Friday, September 06, 2013

Kes Saman Fitnah Husam Dan Penulis Blog Kickdefella Selesai

Sheih_Husam
Husam Musa and Kickdefella
  
KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah antara Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan penulis blog 'Kickdefella' atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz selesai pada Khamis berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Persetujuan penyelesaian itu direkod Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong (male) semasa kes disebut di hadapan beliau.Berdasarkan terma yang dipersetujui, Syed Azidi perlu menyiarkan kenyataan maaf menerusi akhbar Sinar Harian dan blog 'Kicdefella' miliknya dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Menerusi terma tersebut, beliau menyatakan kekesalan di atas penyiaran sebuah artikel di akhbar itu pada 25 Julai 2012, dan memohon maaf sekiranya kenyataannya telah menimbulkan kekeliruan. Kedua-dua pihak hadir ke mahkamah dan tiada sebarang kos ditetapkan.

Husam memfailkan saman itu pada 21 Februari lalu. Beliau diwakili peguam Noorazmir Zakaria manakala peguam Datuk Jahaberdeen Mohd Yunos mewakili Syed Azidi. -BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails