KL 13 Sept 11: Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi  panggang sebelum  mereka ditembak... Warga emas dan kanak-kanak dicampak  ke dalam api yang  sedang marak.... Ia antara enam karikatur  kontroversi oleh pelukis Hamzah Mohd Amin yang memaparkan kekejaman  komunis ke atas orang ramai.Karikatur itu disiarkan di akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini. Menurut edisi cetak dan juga online - akhbar itu melaporkan Hamzah, 71, datang ke pejabat Utusan semalam bagi menyerahkan sendiri karikatur yang dilukisnya itu.
"Generasi   hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi   saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya   mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami   sangat bencikan mereka."Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada akhbar itu. Sangat geram.
Antara lukisan yang dianggap paling kontroversial ialah paparan beberapa lelaki yang bermata sepet dan memakai uniform keperangan mengacukan pistol serta memaksa tok imam dan bilal surau memakan babi panggang. Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan. Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.
Utusan  juga memetik Hamzah berkata lukisan  tersebut dihasilkan beberapa  minggu lalu bertujuan memberi gambaran  keadaan sebenar kekejaman  komunis terhadap rakyat negara ini.  Katanya,  walaupun telah menjangkau  usia 71 tahun, dia masih tidak dapat  melupakan keganasan yang  dilakukan oleh pengganas komunis terhadap  rakyat dan mahu generasi pada  hari ini juga mengetahui perkara itu.Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.
"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.
"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya dipetik akhbar milik Umno itu lagi. Hamzah pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis dan beliau pernah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997.
(IH/Malaysiakini)
Kenapa selama ini semua yang cuba dipaparkan oleh pakcik 71 tahun ini tidak pernah ditulis dan disiarkan?
ReplyDeleteKenapa selepas Mat Sabu mempertahankan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan cerita-cerita seperti ini baru timbul?
Tidak mustahil semua ini boleh terjadi tetapi kenapa selepas lebih 50 tahun Pakcik 71 tahun baru nak lukis dalam kartun? Bukankah agak terlewat?