Wednesday, June 02, 2010

126 Aktivis Dihantar Ke Amman & Mula Dibebaskan.



AMMAN, JUN 2, 10: Seramai 121 aktivis yang mengikuti rombongan bantuan kemanusiaan ke Gaza yang ditahan oleh Israel pagi tadi telah dibebaskan dan sedang didalam perjalanan ke Jordan, termasuk 30 orang aktivis Jordan, serta negara-negara selainnya iaitu Bahrain, Kuwait, Maghribi, Oman, Lubnan, Syria, Yaman, Algeria, Pakistan, Malaysia, dan Azerbaijan.

Menteri Pembangunan Amal Jordan, Ahmad Al-Umyan mengatakan itu adalah atas arahan Raja Abdullah Thani (Raja Jordan) dan keselamatan rakyat Jordan, ia memudahkan aktivis armada kebebasan yang kesemuanya terdiri dari 14 buah negara yang lain..

Kerajaan Jordan telah mengarahkan Kedutaan Besar Jordan di Tel Aviv untuk memudahkan perjalanan kesemua aktivis ini ke Amman, serta tetamu-tetamu lain dengan selamat sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing. Mereka adalah 30 dari Jordan, 4 dari Bahrain, 3 dari Pakistan, 15 dari Kuwait, 7 dari Morocco, 3 dari Syria, 28 dari Jazeera, 12 dari Indonesia, 4 dari Yaman, 12 dari Malaysia, 3 dari Algeria, 2 dari Azerbaijan dan 3 lagi dari Lubnan..

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ini adalah menurut berita di ambil dari akhabar Jordan, tapi sehingga jam kini, 4.30am waktu tempatan-Jordan dan Palestin (9.30am waktu Malaysia) dan mengikut twitter seseorang, mereka ada lagi di penjara Haifa. Sedangkan di Jerusalem, AFP melaporkan, Kira-kira 50 aktivis Turki yang ditahan dalam serbuan tentera Israel ke atas kapal yang membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza, kelmarin mula dibebaskan dari penjara, hari ini.

"Kumpulan pertama terdiri 50 negara Turki sudah meninggalkan penjara Beersheva menggunakan bas ke Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv sebelum pulang ke tanah air mereka," kata pegawai kerajaan Israel. (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails