Dari kanan Redhuan Oon, Ibnu Hasyim & Ahmad Lufti.
Pandangan ke hadapan.
Pandangan ke belakang, dua dari kanan Hanipa Maiden, dan dua dari kiri Prof Dr Abdul Aziz Bari.CATATAN SANTAI
  DISKUSI KAMI pertama membincangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan  1984, saya dijemput, tetapi ketika itu saya hendak ke China. Diskusi  KAMI kedua pun tidak dapat hadir juga kerana saya ke Aceh. Diskusi  Ketiga saya dijemput juga, kali ini boleh hadir. Hadir bersama pakar  Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari; penulis  prolifik yang juga  pengasas Harakah, Hj Subky Latiff; dan Peguam PAS, Hanipa  Maidin.  Pengerusi KAMI Ahmad Lufti Othman dan Tarmizi Md Jam sebagai Setiausaha.
Dari juah masa saya sampai, nampak sahabat lama saya Ridhuan Oon tersenyum lebar. Saya dijemput duduk disebelah pengerusi, berhadapan dengan Haji Subky.
"Lama tak nampak, mana hilang?" Kata Subky kepada saya, membuat kawan-kawan lama lain tertawa. Sama-sama faham.
Turut hadir ialah editor The Malaysian Insider, Dr. G Manimaran; Exco Paksi, Razali Endun; adik allahyarham Dr. Burhanuddin Helmy, Drs Norbit Mohd Noor; Naib Dewan Perhimpunan Bukan Islam PAS Pusat, Vincent Lee; Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman; Setiausaha PAS Kawasan Batu, Hj Ismail Yahya; beberapa wartawan Harakah, Harakahdaily dan Sinar Harian.
Hj Subky sebagai  penceramah awal membuka gelanggang. Membongkar khazanah sejarah awal  akta yang mengawal akhbar. Bagaimana akhbar 'Utasan Melayu'  (UM) ditubuhkan oleh Yusof Ishak. Dibangunkan dengan melapor  berita-berita yang adil sehingga UM menjadi maju dan meluaskan dengan  membuka tawaran saham.
Tetapi akhirnya UM dirampas puak-puak berkepentingan melalui belian saham tersebut, sehingga UM mula ditapis dan di'akta'kan. Akhirnya Yusof Ishak tersingkir menjadi Presiden Singapura, bersama Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri. Demi kebebasan akhbar Subky menubuhkan pula 'Suara Rakyat' tetapi tidak lama, akhirnya menubuh 'Harakah'. Dalam penubuhan Harakah nama-nama Cikgu Ishak Surin dan Nakha'ie Ahmad turut disebut-sebut.
Waktu  itu saya bergiat dalam menerbitkan kaset dan buku-buku haraki. Puluhan  ribu kaset-kaset ceramah PAS saya terbitkan tiap bulan. Keghairan orang  ramai kepada kaset begitu melonjak-lonjak, dan mula tersebar keluar  negara. Waktu itu baru lepas Revolusi Iran 1979, di mana kaset-keset  memainkan peranan penting dalam menumbangkan Shah Iran, yang bernaung di  bawah ketiak Amarika Syarikat.
Di Malaysia kebangkitan PAS di  bawah kepimpinan ulama disemarakkan oleh kebangkitan kaset-kaset agama  dan dakwah. Mula-mula saya guna nama syarikat 'Ad-dakwah Recording', bertukar kepada 'Gedung Gua' dan akhirnya 'GG Edar',  yang beroperasi mulanya di sebuah pejabat di Kampung Baru, di sebuah  rumah dan akhirnya di bawah pejabat PAS Jalan Pahang waktu itu.
Saya masih ingat, kaset pertama yang mula-mula saya terbitkan ialah ceramah Ustaz Fadzil Mohd Noor, waktu itu beliau masih belum menjadi Yang Dipertua Agung PAS. Kaset ceramah di Dewan Bahasa & Pustaka KL yang saya beri judul 'Hijrah', kulit kasetnya masih belum berwarna. Juga kaset terlaris ucapan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bertajuk 'Kebangkitan Islam' ceramah di Terengganu, sehingga ada yang membukukan. Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdil Hadi adalah regu yang mantap dalam memimpin PAS selepas itu.
Antara kaset-kaset ceramah PAS lain yang diminati ialah  ceramah Mohd Sabu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Haji Yusuf Rawa, Ustaz  Awang Bakar, Subky Latif, Kamal Koh dan ramai lagi, masing-masing  dengan gaya yang tersendiri. Waktu itu keghairahan kepada kaset ceramah  PAS terus memuncak, sehingga di Jalan Chow Kit, kaset-kaset PAS  mengkritik kerajaan BN terus terpasang kuat berdegar-degar. Atas  gelombang lonjakan inilah lahirnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Antara yang diharamkan oleh KDN seperti yang disiarkan oleh media kerajaan waktu itu ialah buku tulisan Subky Latif 'PAS Masuk Lubuk Merbau'  ekoran dari pembunuhan kepada seorang ahli PAS di Lubuk Merbau,  beberapa bulan sebelum berlakunya pembunuhan di Mamali, yang dicetak  oleh syarikat milik saya. Begitu juga kaset yang diumumkan  pengharamannya oleh KDN ialah kaset bertajuk 'Syahid 1' & 'Syahid 2' oleh Abdul Qader  Jealani dan 'Penindasan Terhadap Iman & Islam di Indonesia' oleh Syarifin Moloko, yang kedua-duanya adalah penceramah Indonesia. Itu yang saya ingat.
Kesannya, ramai penerbit kaset sudah tidak berani lagi menerbitnya. Dendanya ribuan RM perlu dibayar dan beberapa tahun penjara. Kecuali penerbit yang ada semangat perjuangan dan berjihad. Bahkan bila ada vedeo, saya sendiri pernah diseret ke mahkamah kerana menyebarkan video ceramah PAS. Begitulah ganasnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 itu mencengkam kebebasan bersuara.
Saya ceritakan ini, kerana setelah keluar berita dan gambar saya dalam blog SanggahTokSago.com, mengenai Diskusi KAMI ini, seorang sahabat Dr Zubair Jaafar dari Putrajaya menelefon saya berkata..
"Awat hang tak cerita pengalaman hang yang sangat bersejarah membangkitkan gelombang kebangkitan PAS melalui media kaset dan buku? Di saat orang lain takut dan tak mahu buat begitu? Sehingga hang terpaksa 'lari ke luar negara' diburu bayangan SB (Special Branch)? Aku tak boleh lupa jasa hang kepada kebangkitan Islam, walaupun tak sehebat seperti di Iran?"
Kerana itu saya selit sikit-sikit kisah lama ini. Sambung balik kisah diskusi KAMI, Prof Dr Abdul Aziz pula berucap, mendedahkan dari sudut perundangan  Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memberi kuasa penuh kepada  seorang pegawai kerajaan melanyak kebebasan bersuara. Walaupun terhimpit  dan tersepit namun perjuangan pembebasan itu tetap perlu diteruskan.  Peguam PAS Hanipa Madin pun berucap menceritakan pengalamannya dalam PAS memperjuangkan kebebasan bersuara.
Begitulah seterusnya komen wakil-wakil lain dan diakhiri dengan gulung dari pengerusi.
Rumusan, pandangan saya..
Satu: KAMI perlu bersifat ke'kita'an, dan perlu menangani semua isu-isu berkaitan. Bongkar segala kekejian kerajaan BN, terangkan kepada rakyat sehingga rakyat sedar dan benci kepada kezaliman dan kongkongan kebebasan media. Biar rakyat tolak mereka dalam PRU13 akan datang.
Kedua: KAMI perlu perluaskan  skop perjuangan dari dari akta mesin cetak dan penerbitan kepada seluruh  media dan kebebasan yang menyeluruh.
Ketiga: Jangka panjangnya perlu perluaskan dari peringkat kebangsaan kepada peringkat global. Peka kepada mustad'afin media di seluruh dunia.
Keempat: Pelan tindakan perlu  diperbincang dan dijelaskan dari masa ke masa, melalui berbagai cara,  bukan hanya perjumpaan seperti ini sahaja, wujud badan tertentu, demo  dll..
Kelima: Weblog-weblog yang ada dan sealiran perlu didekati dan ditangani. Begaimana caranya? Perlu difikiri dari semasa ke semasa.
Keenam: Kewangan KAMI amat perlu. Buatlah apa yang patut untuk dapatkan..
Wallahu 'aklam.
Ibnu      Hasyim Catatan Santai
alamat        e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos1, 10
Salam Tuan, anta Guru anta Kawan....
ReplyDeleteAl hamdulillah.
ReplyDelete