

“Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?” kata­nya sambil disambut sorakan dan tepukan daripada kira-kira 250 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina.

Hadir sama, Ke­tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta barisan kepemimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan Pulau Pinang.

Tuduhan kerasnya itu kemudian diteruskan lagi terhadap pegawai kerajaan.

“Apabila orang Cina hendak ambil alih Malaysia melalui pilihan raya boleh atau tidak? Tetapi berapa ramai pegawai kerajaan boleh percaya? Bangang bin bodoh bin bahalol.

“Tak boleh! Orang Cina hanya boleh memerintah sama ada bersama BN atau pakatan pembangkang. Tak boleh mereka memerintah sendirian,” katanya.

Beliau turut menuduh, semua itu adalah ‘racun’ yang dima­sukkan biro tatanegara dan polis Cawangan Khas (SB).

“SB kerjanya itulah, bawa bekas ahli DAP, Razali (Mohamed Razali Abdul Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan,” ujarnya.

Seterusnya beliau membuat perbandingan mengenai sikap rakyat negara ini yang menolak demonstrasi sebagai cara menjatuhkan pemimpin di sesebuah negara.

“Di Filipina rakyat berdemonstrasi hingga Marcos jatuh. Di Indonesia, para pelajar berdemonstrasi sehingga mati enam orang tetapi akhirnya menjatuhkan Suharto dan memulakan era demokrasi.

“Di Thailand rakyat berdemonstrasi menjatuhkan Yingluck Shinawatra sementara di Burma mereka tumbangkan rejim tentera. Rakyat Malaysia bila? Demonstrasi pun tak mahu, pilihan raya pangkah lagi BN. Bodoh, bangang, ba­halol,” katanya. – Utusan

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah? Setakat ini Mat Sabu belum nafikan berita itu. Ada orang kata, dia yang 'ditipu Cina' dia ingat orang lain pun macam dia juga..

22 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah... Sumber utusex dijadikan pedoman. Inilah jadinya kepada walaunta2 pas setelah pemergian Allahyarham TGNA. Majoriti jadi biol dah tak boleh berfikir gara2 aji adi dan haruan djin. Macamlah diorang tak kenal siapa di sebalik utusex. Kih kih kih...

Anonymous said...

Meroyan lg geng JJlge. ha ha ha

Anonymous said...

'Setakat ini Mat Sabu belum nafikan berita itu.'
Betul le berita itu.

Anonymous said...

betul le berita tu sbb melayu yg mat sabu kata tu ialah melayu2 dalam pas. kikiki

Anonymous said...

Memang pun bangang,bahlol, tolol, bongok, tengin, bengong, bungol sebab kena kencing dek umnoo berkali 2. Tuhan bagi akai tapi dok di siku dgn pale lutut

Anonymous said...

Marahkan hj hadi kata org umno kapir dia pulak kata org melayu bodoh.pandai sgt la dia yg jadi tukang jilat org cina tu.dakwah progresif inklusif konon.ambik kau bodoh bangang sbb muka mcm kau la org melayu terus sokong umno.sapa yg bodoh bangang sebenar sekarang.satu jari tunjuk kat org empat tunjuk diri sendiri.lg nak kutuk org juga utk lindunngi diri sendiri yg terkutuk.sbb kump spt pan la yg buat org melayu terus sokong umno.apa hebat sgt nak sokong dap.cuma jika melayu sudah ingin buka mata n jd cerdik nanti mereka akan pilih pas.

Anonymous said...

mmg betul.. kerajaan buat la mcmanapun.. rakyat tetap sokong.. tetap pilih bn.. skrg pascai nak ber ug pulak.. bijak?

yangKhai said...

wajar, sebab hanya org melayu spt disebutnya tulah belum sedar lagi, asyik kena tipu dgn bn

Anonymous said...

wakaf sekali.bangsa paling bengong kecuali 10%

Anonymous said...

Layakkah orang yang pernah ditangkap berkhalwat dengan bini orang di hotel, terlebih mesra dengan amoi dan pencinta Syiah dan Sifu tetapi memusuhi parti Islam dan histeria di atas pentas menjadi pemimpin umat Islam?

Anonymous said...

Aq sokong abg mat....jk melayu cerdik, bijak, pandai, tau membeza baik dan burok...... Pasti tk sokong umno...BN....sbb melayu makan dedak...

Anonymous said...

Wajar melayu bodoh, kalau rm2.6 billion masuk akaun pm, peguam negara boleh kata tak ada apa2.

Anonymous said...

Sewaktu benda ini terjadi, kaum melayu Islam bagaikan pelarian Palestine di Pulau Pinang.
Mat Sabu dan Mujahid dari PAN Imayam, apa diorang peduli pasal nasib kaum melayu Islam. Mungkin dalam hati mereka, kebih baik melayu Islam Penang makan pasir asalkan DAP yg anti Islam Happy.

Flashback kaum melayu Islam dihalau oleh Regime Penang

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/29/kampung-mutiara-batu-ferringhi-penduduk-berkumpul-halang-tuan-tanah-robohkan-rumah-kediaman-mereka/

Penduduk Berkumpul Halang Rumah Kediaman Kampung Mutiara Batu Ferringhi Diroboh

AIDCNews – 29/12/15 –Dari semalam penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi Pulau Pinang bersekang mata membuat persiapan menghalang tuan tanah yang mahu merobohkan rumah kediaman mereka.

Mereka bersiap siaga mengawal kampung untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang dilakukan tuan tanah pada pagi ini.

Anonymous said...

Luluh jiwa rakyat marhaen di Pulau Pinang. Di mata Parti PAN Imayam pimpinan Mike Sabu al Selfie Amoy, biarlah Umat Melayu Islam menderita demi wali DAP tercinta

https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/06/pemerintahan-rasis-lim-guan-eng-punca-peniaga-kecil-melayu-naik-berang/

Pemerintahan Rasis Lim Guan Eng Punca Peniaga Kecil Melayu Naik Berang

AIDCNews- 06/2/16 – Pemerintahan rasis Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggunakan dua agensi kerajaan tempatan meroboh gerai-gerai Melayu menyebabkan peniaga kecil mula naik berang

Dua agensi kerajaan tempatan di bawah kawalan Lim yang dimaksudkan itu adalah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

“Bagitahu kat dia (Lim Guan Eng), kalau betul (dia) berani, pergi pecah sekarang juga (gerai-gerai) dekat Sunway Hotel. Kamu boleh tutup jalan, kamu bagi semua orang Cina berniaga.

“Pasal apa apabila orang Melayu (berniaga), kamu pecah lagu ni.

“Kalau ada ‘telor’ (jantan) suruh dia bagi pecah (gerai-gerai dekat Sunway Hotel). Saya respek kat dia kalau dia suruh bagi pecah..”kata seorang peniaga kecil Melayu yang menjadi viral di internet hari ini (rakaman video di bawah)


“Banyak tempat orang Melayu (berniaga) semua kena roboh. Tempat Cina kamu tak roboh.

(gerai-gerai dekat Sunway Hotel agensi kerajaan tempatan) tutup jalan, bagi orang Cina berniaga, (tetapi) kami (Melayu) berniaga dalam kawasan rumah pun mereka pecah. Ada telor kat lagu tu, “katanya lagi.


Kenapa MBPP ‘Pejam Mata’ Terhadap Gerai-Gerai Di Jalan Baru Depan Sunway Hotel Penang ?

Anonymous said...

Melayu 'bodoh, ba­ngang dan bahalol' tu macam Ibnu Hashim

Anonymous said...

Wow, yang ni siap dengan bold lagi. Macai keris silang cakap la apa pun cuma melayu bodoh, bangang dan bahalul je nak percaya. Hahaha

Anonymous said...

Yang halau Melayu kat Penang oleh parti Stalin pula lazat di mata PAN Imayam olala

Anonymous said...

Merapu betul penerangan kat atas, suruh aje Najib rampas dan daururat kat Negeri Pulau Pinang untuk selesai kan masalah orang Melayu kat sana
Kat negeri lain apa cerita yang aku tahu Melayu tipu melayu banyak banyak terjadi KL mcm mana byk tempat melayu kena roboh bising sangat dan penetangan panjang lebar mcm kat atas
Ni mesti pasti posting konen sendiri atau pakatan tu buat komen
Macam sial

Anonymous said...

umnu berjaya bodohkan melayu umnu. pas pulak nak join sekaki.. genius..

Anonymous said...

Hoi... melayu bodoh. Melayu dah kena halau dari Pulau Pinang sejak umno/gerakan memerintah. Melayu umno yang cerdik pandailah yang benarkan cina bina rumah berharga sendiri tanpa mempertimbangkan kemampuan bangsa sendiri untuk beli rumah.

Anonymous said...

Mari kita fikir dalam-dalam. Bicara dari hati sanubari. Buat pertimbangan yang benar2 ikhlas. BENARKAN MELAYU BODOH? Anda ada jawapannya.

Anonymous said...

Pas parti jual Islam ditipu Umno parti jual Melayu..

Tepuk dada tanya iman..

Guna akal bkn siku lutut..

Melayu sanggup ditipu dulu kini dan selamanya..mmg melayu bodoh..

KAH KAH KAH!!!





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails