Thursday, January 07, 2010

IH Blog Ke 18 Kekal Dalam 100 Blog Pepular Di Negara Ini.



CATATAN SANTAI

"BERDASARKAN senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Perakex Blogs bertarikh 6 Jan 2010 blog Ibnu Hasyim .com berada pada kedudukan tempat ke-18 pada 30.12.2009 hingga 6 Jan ini. Ini bermakna masih kekal dalam 100 blog popular di negara ini." Kata seseorang melalui telefon kepada saya sebentar tadi.

"Eh.. aku pun tak tahu." Saya jawab. Dia memberitahu lanjut, bagaimana mendapatkannya. Saya cari, begini catatannya..




"Saya lihat blog Ibnu Hasyim berada di no 18, sejak 31 Disember lalu hingga sekarang!" Jelasnya.

"Eh, pada pandangan kamu apa yang menarik dalam blog Ibnu Hasyim ni?' Saya nak tahu pandangannya.

"Tak tahu nak jawab. Tetapi aku baca, fasal ada sejarah PAS, catatan perjalanan, ada 'Hibur, Hibur Sikit' agak santai dan kritik-kritik semasa menjirus ke arah Islam, termasuk politik.." Jelasnya.

"Ooh.. Ada cadangan?"

Sambungnya lagi, "Cadangan aku, adalah lebih baik lagi cuba tarik pembaca bukan Islam atau bukan Melayu! Aku yakin sekarang blog ini mungkin jadi tumpuan orang Islam dan Melayu sahaja.. dan tidak global.."

Jadi kepada anda yang menelefon saya tadi dan pembaca-pembaca budiman, saya ucapkan terima kasih. Kalau ada apa-apa kritik dan pandangan, pihak kami sangat mengalu-alukan.

Allahu 'aklam. Dan t.kasih lagi.

Sekian dari
Ibnu Hasyim
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com.
Ulu Klang, Sel.
Jan 07, 10.

Pemimpin DAP Pulau Pinang Sertai PCM .


Khamis Januari 7, 2010, PULAU PINANG: Ketua Pasukan Tindakan Khas DAP Pulau Pinang, Tham Weng Fatt, 54, hari ini mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Katanya, keputusan itu berkuat kuasa serta merta bagi membolehkannya menyampaikan pandangan kepada kerajaan negeri dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat.

"Sekarang ini DAP memimpin kerajaan negeri. Susah bagi saya untuk menyuarakan kepentingan rakyat kerana bila saya mengkritik kerajaan negeri bermakna saya mengkritik parti saya," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau, yang telah menyertai DAP selama 22 tahun itu berkata, surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, Sabtu ini.

"Tiada masalah peribadi atau perselisihan antara saya dan rakan dalam DAP, cuma terdapat beberapa dasar dalam parti yang saya tidak setuju," katanya.- BERNAMA

Blog 'Barua Be End' Serang Nizar Dengan Isu Ini, Mampu ke?

NIZAR MAKAN MELEBIHI HAD. MAKAN MELAMPAU MACAM SY...........N

MAK AIIII MAKAN PUNYALAH BANYAK. TAK CUKUP TEMPAT ATAS MEJA. MAKAN TU PULAK 2 ORANG SAHAJA. KUAT BETUL MELANTAK.MACAM TAMAKKAN KUASA MASA JADI MB ITU HARI.

Firman Allah bermaksud: "Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan." (Surah Al-A'raf: 31) dan "Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu kufur dengan Tuhannya." (Surah Al-Israk: 27)
TAPI LA NI PAS BUKAN PERCAYA FIRMAN ALLAH PUN.

Dipetik dari Blog BUKAN pro PR.. (AK)

Lanjutan Kes: AJK Umno TG Tiduri Lebih 10 Wanita..

Mastura Bakar bersama peguamnya

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, mengemukakan tuntutan balas tebus talak berjumlah RM1 juta dan hak penjagaan anak-anak sebagai syarat melepaskan isteri keduanya, Mastura Bakar, 24.

Tuntutan balas dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini berikutan tuntutan cerai fasakh yang difailkan oleh isterinya itu yang juga bekas madu penyanyi Noraniza Idris.

Bagaimanapun, Mastura sebagai plaintif memberitahu di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia tidak setuju dengan tuntutan balas tersebut kerana sepanjang perkahwinan mereka, dia tidak memperoleh apa-apa pun sebagai nafkah.

Defendan bagaimanapun tidak hadir pada hari kedua prosiding.

"Saya tidak setuju sama sekali dengan tuntutan balas yang dibuat oleh dia.

"Tidak ada apa yang diberi kepada saya, semua perkara buruk yang berlaku adalah berpunca daripada dia, kenapa saya perlu beri RM1 juta.

"Dia tidak pernah bertanggungjawab terhadap keluarga dan anak saya juga tidak kenal itu ayah dia," katanya ketika membantah tuntutan balas yang dikemukakan peguam syarie Zaidi Ibrahim yang mewakili suaminya.

Mastura memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan tuntutan fasakh yang dikemukakannya di bawah Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan). Tuntutannya itu difailkan pada April tahun lalu .

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata terbabit, turut mengemukakan lima laporan polis yang dibuat sepanjang perkahwinannya melibatkan dakwaan penderaan fizikal yang dilakukan oleh Muhamad Mustafa. Lima laporan polis yang dibuat setiap tahun bermula tahun 2006 termasuk laporan melarikan anak dan pembantu rumah pada 20 Julai 2006, laporan lafaz cerai pada 10 Ogos 2008 dan penderaan pada 25 Januari 2008.

Mastura turut menyerahkan laporan perubatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas membuat laporan polis yang menyatakan bahawa dia mengalami lebam di siku dan lengan serta luka di lengan kiri akibat bergelut dengan suaminya.

Pada prosiding itu juga, Mastura menyerahkan surat tulisan tangan suaminya pada tahun 2008 sebelum menghilangkan diri. Antara kandungan surat itu, Muhamad Mustafa mengakui kesalahan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami, pernah menyakiti dan membuat penderaan fizikal kepada Mastura serta telah berlaku curang.

Dokumen lain yang dikemukakan oleh plaintif juga ialah resit pembayaran rumah sewa dan perbelanjaan harian anak-anak yang menggunakan duitnya sendiri, dokumen surat nikah suaminya bersama isteri, Milia Fitri; surat penceraian bersama bekas isteri ketiga, Norazni Arifin dan beberapa keping gambar suami bersama isteri dan teman wanitanya.

Ketika disoal oleh peguam syarie mewakilinya, Roslizam Rahim mengenai perasaan Mastura ketika mendapat tahu tentang perkahwinan dan hubungan suaminya bersama wanita lain, dia mengakui berperasaan marah, cemburu dan sakit hati.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2005 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun. Kes itu ditangguh pada 12 dan 13 Januari di mahkamah yang sama.

Sebelum itu, dilaporkan bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris semalam mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka. Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya semalam ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah melakukan hubungan seks luar tabii setelah dia enggan tidur bersama.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006. Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2005 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun. Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.

Kes itu ditangguh pada hari ini, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama. (Sumber: mStar Online)

Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Tangguh, Najib Jumpa Agung

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mencari penyelesaian terhadap isu penggunaan perkataan Allah, kata Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Najib Razak hari ini menghadap Seri Paduka Baginda untuk memaklumkan isu itu serta langkah-langkah yang diambil untuk mencari penyelesaian.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri kemudian memaklumkan perkara itu kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya hari ini. Kenyataan itu menyebut bahawa memandangkan perkara berkenaan telah diserahkan kepada mahkamah, adalah wajar bagi semua pihak menghormati proses undang-undang negara.

"Sementara proses rayuan berjalan, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk tidak membuat sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan dan kesejahteraan awam," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menangguhkan pelaksanaan perintah membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan “Allah” berikutan persetujuan kesemua pihak terlibat - gereja dan Kementerian Dalam Negeri dalam kes ini demi kepentingan negara.

Hakim Datuk Lau Bee Lan membuat keputusan itu kamarnya petang semalam. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai permohonan itu berkata beliau secara peribadi telah meminta peguam-peguam yang mewakili gereja agar tidak menghalang permintaan itu “demi kepentingan negara.”

“Kami telah memohon dan mereka telah bersetuju untuk penangguhan pelaksanaan demi kepentingan nasional.

“Penangguhan ini dibenarkan sementara menanti rayuan dipertimbangkan di Mahkamah Rayuan,” kata beliau kepada pemberita di pekarangan mahkamah.

“Ini berlandasakan hakikat bahawa rayuan mesti didengar secepat yang mungkin,” tambah beliau.

Peguam gereja, Benjamin Dawson menyokong kenyataan Gani.

“Atas permintaan Peguam Negara, pemohon iaitu ketua biskop, telah menyatakan persetujuan untuk penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah yang diputuskan 31 Dis demi kepentingan negara,” kata Dawson.

Kata beliau tiada perhujahan panjang lebar dengan sesi berhujah berakhir dalam tempoh 15 minit. Mahkamah juga menolak usaha awal peguam-peguam kumpulan Muslim yang terdiri daripada enam Majlis Agama negeri dan Persatuan Muslim-Cina Malaysia yang menyokong usaha Kementerian Dalam Negeri.

Peguam Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu percubaan mereka untuk berhujah di mahkamah ditolak kerana hakim juga telah menolak usaha mereka mencelah dalam kes utama pada 31 Dis lalu. Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mendengar permohonan Kementerian Dalam Negeri bagi penangguhan perintah mahkamah yang membenarkan Herald menggunakaan perkataan Allah.

Kelmarin, kementerian itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu. Pada 31 Dis lepas, Hakim Lau memutuskan berdasarkan Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian.

Beliau juga berkata mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” untuk menyebarkan agama itu kepada orang Islam tetapi bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan keagamaan.

Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi ‘God’ dalam bahagian Bahasa Malaysia. Perkataan ‘Allah’ digunakan secara meluas di kalangan pelbagai etnik beragama kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakan mereka bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri memberikan justifikasi bagi larangan penggunaan perkataan itu oleh akhbar itu atas alasan demi keselamatan negara dan mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan orang Islam. (Sumbar: Bernama & The Malaysian Insider).

Wednesday, January 06, 2010

Awas Blog Ini Mengapikan Permusuhan Agama. Sila Komen..

DISALIN dari sebuah blog yang BUKAN pro dan penyokong Pakatan Rakyat.

PAS DAN GERAKAN HALUS MEMURTADKAN UMAT ISLAM

Mengapa Kristian diMalaysia bersungguh2 mahukan nama Allah disebut sebagai tuhan mereka. Dan mengapa mereka beriya-ia sebelum ini mencetak dan mengedar Injil didalam bahasa Melayu. Tidak lain dan tidak bukan untuk menyesatkan Bangsa Melayu Islam. Berapa ramaikah dikalangan bangsa asing diMalaysia (Cina, India, Kadazan, Sikh dll) yg benar2 faham sepenuhnya Injil berbahasa Melayu sedangkan matematik dan sains mereka terang-terangan menentang penggunaannya dalam bahasa Melayu.

Kenapa khalid bangsat wal laknatullah memperjuangan hal ini. Pertama kerana nak undi bagi dirinya dan kedua khalid dikenalpasti sebagai agen misionaris kristian di dalam memurtadkan umat Islam. Percaya atau tidak terpulang kepada anda semua.Khalid bukan budak sekolah agama. khalid adalah bapa sekular moden yang berpaksikan bible.
Calvary Convention Centre (CCC) itulah namanya Gereja yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi. Dibina oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan auditorium yang boleh memuatkan 5,000 orang. Jika ada sesiapa yang perasan pada papan tanda pembinaan gereja ini ditulis "Adanya Harapan", "There Is Hope".

Harapan baru untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik? Jika siap nanti, CCC bakal menjadi gereja yang terbesar di Asia. Patutlah ada usaha dari pihak-pihak tertentu untuk menggunakan nama Allah SWT dalam Herald Catholic. Rupa-rupanya ianya adalah sebahagian daripada persediaan umat missionary tersirat CCC ini.

Sila beri komen.. (AK)

Klip Video Kalimah Allah, Pandangan Dr Asri.




SHAH ALAM Jan 06, 10: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pagi ini menetapkan 25 Januari ini untuk keputusan bantahan awal kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sama ada Mahkamah Syariah Selangor mempunyai bidang kuasa untuk membicarakannnya atas tuduhgan mengajar tanpa tauliah.

Hakim Syarie, Mohamad Adib Husain menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan pendakwa syarie dan peguam Dr Mohd Asri pagi ini. (AK)

Polemik Kalimat Allah Ada Muslihat. -Nik Aziz

KOTA BARU, Jan 6 — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan polemik membabitkan penyokong parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak Khamis lalu berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" bagaikan adanya muslihat di sebalik tindakan mereka. The Malaysian Insider melaporkan.

Sehubungan itu kata beliau, kekeliruan yang wujud berhubung isu tersebut sebenarnya berpunca daripada fahaman "politik suku agama suku."

“Sehari dua ini timbul pasal kalimah ‘Allah’, Kristian boleh guna atau tidak. Dalam surat khabar bermacam-macam melaporkan mengenainya. Apa benda ni?

“Ambo (saya) rasa isu ini bukan sahaja setakat ada udang di sebalik batu, bahkan bekali (mungkin) ada buaya,” kata beliau sewaktu menyampaikan ceramah umumnya di Medan Ilmu malam tadi.

Kini tercetus kontroversi penggunaan kalimah "Allah" ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaannya dalam penerbitan akhbar mingguan Herald.

Menteri Besar Kelantan ini berkata beliau hairan kumpulan yang mengkritik penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh agama lain adalah dari kumpulan yang selama ini membezakan politik suku agama suku.

“Yang beriya-iya sangat panaskan perkara ini... faham ke kamu apa itu Allah?

"Bukankah Allah itu adalah tukang yang buat segala-gala. Buat manusia, berbagai kaum berbagai bangsa, berbagai agama. Buat oksigen, hidrogen dan lain-lain.

“Orang yang perbesar-besarkan isu ini adalah orang yang duk katakan agama suku politik suku lah.

"Siapa ajar ilmu semacam ini? Dia ajar orang lain tak boleh guna kalimah ‘Allah’ tapi dalam masa sama dia sebut agama suku politik suku. Tak faham pengertian kalimah Allah agaknya,” ujarnya.

Ahad lalu Nik Aziz membuat kenyataan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald mengikut pengamal agama samawi tidak menjadi kesalahan.

Namun apa yang membimbangkan masyarakat ialah jika kalimah ini disalahgunakan.

Kelmarin PAS mengeluarkan pendirian rasminya dengan menegaskan perkataan "Allah" dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun PAS menegaskan penggunaan kalimah "Allah" secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Sementara itu, PKR dan PAS telah menyatakan pendiriannya semalam. Blog Ibnu Hasyim pula mencadangkan supaya diwujudkan sebuah Akademi 'Penjelasan Konsep Allah Menurut Islam' untuk menjelaskan lebih lanjut kepada masyarakat, sebagai resolusi hasil dari mesyuarat dan perbincangan antara AJK Kerja Grup Universiti Ulu Klang di Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Mengenai perlaksanaan akademi tersebut, bolehlah diperpanjang dan diperbincang selanjutnya serta penerangan habis-habisan perlu digempurkan. (AK)

Sila lihat..

B/Islam Guna Nama Allah, Pandangan PKR -MN Manuty


PETALING JAYA, Jan 5 - Parti Keadilan Rakyat (PKR), satu lagi komponen Pakatan Rakyat (PR), dalam kenyataan terbuka berhubung polemik penggunaan “Allah” berpendirian bahawa keinginan masyarakat bukan Islam untuk menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan perlu diterima secara terbuka.

“Kami berpendirian bahawa keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif.

“Dan, perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhd Nur Manuty.

Kenyataan berhubung pandangan itu dimuatkan di blog Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pandangan ini dikemukakan selepas rakan komponen mereka dalam PR, PAS tengah malam tadi mengeluarkan pendirian rasminya.

PAS mengambil pendirian ‘terbuka’ tetapi bersyarat dalam isu kontroversi terbaru dengan menegaskan penggunaan perkataan “Allah” dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun PAS menegaskan penggunaan kalimah “Allah” secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Muhd Nur menambah, pihaknya melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud “Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…”.

Malah kata beliau adalah jelas penggunaan kalimah “Allah” untuk mengiktiraf dan membesarkan “Allah sebagai Tuhan adalah hak asasi setiap insan.”

“Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini.

“Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini,” katanya.

Kata Muhd Nur, PKR juga berpandangan perjuangan untuk menegakkan makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah.

Sehubungan itu beliau menjelaskan, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana.

Esok, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menetapkan untuk mendengar permohonan Kementerian Dalam Negeri bagi penangguhan perintah mahkamah yang membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakaan perkataan Allah.

Hakim Datuk Lau Bee Lan akan mendengar permohonan itu pada kira-kira 2.30 petang.

Kementerian itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu semalam.

Pada Dis 31 lepas, Hakim Lau memutuskan berdasarkan Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, majalah Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian.

Beliau juga berkata mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” untuk menyebarkan agama itu kepada orang Islam tetapi bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan keagamaan.

Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi ‘God’ dalam bahagian bahasa Malaysia. (AK)

Sila lihat..

Tuesday, January 05, 2010

B/Islam Guna Nama Allah, Perlu Tubuh Akademi Penjelasan

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEBENTAR tadi baru selesai mesyuarat dan perbincangan antara AJK Kerja Grup Universiti Ulu Klang di Bukit Antarabangsa di sini bersama beberapa blogger dari lepas Asar hingga Maghrib. Berdiskusi tentang isu 'bukan Islam guna nama Allah di Malaysia'.

Kami sepakat merumuskan:

1. Kami tidak bersetuju dan tidak membantah, ada beberapa kalangan (terutamanya Presiden UMNO) ingin menjadi jaguh memperjuangkan isu ini hingga ke peringkat atasan, kerana isu ini tidak bertentangan dengan agama Islam yang universal, dan tidak tertakluk untuk bumi Malaysia sahaja. Kami bersetuju serahkan kepada kebijaksanaan KDN dan keputusan Mahkamah Tinggi bagi negara Malaysia.

2. Pada kami adalah tidak wajar, untuk menutupi kegagalan sistem pendidikan umat Islam di Malaysia dengan memindahkan kesalahan itu kepada orang lain, mengharamkan orang lain menggunakan 'nama Allah' tersebut.

3. Apakah dengan kegagalan itu, kita mula 'memungkin' dengan mengharamkan orang lain 'guna nama Allah'? ..dan kita bimbang ianya akan berterusan dengan mengharamkan 'konsep Allah menurut agama lain' hanya kerana kita gagal dalam memahamkannya kepada generasi kita sendiri?

4. Oleh itu, bagi mengatasi masalah kemungkinan kekeliruan timbul, penyalah gunaan nama Allah di kalangan masyarakat yang kurang faham, maka kami mencadangkan supaya diwujudkan sebuah Akademi 'Penjelasan Konsep Allah Menurut Islam' untuk menjelaskan lebih lanjut kepada masyarakat.

5. Mengenai perlaksanaan akademi tersebut, bolehlah diperpanjang dan diperbincang selanjutnya serta penerangan habis-habisan perlu digempurkan.

Sekian dari
Ibnu Hasyim
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com.
Ulu Klang, Sel.
Jan 05, 10.


Hidangan lanjut...

Al-Qaradawi: Tembok Besi Mesir Terlarang Dalam Islam -Al-Qardhawi

Dr. Yusuf al-Qaradawi berada di antara para muridnya, menyampaikan pesan-pesan Islam. (SuaraMedia News)
Dr. Yusuf al-Qaradawi berada di antara para muridnya, menyampaikan pesan-pesan Islam. (SuaraMedia News)

DOHA (SuaraMedia News) – Presiden Persatuan Cendekiawan Muslim Internasional, Dr. Yusuf al-Qaradawi, mengatakan bahwa tembok perbatasan yang dibangun oleh Mesir di perbatasan Gaza dan Israel merupakan sebuah tindakan yang terlarang dalam Islam. Ia juga menyerukan kepada segenap rekan Mesir untuk menekan negeri piramida tersebut untuk menghentikan kejahatan yang dilakukannya. Ia menyerukan kepada Mesir untuk tidak melakukan hal-hal yang menentang bangsa Palestina.

Pernyataan tersebut dikeluarkan oleh Sheikh Qaradawi pada hari Minggu (27/12) lalu. Menjadi puncak dari sejumlah fatwa yang dikeluarkan oleh sejumlah sarjana Al-Azhar beberapa hari yang lalu yang intinya menolak pembangunan tembok tersebut.

“Pembangunan tembok besi oleh Mesir di perbatasan Gaza dan Isral beberapa hari ini merupakan sebuah tindakan yang terlarang dalam Islam, hal itu bertujuan untuk menyumbat seluruh jalan yang ada di Gaza, meningkatkan blokade dan membuat rakyat Palestina kelaparan dan menekan mereka agar berlutut dan menyerah kepada keinginan Israel.

Al-Qaradawi, membela keberadaan terowongan Gaza, ia mengatakan bahwa terowongan-terowongan tersebut merupakan sebuah jalur alternatif untuk melintasi perbatasan Rafah yang ditutup oleh Mesir.

“Rakyat Gaza memanfaatkan terowongan-terowongan itu untuk mencari alternatif lain melintasi perbatasan Rafah yang ditutup oleh Mesir.

Dalam konteks yang sama, Qaradawi menekankan ketidakpuasan terhadap pembangunan tembok tersebut, yang disamakan dengan pembangunan tembok pemisah Israel di Tepi Barat.

“Saya bertemu dengan orang Mesir, orang Arab, atau Muslim, atau orang jujur di Timur atau Barat, mereka tidak senang dengan pembangunan tembok besi tersebut,” kata Qaradawi. Ia menolak keras keberadaan tembok tersebut yang memiliki tujuan serupa dengan tembok pemisah Israel.

“Israel membangun tembok penghalang untuk mencekik Palestina, dan Mesir membangun tembok lain, sejalan dengan kepentingan Israel.”

Qaradawi mengatakan bahwa dirinya terkejut dengan pembangunan tembok tersebut, sehingga ia tidak mempercayai kabar yang beredar.

“Ketika berita itu awalnya ditayangkan, kebenarannya disangkal. Saya awalnya berpikir bahwa berita itu disebarkan untuk mengadu Mesir dan rakyat Palestina, Mesir awalnya juga menyangkal pemberitaan itu.”

Menanggapi mengenai perkataan pejabat Mesir yang menyebutkan bahwa pembangunan tembok tersebut merupakan urusan kedaulatan negara, Qaradawi mengatakan, “Mesir memang memiliki kedaulatan negarta, namun hal itu bukan berarti mereka dapat membantu pembantaian rakyat Palestina, tetangga mereka sendiri.”

Dia mengatakan, “Atas nama nasionalisme Arab, Mesir tidak dapat melakukannya, demikian halnya dengan persaudaraan dalam Islam, atau persaudaraan antar sesama umat manusia.”

“(Nabi) tidak pernah mengatakan: ‘Kurunglah saudaramu, saudaramu tengah kelaparan, tekan dia demi musuhmu.”

Mesir harus membuka perbatasan Rafah demi warga Gaza. (Perbatasan itu) adalah kehidupan mereka, tidak mencekik rakyat Gaza merupakan hal yang dianjurkan dalam agama, dan merupakan kewajiban di mata hukum. Mesir tidak boleh ambil bagian dalam pembunuhan.”

Al-Qaradawi menyerukan kepada seluruh negara rekan Mesir untuk menekan Mesir agar menghentikan tindakannya. Ia juga menyerukan kepada Liga Arab dan Organisasi Konferensi Islam untuk turun tangan dan menghentikan tragedi tersebut. (AK) www.suaramedia.com

Polemik Haram Bina Tembuk Mesir/ Gaza

Haram Bina Tembuk Mesir/Gaza Fatwa Al-Qardhawi.

FREKUENSI pemberitaan tentang Mesir dalam persoalan pembangunan tembok besi di sepanjang perbatasan antara Mesir dan jalur Gaza yang bertujuan untuk mencegah penyeludupam senjata dan barang-barang keperluan pokok bagi warga Gaza melalui terowong-terowong bawah tanah telah menimbulkan komentar dari seorang ulama Saudi dalam sebuah fatwanya.

Berbeza dengan fatwa dari Majma'al-Buhuts al-Islamiyyah, salah satu lembaga kajian Islam di bawah naungan Al-Azhar Mesir yang kerap dijadikan rujukan, yang secara penuh menyatakan dukungannya terhadap usaha pemerintahan Mesir membangun dan menanam tembok logam bawah tanah di sepanjang perbatasan Mesir-Gaza.

Syeikh Dr.Yusuf Al-Ahmad, seorang profesor syariah di Universiti Imam Muhammad bin Saud Arab Saudi, mengeluarkan fatwa pada Sabtu lalu (2/1) bahawa HARAM membangun tembok besi tersebut kerana akan menyebabkan ketidakadilan terhadap umat Islam di Gaza.

Fatwa Syaikh Dr. Yusuf Ahmad diterbitkan pada laman"Noor al-Islam", yang berjudul "Pembangunan dinding baja Mesir untuk pembongkaran terowongan Gaza ": "Pembangunan dinding besi adalah haram kerana merupakan ketidakadilan yang sangat besar bagi kaum muslimin di Jalur Gaza sehingga dapat mengisolasi dan menyesengsarakan mereka, sesuai dengan hadits Nabi saw dalam kitab Shahih Al-Bukhari Ibnu Umar berkata: "Seorang wanita masuk Neraka hanya kerana mengurung seekor kucing dan tidak memberi kucing tersebut makan hingga mati kelaparan" Jika mengurung kucing saja boleh memasukkan seseorang ke neraka, maka bagaimana dengan mengurung sekumpulan manusia?

Dia menekankan dalam pendapatnya, bahawa fatwanya tersebut merupakan tanggapan pertama dari Arab Saudi atas pembangunan tembok besi yang menyelimuti umat Islam di Gaza, umat Islam diharuskan untuk bekerja sama dengan umat Islam di Gaza dan mendukungnya, bukan malah bekerja sama dengan musuh-musuh Islam.

Mendukung pendapat dan fatwa Syaikh Dr.Yusuf Ahmad - Dr Ali Al-Ahmad Al Badahdah, presiden Koalisi untuk Palestin, menyatakan: "menanam dinding besi sudah cukup menjadi bencana bagi pengepungan seluruh Jalur Gaza."

Badahdah mengatakan dalam sebuah wawancara dengan "Islam Online.Net": "Kami berharap negara-negara Islam membantu saudara-saudara mereka di Gaza Palestin dan tidak membiarkan mereka kelaparan dan menyerukan negara-negara Islam untuk campur tangan menghentikan pembangun dinding tersebut, membuka penyeberangan Rafah "perbatasan antara Mesir dan Jalur Gaza yang dikepung sejak pengambilalihan oleh Gerakan Perlawanan Islam (Hamas) sejak bulan Juni 2007. (Sumber: Satu Umat)

Awas Hati-hati Skim Dagang Mata Wang Asing -BNM

PENGGUNA



BERNAMA, Isnin Januari 4, 2010. Waspada Skim Dagangan Mata Wang Asing Haram: BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menasihati orang ramai supaya tidak menyertai mana-mana pelaburan haram atau program latihan dagangan mata wang asing yang ditawarkan oleh individu atau syarikat.

Di dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, orang ramai biasanya tertarik untuk menghadiri program pelaburan atau latihan yang menjanjikan pulangan yang segera dan besar.

Katanya, modus operandi program sedemikian telah menawarkan latihan, seminar, bengkel percuma untuk menarik para pelabur, sebelum menjemput mereka mewujudkan satu akaun dagangan mata wang asing dengan sebuah syarikat utama.

Syarikat itu dikatakan mempunyai lesen sah untuk berdagang mata wang asing di seberang laut.

Ia juga termasuk menyediakan akses mudah ke laman web syarikat utama dan memudahkan dagangan mata wang asing secara online oleh para pelabur serta bagi mengambil siswazah baharu sebagai eksekutif pamasaran.

Para siswazah juga digalakkan untuk menarik ahli keluarga dan rakan-rakan untuk berdagang mata wang asing.

Program sedemikian turut menghendaki para pelabur mendeposit sejumlah wang ke dalam akaun bank untuk memulakan dagangan mata wang asing dan seterusnya meminta ditambah bagi mencukupkan jumlah yang berkurangan berikutan pelaburan awal masing-masing (penggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953 (ECA), adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang untuk membeli atau menjual mata wang asing atau terlibat di dalam sebarang perbuatan atau mempunyai kaitan atau membuatpersediaan di dalam membeli atau menjual mata wang asing dengan sebarang orang atau selain daripada peniaga yang dibenarkan.

Adalah juga menjadi kesalahan bagi seseorang untuk membantu atau bersubahat dengan seseorang yang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan seseorang, kecuali individu itu adalah seorang peniaga yang dibenarkan.

Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh diperolehi dari laman web BNM (http://www.bnm.gov.my/fxadmin).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi BNM di talian 1-300-88-5465 atau e-mel (bnmtelelink@bnm.gov.my). - BERNAMA

'Avatar' Filem Ke 5, Lepasi Jualan Tiket AS$1 Bilion

HALAMAN HIBURAN

LOS ANGELES: Filem epik sains fiksyen terhangat musim ini - Avatar - kini menjadi filem kelima dalam sejarah perfileman melepasi jualan tiket AS$1 bilion di seluruh dunia.

Avatar masih mempertahankan kedudukan sebagai filem nombor satu di box office Amerika Syarikat selama tiga minggu berturut-turut.

Malah Avatar juga telah menjadikan James Cameron sebagai satu-satunya pengarah yang menghasilkan dua buah filem yang berjaya mengutip jualan tiket melebihi AS$1 bilion.

Satu lagi filemnya yang mencapai tahap tersebut ialah Titanic. Avatar juga merupakan satu-satunya filem yang diarahkan oleh James Cameron selepas filem Titanic yang dihasilkan pada tahun 1997.

Selain Avatar dan Titanic, filem yang berjaya mencapai jualan tiket melebihi AS$1 bilion di seluruh dunia ialah Lord of The Rings: The Return of The King, Pirates of The Caribbean: Dead Man's Chest dan Batman: The Dark Knight. (AK)

Komen blog Ibnu Hasyim: Bolehkah menyampaikan Islam melalui cerita -cerita filem begini?

Peguam Negara: Petra Didakwa Guna Pasport Palsu?

Petra didakwa jika guna pasport palsu.

EDITOR laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin mungkin didakwa menggunakan sebuah pasport asing untuk meninggalkan negara ini sekiranya ada laporan terhadapnya, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan jika ada laporan seperti itu.

Beliau diminta mengulas kemungkinan penulis blog itu didakwa jika didapati menggunakan pasport asing untuk melarikan diri tahun lepas selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

"Kami perlu menimbang (mendakwa Raja Petra) jika ada laporan terhadapnya dan siasatan dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat," katanya kepada pemberita di Putrajaya semalam.

Abdul Gani berkata perkara penting kini ialah untuk mendapatkan Raja Petra terlebih dahulu sebelum mendakwanya semula.

"Anda tidak semudah mendakwa seseorang apabila anda tidak mendapatkannya. Apabila hanya sudah pasti mendapatkan orang itu, maka anda boleh teruskan.

"Oleh kerana mahkamah membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra, dia boleh didakwa semula atas tuduhan sama apabila dia kembali ke negara ini," katanya.

Katanya, kerajaan masih dalam proses mengenal pasti lokasi Raja Petra dan sebaik sahaja dikesan permohonan sewajar perlu dibuat mengikut undang-undang negara berkenaan untuk membawa semula dia ke Malaysia bagi menghadapi tuduhan.

Raja Petra didakwa menggunakan pasport sebuah negara jiran untuk melarikan diri ke Britain dan pihak berkuasa imigresen Malaysia telah mengesahkan tiada rekod menunjukkan dia telah melalui pemeriksaan di pintu keluar negara.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk 'Let's Send the Altantuya Murderers to Hell' dalam blog Malaysia Today bertarikh 25 April, 2008.

Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pada 18 Jun tahun lepas.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 11 dan 13 Nov lepas membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak polis gagal menyampaikan waran tangkap kepadanya.

- Bernama

Pendirian Rasmi PAS, Bukan Islam Guna Nama 'Allah'

Oleh Hj Abdul Hadi Awang. Presiden PAS


"PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam."

Kenyataan Rasmi
Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang
Jan 04, 10.

Pendirian PAS ini dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi, Jan 04 2010.

Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.

Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini. Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut. Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi. Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

(AK)

P/Hiburan Cabar Kerajaan Dg Wanita Tak Pakai Coli.

Sebahagian pegawai perhubungan pelanggan warga Vietnam yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

GRO Vietnam tanpa coli ditahan

Lebih mengejutkan, pusat hiburan terbabit pernah diserbu oleh sepasukan polis Bukit Aman, 13 Disember lalu. Dalam serbuan itu seramai 41 GRO ditahan. Namun kali ini, pusat itu bergerak lebih berani apabila beroperasi dengan GRO-GRO yang tidak memakai coli.

Bagaimanapun kegiatan pusat hiburan itu tidak bertahan lama apabila diserbu lagi sepasukan polis kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Dalam serbuan itu, seramai 31 GRO wanita warga Vietnam serta seorang pengurusnya berjaya ditahan. Seramai 13 pelanggan turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan dokumentasi.

Pengurus terbabit bakal berdepan dengan tindakan di bawah Akta Imigresen kerana membenarkan warga asing bekerja tanpa permit. Kesemua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut. Operasi yang dijalankan Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) IPK Kuala Lumpur itu tamat pukul 11.30 malam.

Pegawai Turusnya, Deputi Supritendan Razali Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan operasi berkenaan.

Sementara itu di KL, Bernama pula melaporkan 5 premis hiburan di sekitar Jalan P.Ramlee di sini ditutup kerana melanggar peraturan dengan menguatkan muzik sehingga mengganggu ketenteraman awam, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Katanya, lesen mereka dibatalkan ekoran aduan orang ramai bahawa kelima-lima premis hiburan itu menggunakan muzik yang kuat dengan meletakkan pembesar suara di hadapan premis masing-masing. Menurut beliau, pembatalan lesen premis hiburan berkenaan berkuatkuasa pada 1 Januari lepas.

"Bukan sekali dua kita bagi amaran minta kurangkan bising, tapi banyak kali. Jadi bila kita tengok tak ada perubahan dan mereka masih berdegil, tindakan inilah yang kita ambil.

"Banyak aduan yang kita terima daripada penduduk yang tinggal berdekatan premis berkenaan termasuk penginap hotel-hotel berhampiran," katanya.

Ahmad Fuad menjelaskan bahawa hanya lesen hiburan premis berkenaan dibatalkan tetapi tidak bagi lesen perniagaan mereka.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya pusat-pusat hiburan terus berani mencabar kerajaan BN. Kerajaan BN sudah tidak mampu perintah negara, eloklah menteri-menteri berkaitan letak jawatan. Begitu juga PMnya..

Ada Kaitan..

Monday, January 04, 2010

Bukan Islam Guna Perkataan Allah, Apa Pandangan PAS?


Jan 4, 10. KL: Sebanyak 13 badan bukan kerajaan (NGO) semalam membuat laporan polis kerana membantah tindakan majalah Herald The Catholic Weekly, menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Kesemua NGO tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Maamor Osman membuat 10 laporan polis berkaitan perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira pukul 3 petang.

Sementara PAS pula telah mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, YDP PAS Shah Alam itu juga seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangannya bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan ahli dan juga masyarakat. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perbedaan pandangan secara terbuka antara Khalid dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS beranggapan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam itu merupakan pandangan peribadinya dan tidak mewakili parti.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil sebarang tindakan terhadap Khalid, Tuan Ibrahim berkata: “Saya fikir tak perlulah sampai nak ambil tindakan disiplin terhadap beliau.. Kita dalam PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka apabila mengeluarkan pandangan, tapi dalam hal ini beliau bercakap mengikut pandangannya berdasarkan hukum ciptaan iaitu tuhan kepada semua manusia ialah Allah.”

Mengulas sama ada tindakan Khalid itu akan menjatuhkan imej PAS kerana masyarakat melihat wujudnya perselisihan pandangan di kalangan pemimpin parti itu terutamanya dalam isu-isu sensitif, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya sememangnya tidak menyekat kebebasan bersuara.

“Kita tak sekat ahli-ahli PAS yang ramai ini untuk memberi pandangan, tapi pandangan yang menjadi dasar PAS adalah datang dari enam peringkat tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am dan timbalannya, Presiden dan timbalannya, Setiausaha Agung serta Ketua Penerangan.

“Kenyataan mereka ini kita anggap sebagai kenyataan rasmi parti,” katanya.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, pendirian PAS adalah jelas bahawa parti itu sememangnya membantah kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi itu berhubung penggunakan kalimah Allah.

“PAS membantah sekeras-kerasnya mengenai perkara ini dan kami menyokong semua usaha termasuk rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,” katanya. (Sumber mStar online dll./2MA)

Ada kaitan...

2..Tunjukkan Nas & Dalil, Bukan Islam Tidak Boleh Guna Nama Allah ...
3..Agnes Monica: Sebab Allah Yesusku Mengerti, Bukan Itu ...
4.."PAS Dukung Umat Katolik Gunakan Nama 'Allah'"
5..Mahkamah: Bukan Islam Boleh Guna Nama 'Allah'
6..Bantah Guna Kalimah Allah, Jangan Nyalakan Api Aga...

Solat Jumaat: Patut Jadi Contoh Hotel-hotel Lain.


Solat Jumaat di hotel itu.

Jan, 10, Ampang: JARANG kita mendengar mengenai hotel yang menyediakan surau kepada pelanggan dan juga penduduk setempat untuk menunaikan solat Jumaat. Namun, apa yang ditampilkan oleh Surau Nurul Hikmah di Hotel De Palma Ampang, Jalan Ampang, Selangor sedikit berbeza.

Di sebalik hotel yang sering dilabelkan dengan pelbagai perkara negatif hotel ini tampil dengan elemen syiar Islam iaitu menyediakan surau taraf solat Jumaat kepada pelanggan hotel dan juga kariah berhampiran.

Pengerusi Surau Nurul Hikmah dan juga Pengurus Besar Kumpulan De Palma Hotel, Datuk Mohd. Ilyas Zainol Abidin, 57, memberitahu, beliau cuba membawa kelainan pada De Palma Hotel dengan hotel yang lain.

"Lagipun saya sudah berpengalaman selama 30 tahun dalam industri ini dan umur semakin lanjut. Mungkin ini merupakan salah satu cara saya berdakwah.

"Malah sambutan yang diberikan orang ramai cukup baik dengan 20 peratus jemaah terdiri daripada tetamui hotel sendiri," katanya sambil tersenyum.

De Palma Ampang merupakan hotel pertama di negara ini yang mempunyai surau untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat.

"Kami mendapat keizinan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menjadikan Surau Nurul Hikmah sebagai surau untuk solat Jumaat pada 10 Oktober 2008.

"Kami mempunyai empat orang imam yang mempunyai tauliah daripada JAIS selain surau itu dapat menampung sehingga 1,400 jemaah pada satu masa," katanya yakin.

Bicaranya lagi, pihaknya turut menjemput penceramah luar selain mengadakan bacaan hadis selepas solat Subuh, kuliah agama selepas Zuhur dan aktiviti solat sunat hari raya serta melaksanakan ibadat korban dan tahlil.

"Keempat-empat imam bertugas Surau Nurul Hikmah juga mempunyai tauliah untuk menjadi jurunikah selain membaca khutbah Jumaat.

"Malah mereka akan bergilir-gilir menjadi imam solat berjemaah pada waktu solat yang lain yang menjadikan surau ini tiada bezanya dengan surau di luar," katanya lagi. (Sumber Kosmos!/2MA)

AS/UK Tutup Kedutaan, Takut Al Qaeda Yaman.



GAMBAR fail menunjukkan seorang askar mengawal Kedutaan Amerika Syarikat di Sana'a, Yemen pada 18 September 2008

SAN'A - Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan Britain bertindak menutup kedutaan masing-masing di Yemen berikutan ancaman daripada sebuah sayap kumpulan Al-Qaeda yang terlibat dalam kejadian warga Nigeria yang mahu meletupkan sebuah pesawat AS pada 25 Disember lalu.

Di London, seorang jurucakap Pejabat Luar Britain memberitahu, kedutaan negara itu di Yemen ditutup semalam atas sebab-sebab keselamatan.

Beliau berkata, sama ada pejabat kedutaan tersebut akan dibuka semula akan ditentukan pada hari ini.

Konfrontasi dengan sayap kumpulan Al-Qaeda itu menjadi isu genting selepas pemuda Nigeria berusia 23 tahun, Umar Farouk Abdulmutallab membuat pendedahan kepada penyiasat-penyiasat AS.

Menurut Umar, dia menerima latihan dan arahan daripada anggota-anggota sayap Al-Qaeda di Yemen.

