RANTAU PANJANG - Sinar Harian melaporkan, Pas tidak akan tergopoh-gapah dalam menerima bukan Islam sebagai anggota parti itu jika kerana semata-mata ingin menarik pengundi bukan Islam. Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, Pas lebih berhati-hati dalam menerima keanggotaan dan tidak mengamalkan sikap `tangkap muat’ bagi meramaikan ahli, tanpa memikirkan akibatnya.
“Pada asasnya kita (Pas) menyokong usaha menarik orang ramai, khasnya pengundi bukan Islam menyertai parti, tetapi dalam hubungan ini kita lebih berhati-hati,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku berkata, demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong Kebangsaan, Hu Pang Chaw, supaya pemimpin terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai Pas termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.
Hu berkata, masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu. Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keanggotaannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar Pas yang tidak berteraskan perkauman.
Abdul Fatah berkata, Pas terlebih dahulu perlu meminda perlembagaan parti sebelum menerima keanggotaan parti daripada kalangan bukan Islam. “Ini kerana, di antara syarat keahlian PAS adalah terdiri daripada orang Islam.. Sebab itu, kita (Pas) tidak terburu-buru dan tergopoh-gapah da lam menerima keahlian parti semata-mata kerana ingin mendapat sokongan pengundi daripada bukan Islam,” katanya.
Mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Abdul Fatah berkata, Pas yakin akan merampas semula kawasan itu daripada tangan Barisan Nasional (BN). Ini katanya, berdasarkan majoriti 2,333 yang diperolehi penyandang calon BN, Allahyarham Azman Mohammad Nor, 54, adalah atas faktor undi pos. Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban, Jumaat lepas. (AK)
1st sighting of Mt. Ararat, 17,000 ft high, from rental car
At Hotel Simer in Dogubayazit, on Iran transit road, Mt. Ararat near sundown
Next morning, the usual cloud ring around Mt. Ararat's peak
Knoxville News Sentinel story, 1997 Limestone range (in Gilgamesh?) at top. Bottom part of formation only, at right. Not having read info yet, I didn't know what to look at.
Catatan pengalaman pendaki, pemerhati atau pengkaji Noah Ark di Mount Ararat..
Pertama: Dr Johdn Morris.
BANYAK sungguh halangan untuk mencari The Great Noah Ark. Saya dah daki banyak gunung lain di dunia dan saya dah daki Ararat nih sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak ingatkan "Mt.Ararat nih memang sebuah gunung yang meragut nyawa".
Kalau dari sebelah selatan, Mt.Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yang dipanggil "Lurah Ahora", terdapat dinding-dinding batu curam. Bahagian yang curam itu sememangnya sukar untuk didaki.Mt Ararat ialah sebuah gunung berapi yang telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa 'banjir besar Noah" itu dulu. Puncaknya ditutupi dengan air batu seluas 17 batu persegi glasiar dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasiar itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh.
Memanjat dari arah air batu yang meluncur itu memang susah. Bermacam-macam masalah akan timbul. Tanah runtuh, cuaca ganas, anjing serigala liar, beruang gunung beserta ular-ular berbisa sering datang menganggu.Puncak gunung yang setinggi 17,000 kaki yang ditutupi dengan airbatu itu pula selalu terjadi cuaca yang tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat. Setiap petang terdapat kilat yang diikuti angin, hujan dan salji. Angin yang bertiup biasanya 100 batu/jam. Pada suatu malam saya pernah alami suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius dan angin bertiup selaju 80 batu sejam. Cuaca sahaja pun telah membuat kita cukup sengsara.
Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung berapi, gas yang keluar dari gunung itu ialah gas beracun yang boleh mendatangkan masalah untuk kami bernafas.Saya sendiri pun tinggal di puncak Ararat selama 1 minggu dan dalam keadaan susah untuk bernafas. Puak-puak yang tinggal berdekatan dengan gunung juga turut memberikan banyak masalah kapada kami, kami telah ditembak beberapa kali oleh perompak. Guerrila Qurdish juga telah menggunakan gunung itu sebagai tempat persembunyian dalam pertelingkahan dengan kerajaan Turkey dan Timur Tengah. Kumpulan kami tidak ada yang terkorban tapi kami menghadapi banyak masalah dan cedera parah.
Ramai orang telah terkorban di gunung itu dalam mencari The Great Noah Ark. Pengalaman yang paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000 kaki. Kami terkena pancaran kilat. Akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu unutk mencari The Great Noah Ark.
Kedua: Mr Ronald Bennet, bekas jurufoto Whitehouse yang sekarang ini telah bersara, tinggal di sebuah bandar -La Jolla, California.
PRESIDEN US Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yang diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yg besar' ditimbus airbatu ketika Air Force One yang membawa President Jimmy Carter melintasi Mt Ararat. [Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec 1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th Dec 1977]
"Saya adalah jurufoto dan wartawan yang membuat liputan segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana-mana bagi membuat laporan tentang aktiviti US President. Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yang sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yang kami naiki. Kami memandang ke tingkap kami nampak dengan jelas "sebuah kotak panjang seperti bahtera yang besar sebahagiannya ditutupi dengan airbatu."
Ketiga: Seorang jurutera.
SEORANG jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagin Utara Mt Ararat kerana urusan perniagaan.Tiba-tiba terkejut melihat satu kotak besar yang panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yang mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar. Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar-gambar yang telah diambil olehnya itu kepada semua rakan-rakan di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yang sama dia cuba mencari bantuan kewangan untuk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari "Noah Ark".
Malangnya dia tidak berjaya dan dengan rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu. Pada 27th Dec.1962, Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dengan keadaan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel. Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar/filem "Noah Ark" telah digeledah orang 10 hari sebelum kejadian. Filem dan gambar Noah Ark telah hilang, ramai kawan baik jurutera itu mengesahkan yang mereka telah melihat foto hitam/putih "Noah Ark" yang berukuran 8 X 10 inchi. Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.
Keempat: Paderi Kristian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana
PENGAKUAN dibuat pada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yang berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yang telah tinggal di kaki M .Ararat. Mengikut sejarah/tradisi, mereka ini adalah keturunan terus menerus yang keluar dari "Noah Ark" itu dan tidak berhijrah ke mana-mana. Keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal dikaki Mt.Ararat itu. Beberapa ratus tahun selepas 'bah besar', anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat untuk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu.
Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macamana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini, mungkin kerana perubahan cuaca, gempa bumi dan sebagainya. Semasa Hj.Yearam masih kecil, ada beberapa orang bangsa asing telah datang ke rumahnya. Mereka ini adalah orang yang tidak percaya dengan Al-Quran dan sebarang agama. Mereka adalah saintis, mereka dalam perjalanan melakukan ekspidisi untuk membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah dongeng semata-mata.
Saintis-saintis itu kemudiannya megupah bapa Hj.Yearam menjadi pemandu ke Puncak Mt Ararat dan Hj.Yearam yang pada masa itu masih kecil pun turut serta. Waktu itu musim panas, airbatu salji yang menutupi sebahgian Puncak Ararat mencair. Selepas bersusah payah mendaki akhirnya mereka pun tiba di puncak. Dengan jelas "Noah Ark" kelihatan seolah-olah berada didalam tasik kecil. Air dari tasik kelihatan melimpah keluar turun kebawah.
Apabila mereka sampai di tasik itu, jelas kelihatan sebahagian dari "Noah Ark" itu tertonjol keluar dari airbatu. Para saintis kemudiannya meluru ke bahtera. Mereka tergaman dan berasa malu. Seluruh bahagian luar dan dalam "Noah Ark" itu diselaputi syellek atau lacker serta bahan pengilat yang kuat dan tebal. Tidak kelihatan sebarang tingkap, terdapat hanya sebuah pintu besar tetapi daunnya sudah tiada lagi. Para saintis kemudiannya marah. Mereka cuba mengopek kayu bahtera tersebut, membuat unggun api bagi tujuan membakar dan memusnahkan "Noah Ark" tersebut. Maha Suci Allah dengan keadaan kekurangan pelbagai alatan segala usaha mereka itu sia-sia.
Apatah lagi dengan keadaan "Noah Ark" itu sendiri yang keras seperti batu. Kayunya tidak berupaya terbakar langsung. Para saintis itu kemudianya memberi amaran kepada ayah Hj.Yearam agar merahsiakan apa yang mereka tahu dan nampak jika mahukan keluarga mereka selamat. Sebab itu dikala tuanya baru bercerita, itu pun hanya pada orang dipercayainya sahaja. Wallahuallam.
Kelima: Captain Gayscoyne
PADA 2nd.May.1883, telah berlaku satu gempa bumi menyebabkan batu dan ketulan runtuh dan turun hingga menutup hampir keseluhuran kampung-kampung yang terdapat di kaki Mt Ararat. Letupan gunung berapi amatlah dahsyat, sehingga dikatakan keseluruhan benua Eropah dapat merasainya. Setahun kemudian, Kerajaan Turkey menghantar 1 kumpulan ekspidisi saintis bagi mengukur sejauh mana kemusnahan yang di akibatkan darinya.
Seorang Inggeris Captain Gayscoyne yang juga merupakan seorang Duta British di Istanbul telah memohon kepada kerajaan Turkey untuk menyertainya. Dia amat bernasib baik kerana dapat melihat kemunculan The Great Noah Ark itu. Bukan itu sahaja, malah pasukan saintis/juru ukur itu telah dapat mengukur "Noah Ark". Malangnya mereka tidak dapat mengukur dengan tepat dan lengkap kerana sebahagian darinya diselimuti dengan airbatu dan hanya 20 hingga 30 kaki sahaja yang terjulur keluar.
Tetapi para saintis/juru ukur itu dapat masuk ke dalam "Noah Ark". Apa yg mereka dapati ialah "Noah Ark" itu diperbuat dari kayu balak purba yang sudah tidak wujud lagi spesisnya didunia hari ini. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga ke 13 kaki.
Keenam: Ed Davis
"SAYA seorang Sarjan Master yang menjaga pembinaan dalam Kumpulan Perkhidmatan Khas Jurutera Tentera di Utara Iran, pada tahun 1943 .Ketika sedang megeluarkan batu dari kuari.. seorang berbangsa Qurdish yang menjadi pemandu pasukan saya memandang kaki Mt.Ararat seraya berkata..
"Ya, disitulah kampung halaman dan tempat dimana orang tua saya tinggal. Yang mana di puncaknya pula terdapat "Noah Ark"..dan ayah saya tahu di mana letaknya 'Noah Ark' itu".
Saya terkejut dan bertanya.."Benar? Boleh bawak saya kesana? " Pemandu Qurdish itu bersetuju mengenalkan saya dgn ayahnya. Suatu hari, Qurdish itu membawa ayahnya melawat saya. Dia memperkenalkan ayahnya. Nama ayahnya Abbas."Pada masa ini,'Noah Ark' masih tidak kelihatan. Dan apabila tiba masanya nanti saya akan datang jemput awak.." kata Abbas.
Beberapa bulan kemudiannya Abbas datang menjemput saya."Kita boleh pergi sekarang kalau nak.." kata Abbas.
Saya tidak buang masa dan inilah saat2 yang paling saya tunggu. Kami seramai 8 orang mula mendaki Mt.Ararat. Suhu amat sejuk dan tidak pernah seumur hidup saya merasa sesejuk serta seletih itu. Jika saya tahu ianya seteruk ini sudah tentu saya tidak akan mahu pergi. Semasa kumpulan kami mendaki ke atas, kami berhenti di sebuah telaga. Saya diberitahu Abbas telaga ini dinamakan 'Perigi Yaakub', memang telah menjadi adat beratus-ratus tahun Nenek Moyang Abbas akan berhenti di Perigi Yaakob, berdoa dan meletakkan seketul batu di atas himpunan batu yang diletakkan oleh orang-orang yang menaiki Puncak Ararat sejak zaman berzaman dahulu lagi.
Kami pun meninggalkan 'Perigi Yaakob' dan mendaki agak jauh dan melalui satu jalan yang digelar "Pintu Belakang". Itu merupakan jalan "short cut" agar perjalanan kami menjadi lebih cepat. setelah beberapa hari mendaki Abbas menyuruh kami semua mengikat tali antara satu sama lain. Mereka memberi satu tali panjang yang mempunyai satu tempat untuk mengikat pinggang. Kami semua mengikat pinggang kami dan saya berada di tempat ke 5. Dua orang Qurdish sentiasa berada di belakang saya seolah-olah pengawal peribadi. Abbas telah kehilangan 2 orang anak lelaki semasa mendaki dahulu dan sebab itulah beliau sungguh berhati-hati.
Saya rasa mereka yang lain semua ada pelaman mendaki gunung ini,sebab mereka semua tahu jalan-jalan yang mereka lalui walaupun keadaan suasana yang gelap.Hanya saya seorang sahaja yang asing dan berbangsa Amerika. Saya tidak mempunyai sebarang alat khas selain dari barang-barang tentera. Saya lihat Abbas dan rakan-rakannya mempunyai peralatan yang baik dan sesuai. Mereka semua dapat alat itu entah dari mana. Abbas kemudiannya memberi cermin penutup muka kepada semua. Kami memakainya sepanjang masa.Abbas juga memberi saya 1 keping logam bersinar yang boleh kami gunakan bagi memberi isyarat.
Abbas juga memberikan saya 1 lampu suluh yang akan digunakan sewaktu melintasi gua. Saya diberikan wisel untuk dibunyikan sekiranya memerlukan sesuatu bantuan dan dilarang sama sekali berteriak dan meninggikan suara. Kami tidur di dalam tidak kurang dari 6 buah gua. Semasa mendaki, kami hanya memakan bubur. Saya sendiri tidak tahu apa isi bubur itu. Rasa-rasanya seperti daging dan sayur sahaja. Pada dinding gua itu terdapat lukisan-lukisan purba. Hanya Abbas dan rakannya sahaja tahu apa makna lukisan itu.
Semua orang masih terikat dengan tali antara satu sama lain. Malah ketika hendak pergi buang air besar pun kami tidak dibenarkan sekali-kali membuka tali. Cuaca tidak elok semasa kami naik, sentiasa hujan dan berangin. Kami berjalan di atas batu dan ais batu. Terdapat bermacam-macam bahaya, kami selalu sahaja tergelincir dan jatuh. Mereka kata jika berlaku sebarang kematian mereka tidak akan membawa mayat itu turun kebawah. Sebab itu saya nampak banyak tulang dan serpihan tengkorak manusia di dalam airbatu. [Memang mereka tinggalkan orang yang mati di atas gunung itu dan saya tidak tahu mengapa..]
Abbas dikatakan penjaga kepada 'Noah Ark' itu semenjak turun temurun. Abbas kata dia tidak suka jika ada orang/bangsa asing naik ke gunung itu untuk mencari/mengkaji 'Noah Ark'. Dia kata setiap orang yang naik mahu mengopek dan memecahkan mana-mana bahagian 'Noah Ark' bagi tujuan membawan balik. Sedangkan orang-orang Qurdish ini tidak mahu 'Noah Ark' itu di apa-apakan. Pertama kali saya nampak 'Noah Ark', ia seolah-olah sebungkah batu biru yang sangat besar. Semakin dekat, barulah rupa bentuknya jelas kelihatan.
Saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah berlubang pecah mungkin bekas dikapak orang. Saya merasa sungguh kagum dan sedikit kecewa kerana tidak dapat menghampirinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa ingin saya menyentuh dan berjalan-jalan di atasnya. Abbas menerangkan bahawa 'Noah Ark' itu mempunyai sumpahannya. Ada sesetengah orang yang telah mendapat penyakit jantung serta mati serta merta di dalamnya.
Sebenarnya sebahagian dari barang-baran antik muatan "Noah Ark" telah pun diambil oleh nenek moyang Abbas semenjak dahulu lagi. Saya sendiri nampak beberapa barang antik berupa mangkuk besar setinggi 2 kaki setengah, pasu, bikar, pinggan yang diperbuat dari kulit kerang, piring pelita itu dirumahnya. Mereka hanya setakat membenarkan saya tengok sahaja. Abbas juga menerangkan pada saya, moyangnya telah menjumpai madu di dalam botol sewaktu ekspidisi bersama saintis Turkey. Dan sekarang madu itu telah di hantar ke Switzerland dan disahkan sebagai madu asli."
Ketujuh:Ed Behling.
DALAM tahun 1973 Ed Behling berada dalam Pasukan Tentera Udara yang ditugaskan mengawal dan memberi perlindungan semasa pembinaan kem tentera di Diaberker, kira-kira 100 batu dari tengara gunung Ararat. Ia mempuyai kawan dari tentera Turki berketurunan Kurdish yang bernama Mustafa.(sebagaimana yang diketahui orang kurdish dianggap 'penjaga' gunung Ararat).
"Namanya Mustafa dan dia juga seorang askar ketika itu, dan saya tak mungkin dapat mencarinya lagi sekarang ini.." kata Edward Behling.
Saya dan Mustafa telah mendaki kepuncak Ararat pada bulan hujung Mei. Sebenarnya Mustafa sendiri pun langsung tidak pernah melihat 'Noah Ark' itu sebelumnya, dan dia berjanji memujuk Pakcik saudaranya yang juga bangsa Qurdish agar turut membawa saya bagi tujuan melihat 'Noah Ark' tersebut. Saya tidak membawa 'kamera' kerana diberitahu pakcik Mustafa sangat berbahaya kerana 'Noah Ark' itu letaknya bersempadan dengan Russia, sementara saya sendiri pula berbangsa Amerika jika ditangkap tentunya mereka semua akan mendapat susah.
Seperti yang telah dijangka awalnya, Pakcik Mustafa pun agak keberatan membawa saya ke 'Noah Ark', apatah lagi saya ini berbangsa asing.[orang Qurdish sememangnya sukar mempercayai orang luar] Saya betul-betul hairan kerana ada satu kumpulan ekspidisi Noah Ark yang bertolak baru-baru ini tidak menemui Noah Ark walaupun menggunakan pemandu Qurdish. Dan saya syak mereka sengaja menunjuknya ke jalan yang tidak betul. Percayalah, jika golongan tua tidak merestui nescaya golongan muda yang memandu itu sekali-kali tidak akan ingkar.
Tidak ada sesiapa yang dapat menghampiri 'Noah Ark' tanpa kebenaran golongan tua Qurdish itu. Setelah bangun awal, Pakcik Mustafa terus membawa kami ke sebelah kawasan gunung. Saya meresakan seolah-olah sedang melalui sebuah lorong di celah-celah batu dan salji turun dengan sungguh lebat. Pak Cik Mustafa itu seolah-olah tahu dengan tepat segala laluan yang dibawanya. Setelah beberapa lama berjalan meredah lorong batu saya merasa teramat letih dan benar-benar berharap mereka akan berhenti rehat.
Dengan tidak semena-mena tetiba Mustafa berpaling ke arah kami dan menunjukkan sesuatu. Saya tengok di satu lurah 50 kaki kebawah, saya nampak sebuah binaan yang hitam dan besar . Ianya amat besar. Salji yang menutup bahagian atasnya telah cair. Bahagian depan bahtera itu sudah pecah dan berlubang. Saya tidak nampak sebarang pintu.Saya sendiri melihat benda sebesar itu terdampar di puncak Gunung Ararat. Oleh kerana cahaya agak kurang, lubang yang terdapat di bahtera itu tidak kelihatan.
Bahtera itu berwarna hitam.Saya nampak ianya seperti satu kotak besar yang panjang. Saya nampak 150-200 kaki saja, selebihnya badan bahtera itu terkambus dengan salji. Saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah ditakuk atau dipecahkan. Ketebalan dinding kapal itu lebih kurang 18 inci. Selepas memerhatinya, Pakcik Mustafa memberi isyarat untuk bergerak. Kami tak dapat untuk melompat kebawah ditempat kapal berada kerana ianya terlalu jauh. Kami tidak membawa tali , Saya memang nak sangat berjalan diatasnya tapi tidak ada peluang.
Kelapan: Dr Robert Ballard.
SEKALI lagi cerita dari Al-Qur'an terbukti kebenarannya melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh barat. Sekumpulan pengkaji ukur bawah air (underwater surveyors) yang diketuai oleh Dr Robert Ballard, yang juga telah menemui Titanic, telah menemui sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7,500 tahun di dasar Laut Hitam, 12 batu dari pantai Turki. Mereka telah menemui struktur bangunan dari batu dan kayu beberapa ratus kaki dari paras air. Penemuan mereka menjadi bukti terhampir kejadian banjir besar di zaman Nabi Noh seperti diceritakan di dalam al-Qur'an dan juga Old Testament.
Ahli sains percaya penemuan tersebut membuktikan kewujudan sebuah kawasan penempatan yang telah tenggelam disebabkan banjir besar yang melanda sekitar tahun 5000 sebelum masihi. Menurut teori mereka, banjir besar tersebut disebabkan pencairan glasier dari tanah tinggi di Eropah. "Ia merupakan penemuan yang sangat menakjubkan" kata Dr Ballad di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk "Research Ship Northern Horizon".
Beliau menerangkan bagaimana sebuah robot bawah air yang meninjau 300 kaki di bawah paras air telah menemui kawasan segiempat berukuran 12 x 45 kaki persegi di mana terdapatnya sebuah struktur daripada kayu dan tanah liat yang telah runtuh. "Beberapa artifak yang ditemui di situ tersimpan rapi tanpa diusik terdiri daripada bim kayu berukir, beberapa cabang kayu dan peralatan dari batu yang telah runtuh dan diselaputi lumpur" kata Dr Ballard.
Kumpulan pengkaji Dr Ballard memulakan kajian di kawasan tersebut setelah dua kapal selam pakar geologi dari Universiti Colombia di New York mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh banjir besar beribu tahun dahulu. Mereka meramalkan apabila zaman ais (Ice Age) berakhir12,000 tahun dahulu, glasier mula menjadi cair. Kawasan timur Mediteranian yang terputus daripada Laut Hitam telah menyebabkan Laut Hitam tidak ditenggelami air walaupun paras air lautan yang lain telah naik.
Ini menyebabkan pada sekitar 7000 tahun yang lepas, empangan semula jadi di Bosphorus telah pecah menyebabkan air di Laut Mediteranian melimpah ke timur menjadi Laut Hitam yang sememangnya terputus daripada laut-laut yang lain. Kekuatan limpahan air tersebut dianggarkan 10,000 kali ganda Niagara Falls. Mereka mendakwa bukti saintifik menunjukkan bahawa kulit kerang dari kawasan tersebut berusia lebih 7000 tahun manakala yang daripada laut lain berusia sekitar 6500 tahun.
Dr Ballard menerangkan "Banyak perkara berlaku telah berlaku apabila air tawar dari sebuah tasik bertukar menjadi air masin sebuah laut 7000 tahun dahulu dan hasil daripada banjir besar tersebut menyebabkan kawasan tanah darat yang sangat luas bertukar menjadi dasar laut".
Tulisan ini dipetik daripada: James Chapman, Daily Mail, UK, 14 September 2000. Jamil Adimin Research and Graduate School University of Manchester. Kesembilan: Ahmet Ali Arslan Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Turkey di Washington DC.
PERNAH bekerja sebagai juruhebah di stesen radio Suara Amerika. Beliau juga seorang penasihat dan penyelidik kanan Institut Sains dan International Technology -Washington DC. "Keluarga saya dari Aralik yang terletak di kaki Mt.Ararat. Di situlah saya dibesarkan. Semenjak kecil saya telah naik ke gunung itu mungkin telah lebih dari 50 kali termasuklah ekspidisi Navarra. Saya menemani satu rombongan ekspidisi saintist dalam tahun 1989 untuk mencari kawasan jurang yang dikenali sebagai Lurah Ahora di pinggir gunung itu. Lurah Ahora ini adalah satu lurah yang sangat curam dan bahaya.
Oleh kerana saya seorang wargenegara Turkey maka saya diberi kebenaran membuat siasatan ke bahagian-bahagian tertentu di Mt.Ararat yang mana dikenalpasti oleh satelit sebagai kawasan yang mungkin merupakan kawasan bahtera. Sebaik sahaja saya dekat dengan kawasan itu lapisan ais yang saya pijak mula bergerak dan saya telah tergelincir sejauh berpuluh-puluh kaki ke bawah jurang. Mujurlah saya tidak terjatuh kedalam lubang jurang. Apabila saya berdiri,dihadapan saya kira 2,100 kaki, saya terlihat satu struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu.
Kira-kira beberapa ribu kaki dari puncak gunung. Saya mula cepat-cepat ambil gambar. Saya yakin itulah The Great Noah Ark yang ada diceritakan oleh kebanyakkan orang. Jika ada pembaca yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah menghubungi Dr Ahmet Ali arsan dialamat 9430,Cloverdale Court, Burke, Va 22015, Amerika Syarikat. (Sila lihat gambar-gambar seperti yang diceritakan di atas dalam tulisan sebelum ini.. Misteri Bahtera Nabi Noh AS. Mengapa Jadi Rebutan CIA/KGB?) ..Dan gambar-gambar selanjutnya dalam artikel sambungan......
DI SEBUAH gunung yang sentiasa diselimuti salji, terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri berharga berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah maha berharga itu bukan saja menarik minat pengkaji sejarah malah pihak perisik AS seperti CIA. KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.
Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan ketat bersama rahsia-rahsia penting lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl bermaksud 'Gunung Sengsara' atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Lainnya terkorban.
Hingga hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'maha berharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu, telah mati secara misteri.
Soalnya sekarang, mengapa 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya ditempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan peninggalan 'Noah' itu benar-benar ada di puncak Mt Ararat? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2,000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5,000 tahun dan selama 5,000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C.
Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba anyg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu.
Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.
Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik / burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo / muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)
The Great Noah Ark ini berada di Mt Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar? Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mt Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki. Bertentangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit. Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu Russia, Iran,Turkey.
Kedudukan Mt Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau anda tengok CNN, hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira-kira 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.
Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt Ararat. Sebuah 'batu nisan' yang didakwa kepunyaan Nabi Noah AS telah dijumpai di Mt Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.
Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji].
Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.
Saya nukilkan kisah ini, iaitu artikel pengalaman-pengalaman menarik para pengkaji Noah Ark. Kerana beberapa hari selepas Hari Raya ini, saya bersama-sama beberapa kawan-kawan akan pergi ke negara-negara sekitar tersebut. Maka dalam mengkaji mencari maklumat-maklumat, saya terjumpa bahan kajian ini.. Saya persembahkan kepada pelayar-pelayar blog ini, moga-moga ada manfaatnya.
Misteri Bahtera Noh ini akan disambung lagi, dan saya tidak pasti catatan perjalanan saya kali ini akan sampai ke situ atau tidak. Allhu 'aklam.
NEW DELHI– Shanno Begum, seorang janda Muslim berusia 32 tahun, berkreatif dalam berusaha mencari sumber pendapatan dengan memecah tradisi yang biasanya dikerjakan oleh kaum lelaki sebagai pemandu teksi di New Delhi.
“Suami saya meninggal dunia tiga tahun lalu. Saya memiliki tiga anak kecil dan mertua yang perlu saya tanggung,” ujar Shanno kepada Agence France Presse (AFP) pada hari Jumaat, 4 September lalu.
Tahun lalu Shanno telah mendaftar untuk menjadi pemandu teksi wanita pertama di New Delhi. “Sebagai seorang jururawat peribadi (sebelum itu), saya biasanya mendapat gaji 4.500 rupee (90 dolar) sebulan untuk pekerjaan selama 24 jam sehari.” ujarnya. “Kini, saya dapat jumlah pendapatan yang sama dengan bekerja selama 8 jam dan waktu bakinya boleh saya gunakan bersama anak-anak saya.”
Itulah sebahgian dari program Yayasan Azad milik Meenu Vadera, sebuah kelompok sukarelawan yang bertujuan membantu kaum wanita tidak mampu untuk berdikari dalam kewangan. “Tujuannya adalah untuk mendirikan sebuah perusahaan di mana wanita sebagai pemegang sahamnya,” ujar Vadera. “Dengan cara begitu, tidak nampak sebagai sebuah yayasan amal, tetapi sebuah perusahaan yang dijalankan bersama.”
Kemunculan India sebagai kekuatan ekonomi global tidak banyak mempengaruhi jutaan wanita buta huruf atau tidak berkelulusan kecuali bekerja buruh kasar sebagai sumber pendapatan. Pekerjaan yang umumnya tiada jaminan perlindungan undang-undang dari pengeksploitasian dan perlecehan.
“Apa lagi ramai dari mereka berasal dari keluarga yang hanya kaum lelakinya saja bekerja.” ujar Poonam Bala, seorang profesor Sosiologi Universiti Delhi. "... latar belakang mereka pula tidak layak bagi memasuki pasaran kerja profesional.”
Teksi wanita ini dirancang akan mulai beroperasi sebelum Commonwealth Games pada Oktober 2010. “Kami telah melatih 9 wanita dan sedang melatih 11 yang lain,” kata Vadera yang akan beroperasi 5 taksi pada Februari dan 20 lainnya semasa Games dimulai. Untuk memastikan keselamatan mereka, pemandu wanita ini telah dibekalkan dengan latihan ilmu pertahanan diri. Juga ditambahkan kelas-kelas etika dan bahasa Inggeris.
“Saya sedang mencari satu program mengkombinasikan sumber pendapatan dengan idea teksi wanita yang akan memberi keselesaan kepada pekerja wanita di Delhi,” ujar Vadera. Ramai wanita India melihat program kreatif ini sebagai jalan keluar dari masalah sosial dan ekonomi mereka.
“Saya terus terima idea itu,” ujar Rita, 24. “Ini membuat saya berdikari dan mampu menyokong diri saya sendiri.”
Bagi Ekta, seorang ibu dari empat orang anak berusia 28 tahun, projek teksi ini membuka pintu yang disangkanya sudah tertutup bagi dirinya sebagai seorang wanita buta huruf. “Sekarang saya rasa bertenaga dan memiliki identiti sendiri, selain menjadi seorang isteri dan ibu.”
Namun, projek tersebut tentu ada masalahnya. Contohnya, lesan pemandu bagi teksi di sana perlukan masa hingga setahun. “Saya tak peduli masalah jantina." kata Vadera, seperti yang sering dipertikaikan apakah wanita dapat memandu dengan tenang dan tepat waktu kerja. “Saya tak jamin.. fakta menunjukkan wanita lebih berhati-hati dari lelaki, patuh peraturan, tak mabuk ketika memandu dan tidak loklak di jalan."
Heena Khan, 22, merasa patah semangat kerana lambat keluar lesen pemandu. “Patah semangat, setelah kerja kuat pun kami tak dapat, juga kerana kami wanita." ujar Khan, yang memiliki 10 ahli keluarga bergantung padanya.
Nampaknya pekerjaan sebagai pemandu bagi wanita Muslim semakin menjadi-jadi di seluruh dunia. Pernah sebuah perusahaan di Eropah mengambil wanita minoriti sebagai driver bas kota di waktu tersibuk yang dikatakan dapat kurangkan insiden. Saiqa Mehmooda, seorang pemandu Muslimah yang memakai tudung waktu kerja memberitahu lelaki muda Muslim lebih menunjukkan rasa hormat kerananya.
Sebuah perusahaan teksi di Beirut juga sedang mengembangkan sebuah konsep baru, dimana mereka mengkhususkan kepada penumpang wanita sahaja.. “Dulu, agak susah nak jumpa pemandu wanita, kerana itu tugas lelaki. kata Nawal Yaghi Fakhri, pemilik perusahaan 'Taxi Banat' yakni teksi khas untuk wanita yang baru dilancarkan. (Pelbagai sumber/AK)
Atas: Datuk Bandar London Boris Johnson & atas kanan Lim Guan KM P.Pinang.
Bawah: Datuk Bandar London, Boris Johnson sedang mengenakan 'Shawl', pakaian tradisional Parsi dalam sebuah kunjungannya ke masjid ...
LONDON– Datuk Bandar London, Boris Johnson, mengajak warga bukan Islam berpuasa selama satu hari dalam bulan Ramadzan untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik atas tetangga Islam mereka, Daily Mail melaporkan pada hari Jumaat, 4 September lalu.
“Saya menggalakkan masyarakat, terutama selama bulan Ramadzan ini, untuk mengambil tahu lebih jauh tentang Islam,” ujar Johnson dalam sebuah kunjungan ke Masjid London Timur dan London Muslim Centre.
“Tingkatkan pemahaman dan pembelajaran kita, bahkan berpuasalah selama satu hari dengan tetangga Muslim anda dan berbuka puasalah di masjid setempat.”
Di bulan Ramadzan, Muslim yang telah dewasa, kecuali mereka yang sakit dan dalam perjalanan, menahan diri dari makan, minum, merokok, dan berhubungan suami isteri mulai subuh hingga maghrib. Sebahagian besar mendedikasikan waktunya selama bulan suci itu untuk mendekatkan diri pada Allah dengan menahan diri, berbuat kebaikan, dan beribadah.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kaum Muslim untuk menghabiskan sebahagian harinya selama bulan Ramadzan membaca kitab suci Al Qur’an. Banyak lelaki yang melakukan i’tikaf (berdiam dan merenungkan diri) dalam 10 hari terakhir bulan Ramadzan di masjid-masjid. Johnson mengatakan bahawa memiliki pemahaman yang lebih baik tentang Muslim akan membantu menyingkirkan idea-idea negatif dan mengakhiri perbedaan dalam masyarakat.
“Saya akan amat terkejut, kalau anda tak jumpa banyak persamaan lebih dari yang kita sangka." katanya.
Beliau juga memuji peranan Muslim dalam mengatasi 'stereotype tradisional'. “... di dalam pentas teater, komedi, sukan, muzik, atau politik, kaum Muslimin selalu bergelut dengan stereotype tradisional..” ujarnya. “Mereka menunjukkan bahawa mereka ada, dan menjadi sebahagian dari komuniti umum.”
Sebuah kajian dilakukan oleh kerajaannya baru-baru ini, telah menemui sebuah arus negatif dan cerita tidak seimbang di media Inggeris, telah memberikan gambaran buruk terhadap kaum Muslimin dan keyakinan mereka, dengan menggambarkan mereka sebagai musuh dalam selimut. Muslimin di sana, dianggarkan berjumlah hampir dua juta, telah diserang kuat dituduh sebagai pengganas. Mereka telah berulangkali mengeluh mendapat layanan buruk oleh pihak polis tanpa alasan, hanya semata-mata kerana mereka Muslim.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Cara ini adalah suatu pendekatan yang baik, terutama bagi pemimpin-pemimpin bukan Islam di Malaysia. Mereka perlu menjelaskan keadaan Islam sebenar kepada rakan-rakan mereka yang bukan Islam sebagai langkah praktikal merapatkan jurang hubungan agama dan bangsa di negara ini. Saya harap KM Pulau Pinang membaca komen ini...
Malaysiakini: Nyalaan lilin Hindraf, 16 ditahan di KL
ENAM belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini.
Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.
Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.
Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.
Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.
Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan isteriUthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.
Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.
Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.
Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu. (AK)
Perarakan haram: 16 orang termasuk 3 wanita ditahan
KUALA LUMPUR: Polis telah menahan 16 orang termasuk tiga wanita selepas mereka berarak secara haram dari Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, menghala ke Dataran Merdeka di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata kira-kira 50 peserta perarakan itu dari sebuah pertubuhan haram mula berkumpul pada pukul 7.45 malam sebelum berarak dengan membawa lilin kuning dan bunga ros merah dan putih.
Tujuan perarakan itu adalah untuk menuntut hak kebebasan beragama di negara ini.
"Pihak polis mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengawal keadaan dan menyurai perarakan haram itu," katanya kepada pemberita di lokasi tersebut.
Katanya semua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan. BERNAMA
JENDELA GLOBAL Chinese security forces block an entrance to the People’s Square in Urumqi, yesterday. —Reuters pic
URUMQI 5 Sept. - Beribu-ribu askar China dengan bantuan kereta kebal melakukan rondaan di ibu kota wilayah Xinjiang hari ini, selepas lima orang terbunuh dalam protes terbaru membantah beberapa serangan jarum suntikan yang didakwa dilakukan oleh puak pemisah Islam Uighur.
Serangan dengan jarum suntikan itu menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk yang masih trauma dengan rusuhan etnik dua bulan lalu yang dilaporkan telah meragut hampir 200 nyawa. Hari ini menandakan genap dua bulan sejak berlakunya rusuhan yang merupakan keganasan etnik terburuk di Xinjiang dalam tempoh berpuluh-puluh tahun.
Polis separa tentera mendirikan sekatan jalan raya di sekitar ibu pejabat kerajaan dan Parti Komunis, di mana pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata semalam untuk menyuraikan sekumpulan penunjuk perasaan etnik Han. Penunjuk perasaan itu menuduh kerajaan tidak bertindak tegas untuk melindungi mereka daripada diserang puak pelampau di kalangan masyarakat Uighur di sini.
Jalan masuk ke kawasan penduduk Islam di bandar ini masih disekat oleh ribuan askar yang menggunakan penghadang besi dan kereta kebal. Belum ada angka terbaru bagi serangan dengan jarum suntikan itu tetapi laporan tidak sah mendakwa insiden baru terus berlaku.
Selepas khabar angin mengenainya tersebar selama berhari-hari, serangan jarum suntikan itu akhirnya dilaporkan secara rasmi pada Rabu lalu. Semalam, Timbalan Datuk Bandar Urumqi, Zhang Hong berkata, 21 suspek yang kesemuanya Uighur ditahan termasuk empat orang yang didakwa, manakala kebanyakan mangsa adalah Han. Polis berkata, hospital-hospital di sini merawat 531 orang yang mendakwa mereka diserang, 106 daripada mereka jelas menunjukkan tanda-tanda diserang dengan jarum, lapor agensi berita Xinhua. - AP
Komen Blog Ibnu Hasyim: Menurut berita yang kami terima malalui telefon dari China, penunjuk perasaan etnik Han yang 'menuduh kerajaan tidak bertindak tegas untuk melindungi mereka daripada diserang puak pelampau di kalangan masyarakat Uighur' mula membuat hal, pada hal dulu merekalah yang merampas tanah-tanah penduduk Uighur macam yang berlaku di Palestin. Sila lihat lagi...
SHAH ALAM, 5 Sept: Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.
Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.
"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.
"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."
Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, bagi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.
Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.
Pembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.
Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.
Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.
Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.
Katanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."
Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.
"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.
Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."
Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.
Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.
Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.
Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.
"Woi, kaulah pengkhianat-pengkhianat agama lah!" cemuhnya.
Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.
Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.
Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.
K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."
Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."
Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.
Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.
Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.
"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.
Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.
Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.
Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.
Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. Beliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.
Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.
Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.
Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.
Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.
Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.
Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.
Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.
Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun. (Harakah)
Mstar Online: Exco Dr Hasan Ali dipanggil menghadap Sultan Selangor
SHAH ALAM Sabtu September 5, 2009 : Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali hari ini telah dipanggil menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah kerana didakwa tidak memaklumkan kepada Baginda berhubung arahan untuk menangkap orang Islam minum arak di tempat awam negeri itu.
Dr Hasan dilihat memasuki perkarangan Istana Bukit Kayangan pada pukul 11.50 pagi dan meninggalkan istana pada pukul 2.25 petang.
Beliau bagaimanapun tidak langsung memberhentikan kenderaannya ketika melalui sekumpulan wartawan yang mahu mendapatkan komennya mengenai agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Pada 25 Ogos lalu, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor berkata pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di negeri itu telah diberi surat kuasa untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor untuk menangkap orang Islam yang minum arak di tempat awam.
Menurutnya, perkara tersebut dilakukan tertakluk di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia berkata, bagi kesalahan meminum arak di tempat awam, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Sehubungan dengan itu, Dr Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, antara kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadan ialah makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai pada masa berpuasa.
Sementara bagi orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali
Usaha menghubungi Dr Hasan untuk mendapatkan komen beliau mengenai pertemuannya dengan Sultan bagaimanapun tidak berhasil.
Pegawai perhubungan awam dari pejabat Menteri Besar memberitahu pemberita bahawa Menteri Besar, Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun, Setiuasaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan bahawa mesyuarat antara Baginda Sultan dan Dr Hasan adalah untuk berbincang mengenai isu-isu harian.
Ketika ditanya adakah isu penempata semula kuil turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, Mohamad Munir hanya ketawa tanpa memberi satu jawapan yang jelas. (AK)
Blog Ibnu Hasyim: Teruskan perjuangan menegakkan keadilan Islam dan kemanusiaan.
PENYELIDIK ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik/ racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.
Satu: Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubatan moden.
Kedua: Puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat menajamkan minda. Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal berkesan.
Dr. Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi telah membuktikan bahawa puasa boleh mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan orang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang tidak berpuasa.
Ketiga: Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.
Keputusan didapati, kongres itu telah menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas. Rupanya sama dengan 4 resolusi Pertubuhan Kesihatan SeDunia dalam mengenal pasti pelbagai punca penyakit masa kini disebabkan sindrom metabolik. Empat perkara yang sama itu ialah..
1. menurunkan gula darah, 2. tekanan darah, 3. lipid darah dan 4. berat badan atau obesiti.
Jadi, berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan, “Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran menyatakan, dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.
Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu, perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.
Sila lihat tulisan lalu yang ada kaitan denga sambut Ramadzan..
Waktu terbaik bersukan adalah 45-60 minit sebelum berbuka dengan ambil masa 30 minit. Boleh di rumah saja tak semestinya ke gym. (SuaraMedia News)
PUASA Ramadzan memang istimewa. Selain bernilai ibadah, puasa juga bermanfaat menyehatkan badan. Bagaimana menjaga tubuh supaya tetap segar bugar dan bersemangat selama puasa walaupun sudah berlalu seminggu lebih? Anda masih tetap semangat berpuasa kan?
Menurut seorang dokter specialis anak RS Pondok Indah Jakarta, Dr Adi Tagor SpA DPH, walaupun telah berusia 73 tahun, lelaki yang dipanggil DrTagor ini tetap semangat berpuasa Ramadan. "Kuncinya ialah menjaga cairan tubuh, itu saja," ucapnya.
Jadi, menurut ilmu perubatan, menjaga kecukupan cairan dalam tubuh merupakan kunci utama puasa yang segar dan berstamina. Dokter, yang juga berpraktikal di sebuah klinik di kawasan Prapanca dan Pondok Pinang itu mengingatkan orang yang berpuasa supaya tidak malas minum air waktu berbuka hingga imsak tiba. Pada malam hari, umumnya orang cenderung tidak merasa haus kerana sistem hormon dan mekanisme nokturnal tubuh telah mengaturnya demikian.
"Akibatnya, orang jadi lupa minum di waktu malam, apalagi kalau di ruangan ber-AC. Padahal, saat puasa seharusnya banyak minum pada malam harinya." kata Tagor, kepada www.suaramedia.com. Kesimpulannya, puasa boleh sehatkn badan, maka rugilah bagi mereka yang tidak berpuasa. (AK)
Sila lihat tulisan lalu yang ada kaitan denga sambut Ramadzan..
BERNAMA: Kerajaan Selangor tangguh cadangan pindah kuil
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menangguhkan dan akan mengkaji semula cadangan memindahkan Kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mendengar rintihan dan bantahan yang dikemukakan penduduk kawasan itu semasa dialog mengenai isu itu berlangsung.
Turut hadir dalam sesi dialog itu ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Batu Tiga, Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Othman Omar.
Abdul Khalid berkata, pemindahan kuil dari Seksyen 19 yang terletak berhampiran kawasan penempatan akan diteruskan, kerana isu itu telah berlarutan hampir 20 tahun dan ia perlu diselesaikan dengan mencari tapak lain yang sesuai.
“Ini bukan senang, langkah seterusnya kita akan berbincang dengan PKNS (bagi mencari) satu tempat yang sesuai dengan Jawatankuasa Kuil Seksyen 19, dan penduduk sekitar yang bakal terbabit. Ia perlu dilakukan segera, pemindahan kuil perlu diselesaikan, kalau tidak jadi isu antara penduduk," katanya. - Bernama
Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengikut laporan Bernama ini, walaupun cuba ditonjolkan kelemahan pimpinan PR Selangor, namun hal ini membuktikan kprihatinan PR kepada rakyat berbagai kaum. Tetapi siapa dalang dibelakang 'demontrasi kepala lembu' itu perlu dibongkar dan didedahkan kepada rakyat, terutama pada pengundi bukan Melayu di N31. Jangan bagi can!
SEORANG blogger Umno yang juga bekas ADUN Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (sakmongkol.blogspot.com) membayangkan Umno tidak boleh menggunakan isu ekonomi, demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Demikian kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di KL hari ini, berikutan pilihan raya kecil N31 DUN Bagan Pinang P132 T/Kemang yang dijangka akan diadakan berikutan kematian ADUNnya Allahyarham Azman Mohd Noor semalam.
"Jika digunakan isu ekonomi, rakyat akan bertanya mengapa hanya kroni tertentu sahaja yang mengaut sebahagian yang amat besar dari kek ekonomi? Jika digunakan isu demokrasi dan kedaulatan undang-undang, rakyat akan mempersoalkan adakah Umno menjunjung nilai-nilai demokrasi dan kedaulatan undang-undang? Satu-satunya isu yang boleh digunakan oleh Umno ialah menakut-nakutkan orang Melayu kononnya kepentingan mereka terancam," Salahuddin menjelaskan.
Sebab itulah, kata beliau, Umno mengapi-apikan perkauman.
"Sambil itu, Umno terus menyembunyikan hakikat bahawa Tanah Rezab Melayu susut kira-kira 44 peratus sepanjang pemerintahannya, RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diperuntukkan kepada bumiputera dari 1984 sehingga 2005 hilang entah ditelan kroni siapa, nasib malang orang-orang Melayu di Pulau Pinang, setinggan-setinggan Melayu dizalimi seperti yang berlaku di Kampung Berembang ketika Umno memerintah Selangor dan pelbagai pengkhianatan lain ke atas orang-orang Melayu ketika di bawah pemerintahan Umno dan BN," kata beliau.
Ditanya mengenai 4,925 undi pos di kawasan itu, Salahuddin berkata, PAS akan membincangkan tindakan yang akan diambil mengenai perkara itu. Dalam pilihan raya umum lalu, Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi di mana 66 peratus darinya Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain. Dari carian yang dibuat, kawasan itu mempunyai 4,925 pengundi pos.
Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).
Meskipun demikian, dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Ramli Ismail berjaya memperolehi 4,097 undi, hampir kesemuanya dipercayai dari 9,267 pengundi yang tidak mengundi melalui undi pos. Calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor yang meninggal dunia semalam memenangi kerusi itu dengan mendapat 6,430 undi dengan majoriti 2,333 undi.Salahuddin juga mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azman dan berharap roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Komen Ibnu Hasyim..
Pertama: Dulu dikatakan PAS, DAP adalah parti perkauman bila berkempen di kawasan majoriti Melayu atau Cina. Menyebabkan PAS kalah di kawasan Cina dan DAP kalah di kawasan Melayu. Kerajaan terus meminda kawasan pilihan raya menjadikan undi bukan Melayu sebagai kuasa penentu dalam setiap pilihan raya. Inilah sebenarnya senjata BN.
Tapi suasana kini sudah berubah, rakyat pun sudah muak dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin BN. Senjata kuasa penentu pada pengundi bukan Melayu sudah berubah menyokong pembangkang. Senjata BN itu sudah makan tuan. Yang mempertahankan UMNO kini tinggal di kawasan di kawasan majoriti Melayu. Memandangkan N31 DUN Bagan Pinang ini kawasan majoriti Melayu (66%), maka isu perkauman menjadi peluru ampuh bagi pertahankan kawasannya. Mungkin isu pilihan raya kali ini adalah isu perkauman.
Kedua:
Dikatakan UMNO menjadi penaja kepada 'demontrasi kepala lembu' di Shah Alam baru-baru ini, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangaor, setelah mereka berjaya menjatuh kerajaan PR di Perak. Isunya sudah merebak ke peringkat antarabangsa, contohnya terdapat kecaman dari Yayasan Penganut Hindu Amerika (HAF). Bahkan, kini ianya menjadi isu penting jika dibongkarkan berterusan dan mampu mendedahkan pekung busuk perkauman UMNO kepada pengundi, terutamanya yang bukan Melayu (10.5 % Cina, 19.9% India dan 3.5% bangsa-bangsa lain), pasti boleh menggugat BN dalam pilihan raya kecil tersebut. Sekali lagi, senjata UMNO makan tuan!
Ketiga: Ya. Moga-moga berkubur lagi UMNO dalam pilihan raya kecil kali ini. Apalagi di Negeri Sembilan yang BN menang rapuh.
Akhirnya, Blog Ibnu Hasyim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azman wakil rakyat BN itu, dan berharap roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Amin. (AK)
DATA PILIHANRAYA UMUM 12
P132 TELOK KEMANG (PKR) Jumlah Pengundi: 60,186 [ M: 40.6% C: 36.1% I: 22.2% L: 1.1%] 1. Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR) (23,348) 2. Datuk S. Sothinathan (BN) (20,544) 3. Mohd. Rashid (Bebas) (601) Majoriti: 2,804 Jumlah undi: 45,792 Peratus mengundi: 76.08% Undi rosak: 1,299 Penyandang: S. Sothinathan (BN) (Majoriti: 17,777 undi)