Kumpulan itu dikenali dengan nama Al-Qaeda di Semenanjung Tanah Arab.

Presiden AS, Barack Obama menyatakan percubaan untuk meletupkan pesawat jenis Airbus A330-323E milik Northwest Airlines yang membawa 290 penumpang dan krew itu didalangi oleh kumpulan Al-Qaeda di Yemen. - AP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Yang dipanggil 'kuasa besar' pun tak besar mana, berbanding kuasa 'Yang Maha Kuasa'. Memang, kini sudah zaman keruntuhan mereka..

Britian: Ada Pula Buli Kanak-kanak Melalui Siber.

Gambar mangsa

Polis selamatkan mangsa buli siber

NORTHUMBRIA - Polis Britain menyelamatkan seorang gadis berumur 13 tahun, Beth Ellis (gambar) daripada terus menjadi mangsa buli siber oleh rakan-rakan sekolahnya di sini, lapor akhbar News of the World semalam.

Polis memberi amaran kepada rakan-rakan mangsa bahawa mereka boleh didakwa di bawah Akta Gangguan manakala kumpulan di Facebook yang dikenali sebagai Kami Benci Beth Ellis yang mereka tubuhkan turut digugurkan daripada laman jaringan sosial itu.

Ibu mangsa, Amanda, 40, menyatakan dia pada mulanya berasa janggal semasa membuat laporan polis berhubung kes itu kerana bimbang laporannya akan dianggap remeh oleh pihak berkuasa.

"Namun, saya kemudian berasa lega kerana mereka (polis) menganggap kes buli siber merupakan sesuatu yang serius," katanya.

Menurutnya, Beth yang pernah menjalani pembedahan jantung semasa kecil menjadi sasaran pembuli kerana saiz badannya yang kecil.

Mereka menyiarkan beberapa mesej berbaur penghinaan termasuk menyatakan dia memerlukan pembedahan pembesaran payu dara selain rambutnya yang dipenuhi dengan kutu.

"Kami memandang serius semua kes buli tanpa mengira sama ada ia berlaku di taman permainan kanak-kanak atau di dunia siber," kata seorang jurucakap polis di sini. - Agensi

Penyerang Pelukis Kartun Nabi, Tahniah Untuk Beliau.

Seorang lelaki Somalia yang didakwa menyerang Westergaard dibawa dengan pengusung memasuki sebuah mahkamah di Aarhus, Denmark kelmarin.

Penyerang pelukis kartun Nabi Muhammad pernah ditahan

COPENHAGEN - Seorang lelaki Somalia yang menyerang kartunis yang melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W, Kurt Westergaard pernah ditangkap di Kenya, lapor media Denmark semalam.

Akhbar Politiken melaporkan, agensi perisikan Denmark mengetahui bahawa pemuda berusia 28 tahun itu ditahan di Kenya pada September tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam komplot untuk menyerang Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton.

Memetik kenyataan beberapa sumber, ia menyatakan lelaki itu dibebaskan kemudian kerana kekurangan bukti. Hillary berkunjung ke Kenya sebagai sebahagian rangka lawatan 11 hari beliau ke Afrika pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu, lelaki Somalia berkenaan didakwa di sebuah mahkamah Denmark kerana cuba membunuh Westergaard, 74, apabila dia menceroboh rumah kartunis itu di Aarhus, 157 kilometer dari sini pada Jumaat lalu dengan bersenjatakan sebilah kapak dan pisau.

Suspek yang ditembak dua kali oleh seorang anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian dibawa dengan pengusung ke mahkamah itu kelmarin. Dia diarah ditahan selama empat minggu berhubung beberapa dakwaan kerana percubaan untuk membunuh kartunis itu. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Perjuangan mempertahankan Allah dan Rasul, dari dihina adalah adalah perjuangan yang mulia. Itulah peluang untuk mendapatkan 'syahid', yang menjadi idaman cita-cita Muslim. Tahniah kepada lelaki itu. (2MA)

Pelacur Bawah Umur, Tinjau Semula Undang Islam

Pelacur 12 tahun tawar khidmat di Australia

Gambar Jen korab

PERTH - Pihak berkuasa Australia kini berdepan gejala pelacuran kanak-kanak apabila pelacur semuda usia 12 tahun dilihat mencari pelanggan di kawasan pinggir bandar di sini, lapor akhbar The Sunday Times semalam.

Akhbar itu melaporkan Pemangku Pengurus Perkhidmatan Remaja Inner City, Jen Korab yang pernah menjadi pelacur kanak-kanak berkata, terdapat pelacur seawal usia 12 tahun bekerja di beberapa taman di bandar berkenaan sejak setahun lalu.

"Sudah menjadi pemandangan biasa apabila terdapat kereta bergerak perlahan dan berhenti dengan tujuan untuk mencari pelacur muda itu di kawasan Perth dan Northbridge," kata Korab.

"Saya pernah bercakap dengan beberapa pelacur muda itu dan mereka menyatakan terdapat kanak-kanak berumur sembilan tahun yang melacur," tambahnya.

Menurutnya, pelacur kanak-kanak sering terdedah dengan persekitaran penyalahgunaan dadah bagi menenangkan jiwa kerana mereka belum cukup matang untuk mengawal tekanan.

Susulan pendedahan Korab, Menteri Perlindungan Kanak-Kanak, Robyn McSweeney berkata, beliau amat mengambil berat mengenai perkara itu dan akan menemui Menteri Polis, Rob Johnson dan kelompok aktivis untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terhadap gejala tersebut. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hassyim: Untuk cari jalan penyelesaian masalah sosial ini, cuba tinjau kembali perlaksanaan perundangan Islam, terutamanya bagi negara-negara umat Islam yang sekular seperti Malaysia.

Penagih Dadah Pun Kreatif, Buat Dapur Dari Bahan Terpakai

BUKTI...pelbagai ‘dapur’ dihasilkan penagih dadah.

Dapur segera. hasil ciptaan penagih dadah gunakan bahan terpakai.

GOMBAK: Kreatif songsang itulah istilah tepat diberikan kepada segelintir remaja dan penagih dadah apabila bijak menghasilkan 'dapur segera' menggunakan bahan terpakai sebagai material utama sebelum melepas gian.

Perbuatan remaja itu dikesan dalam pemeriksaan yang pernah dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam beg milik seorang remaja berusia belasan tahun yang juga pelajar sekolah menengah di sekitar Gombak di sini dalam satu operasi, baru-baru ini.

Antara bahan buangan terpakai digunakan untuk menghasilkan dapur terbabit termasuk botol minuman keras, botol air mineral, bekas pewangi, paip getah dan pelbagai bahan lain. Difahamkan, dapur segera itu kerap digunakan untuk melepaskan gian dadah jenis ganja dan syabu berikutan lebih senang untuk dihisap, selain turut dikongsi dengan rakan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pegawai AADK Gombak, Halili Busu, berkata pihaknya dalam operasi dilakukan sepanjang tahun lalu merampas pelbagai jenis dapur segera yang digunakan penagih dadah untuk melepaskan gian.

"Semuanya dirampas dalam operasi berkala di sekitar Selayang. Bagi mengelak gejala tidak sihat ini menular di kalangan remaja, kami dengan kerjasama pihak sekolah melalui program Sekolah Bebas Dadah sering mengadakan lawatan mengejut ke sekolah terpilih.

"Antara aktiviti dijalankan adalah ceramah juga ujian air kencing secara rambang terhadap pelajar disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah, sekiranya didapati positif mereka ini akan diletakkan di bawah program pemulihan khas," katanya.

Antara langkah pemulihan dilakukan adalah dengan memanggil ibu bapa pelajar terbabit untuk perbincangan dan diletakkan di bawah program khas dikenali Program Intervensi Pelajar supaya mereka tidak lagi terjebak dengan penagihan dadah.

"Mereka ini juga akan diwajibkan menghadiri kem khas yang biasanya dijalankan pada setiap musim cuti sekolah," katanya.

Katanya, sehingga kini daripada ujian air kencing dijalankan 10 pelajar disyaki terbabit penyalahgunaan dadah, bagaimanapun, ujian makmal mengesahkan hanya enam daripada mereka disahkan positif dadah jenis ganja. (myMetro online/AK)

Nik Aziz Ditawar Ketua Ulama, UMNO Tandus -K/Pemuda K'tan





KOTA BHARU, 3 Jan: Umno dianggap benar-benar ketandusan kepemimpinan ulama sehingga terpaksa menawarkan jawatan Ketua Ulama Umno kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sedangkan jawatan seumpama itu tidak pernah wujud dalam sejarah perjuangan Umno sejak 1946.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, hari ini Umno baru mengakui tiada tokoh dalam parti itu yang boleh dilantik sebagai mengetuai kumpulan ulama dalam Umno.

“Ini kerana ulama yang makan gaji dengan kerajaan yang ada sekarang hanya sebagai alat untuk menggambarkan Umno juga mendaulat Islam.

“Namun sebaliknya ulama seperti itu tidak mampu dilantik sebagai ketua di kalangan mereka. Lagi pun saya cukup hairan sejak bila pula tiba-tiba Umno mengiktiraf peranan ulama,” katanya di sini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Bazlan Baharuddin mempelawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyertai Umno bagi membolehkan dilantik sebagai ketua ulama Umno.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, lebih baik Bazlan dan pengikutnya menyertai PAS kerana baru menyedari kepentingan peranan ulama dalam kehidupan umat Islam.

“Tinggallah parti assobiah yang sempit itu kerana perjuangan mendaulatkan bangsa dan meninggalkan ketaatan kepada Allah akan menemui kehancuran,” ujarnya.

Beliau juga melahirkan rasa hairan tiba-tiba pemuda Umno melahirkan idea seperti itu sehingga memperlihatkan bertentangan sama sekali dengan tindak tanduk mereka sebelum ini.

Menurutnya juga pelawaan seperti itu biar pun tujuan mempersendakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, namun ia memperlihatkan tahap pemikiran sebenar pemimpin Umno.

“Orang ramai yang membaca kenyataan itu tentunya ketawa seorang diri. Ia seumpama meludah ke langit yang terkena kepada dirinya sendiri,” tambahnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sila lihat sajarah PAS dalam blog ini... (Sumber Harakah/ AK)

Sunday, January 03, 2010

Dr Hasan Ali, Payung Maksiat.. Tiada Masalah, Boleh Siasat.

Jan 03, 10: PAYA JARAS – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali mengakui ada di antara pihak berwajib di negeri ini yang bersubahat dengan hotel murah, pusat spa, rumah urut serta disko untuk memudahkan premis itu menjalankan kegiatan haram.

Menurutnya, rangkaian berkenaan dilihat cuba melindungi pusat-pusat ini sebagai tempat untuk mendapatkan khidmat pelacur, pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dan melakukan maksiat.

“Saya ada terima laporan, bila ada serbuan yang hendak dibuat ke lokasi yang sudah dikenal pasti ini, sering kali gagal walhal memang premis itu menjalankan kegiatan haram itu.

“Hotel-hotel bajet, pusat hiburan dan rumah urut di Selangor seolah-olah ada ‘payung’ tetapi kita tidak tahu siapa payungnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penglibatan hotel-hotel bajet yang dikatakan bersubahat membenarkan pasangan belum berkahwin menyewa bilik susulan tangkapan 52 pasangan dalam operasi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam tahun baru yang lalu.

Beliau berkata, usaha untuk membanteras gejala sosial dan maksiat di negeri ini tidak akan berjaya jika sekiranya tiada kerjasama dari semua termasuk peringkat masyarakat.

“Masalah ini adalah masalah semua, Tok Penghulu, Pegawai Daerah dan rakyat perlu bekerjasama. Kalau hanya hendak mengharapkan Kerajaan Negeri bertindak, tentulah agak sukar,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Siapa payungnya? Tiada masalah, boleh siasat. (AK)

Saturday, January 02, 2010

Terima Kasih Ustaz Misbahul Munir.. Tahniah.

Petikan dari blog Ustaz Misbahul Munir

GAMBAR ini keluar dalam sebuah laman, kononnya saya bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim. Timbul persepsi pimpinan PAS boleh menghalalkan apa sahaja kalau ia yang melakukannya dan haram kalau UMNO yang melakukan. Dalam blog tersebut turut dipaparkan gambar Mat Sabu yang berpegangan dengan seorang wanita tua yang layak dipanggil nenek atau opah.

Saya nak jelaskan kerana penulis blog dan pengunjung-pengunjungnya dalam ruangan komen memberi persepsi yang negatif terhadap gambar tersebut yang diambil dari blog saya sendiri.

Saya menziarahi keluarga mangsa rompakan dan bunuh di kampung Sungai Tiang Tengah, Bagan Datoh yang tidak jauh dengan kampung saya sendiri Sg. Tiang Darat. Perempuan Cina tersebut adalah isteri mangsa yang dibunuh, tangannya sakit dan sukar untuk diangkat kesan kena pukul oleh perompak. Saya lahirkan rasa simpati dan ucap takziah di atas insiden yang menimpanya.

Atas dasar simpati dan kemanusian saya menghulurkan sumbangan kepada perempuan Cina tersebut. tangannya tidak boleh diangkat untuk menerima sumbangan tersebut. Saya tidak menjamah dan memegang pun tangannya, saya sekadar menghulurkan sebuah sampul surat yang berisi sumbangan ke tangannya.

Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan, kunjungan saya bersama pimpinan PAS kawasan yang lain rupanya menjadi buah mulut masyarakat Cina di situ terutama kaum keluarganya, mereka memuji langkah PAS yang menziarahi keluarga mangsa rompakan dan bunuh.

Blog Ibnu Hasyim: Terima kasih Ustaz Misbah. Inilah tugas blogger menjelaskan kekeliruan masyarakat yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Tahniah atas kerjabuat, sikap dan prihatin ustaz dengan blogger. Kita akan cari lagi isu-isu yang perlu dijelaskan.(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails