Tuesday, July 07, 2009

Pondan Ini Kempen BN?

HALAMAN HIBURAN

GAMBAR siapa ni? Entahlah. Aku pun tak tahu. Tetapi gambar ini diletakkan di dalam wfauzdin.blogspot.com di bawah tajuk 'BN memperalatkan Pelakon Jalaludin Hassan di Manek Urai?'

Diceritakan dalam blog itu, Jalaluddin Hassan dilihat berada di satu majlis ceramah BN di Kg Laloh. Dia adalah seorang aktor yang sering berlakon membawa watak lelaki romantis dan kadangkala berwatak miang ini di dalam kesibukannya sebagai pelakon, sempat hadir ke Manek Urai. Paling menarik, beliau pernah memegang watak`pondan’ atau`bapok’ dalam sebuah filem. Jangan tanya apakah hukumnya berlagak seperti pondan kerana beliau pasti tahu jawapannya, maklumlah anak seorang guru agama terkenal.

Dia adalah seorang pelakon sudah agak veteren anak kepada tokoh agama Dato’ Haji Hassan Azahari (seorang hakim Tilawah Al-Quran, Guru Al-Quran dan popular dengan siri Muqaddam di TV sewaktu ketika dahulu) dan beradik pula dengan Ketua Polis Negara, dan bekas YB Umno Datuk Fuad Hassan. Sebagai satu keluarga dengan Datuk Fuad Hassan yang juga penceramah import dari Selangor, Jalaluddin Hassan sudah tentu akan menggunakan `glamour’nya sebagai pelakon untuk menarik undi masyarakat di Manek Urai menyokong Umno.

Tetapi kata blog itu lagi, "Sayang sekali, beliau salah tempat dan Kelantan bukan tempat untuk artis menonjolkan `glamour’. Kelantan hanya terbuka untuk artis yang sanggup berhijrah dan berlapang dada dengan Islam. Kelantan bukan untuk artis mengampu pemimpin kerajaan. Kehadiran beberapa artis yang lebih terkenal dari aktor veteren tersebut ke bumi Kelantan kesemuanya akur dengan Islam yang dibawa oleh PAS di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Penyanyi seperti Amy Search dan juga Siti Nurhaliza jauh (lebih) popular dari Jalaluddin Hassan, dan mereka akur serta hormati kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz."

Komen Blog Ibnu Hasyim:

1..BN perlu belajar banyak dari Pilihan Kecil Bukit Gantang baru lalu... Sampai menteri bahagian agamanya sanggup melopong di bawah pentas lihat penari atau penyanyi wanita separuh bogel dan lucah melompat-lompat atas pentas di hadapannya. Muka tak malu!!

2..Apalagi di negeri Kelantan yang ditarbiah oleh Tok Guru PAS ini, seperti yang disebut oleh penulis blog seperti di atas amat tidak sesuai... Ertinya PAS Kelantan berjaya mentarbiahkan rakyatnya menjadi baik seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. Bukan macam kerajaan BN (dulunya PERIKATAN), sudah 50 tahun lebih memerintah tetapi rakyat masih kekal dengan racun 'otak biru & kuning'nya hasil dari tarbiah yang menyalahi agama.

3..Kalau nak kerajaan yang makmur dalam keredaan Tuhan, pilihlah PAS bersama Pakatan Rakyat.

Porrah BN!!





Oleh ASYOK KUMAR.

Rusuhan Di Xinjiang 2.. Paling Buruk Di China.

JENDELA GLOBAL

BERIBU-RIBU penduduk Muslim Uighur merusuh di Urumqi kelmarin dalam ketegangan etnik paling buruk di China dalam masa beberapa dekad. Polis dituduh lepaskan tembakan membabi buta. Di Urumqi, ibukota Xinjiang, sekurang-kurangnya 140 maut apabila penduduk Islam Uighur merusuh di wilayah Xinjiang dalam ketegangan etnik paling buruk di negara itu dalam masa beberapa dekad.

Keganasan kelmarin membabitkan beribu-ribu orang, kata agensi berita Xinhua melaporkan angka kematian berkemungkinan meningkat. Lebih 800 lagi cedera dalam kejadian itu. "Angka kematian di Xinjiang meningkat kepada 140 dan masih bertambah," menurut Xinhua dalam laporan terbaru, selepas pada awalnya berkata cuma tiga maut.

Agensi berita berkenaan, memetik kenyataan pegawai kerajaan tempatan, menyatakan 'beratus-ratus' sudah pun ditahan kerana pembabitan dalam keganasan itu. Rangkaian televisyen CCTV menyiarkan rakaman dramatik menunjukkan perusuh menterbalikkan kereta polis dan memecahkan tingkapnya, seorang wanita ditendang ketika terbaring di atas tanah dan bas serta kenderaan lain terbakar.

"Semua pemilik kedai di sini amat takut," kata seorang pemilik bar berketurunan Han yang enggan dikenali kepada AFP. Seorang wanita menyelamatkan diri sambil membawa anaknya. Dia menganggarkan kira-kira 3,000 perusuh Uighur, sebahagian daripada mereka bersenjata belantan kayu dan pisau. Kerajaan wilayah Xinjiang menyalahkan rusuhan itu ke atas Rebiya Kadeer, pemimpin Uighur yang tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat, kerana mendalangi ketegangan berkenaan.

"Siasatan awal menunjukkan keganasan didalangi pemisah Kongres Uighur Sedunia diketuai Rebiya Kadeer," menurut kenyataan kerajaan yang dipetik Xinhua. Bagaimanapun, kumpulan etnik Uighur dalam buangan, yang sudah lama menentang pemerintahan China di Xinjiang, menuduh pasukan keselamatan bertindak keterlaluan dalam menyuraikan bantahan aman oleh beribu-ribu penduduk, dan berkata polis melepaskan tembakan membabi buta.

Pasukan tentera membuat hadangan menghalang pergerakan perusuh di Urumqi, Xinjiang, kelmarin. Polis pencegah rusuhan dan pasukan keselamatan lain bersenjatakan mesingan dan membawa perisai dilihat di Urumqi semalam, menghalang bantahan selanjutnya, kata wartawan AFP di tempat kejadian. Trak yang membawa anjing polis turut dibawa ke Urumqi dan sebahagian besar kawasan Islam itu ditutup, katanya.

Seorang pelancong Amerika memberitahu dia terdengar bunyi tembakan ketika keganasan merebak. "Saya dengar bunyi tembakan dan melihat polis, kereta perisai putih, dua bas dipenuhi tentera dan trak hijau tentera yang diselimuti kanvas bergerak," katanya. AFP (AK)

Lihat Sebelum ini...
Rusuhan di Xinjiang... Nampak Wanita Tu Bertudung!...

Rusuhan Di Xinjiang 1... Nampak Wanita Tu Bertudung!

JENDELA GLOBAL

Seorang wanira Uighur menyuarakan bantahan di hadapan sekumpulan polis separa tentera di Urumqi, wilayah Xinjiang di barat China. Kaum etnik Uighur bergelut dengan pasukan polis bersenjata dalam satu demonstrasi Ahad lalu, dipercayai keganasan etnik terburuk di barat China sejak berdekad lalu yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 156 nyawa, sementara 1,434 orang yang terlibat ditahan. -fotoAP.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya wanita itu memakai tudung dan di Uighur ramai penduduk Islam.. Adakah ke
na mengena dengan agama?

Selasa Julai 7, 2009 Polis tahan 1,434 terlibat dalam rusuhan di Xinjiang

URUMQI (China): Polis China menahan 1,434 orang dipercayai terlibat dalam satu keganasan etnik yang dipercayai terburuk sejak berdekad di wilayah Xinjiang barat China, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 156 nyawa.

Media tempatan melaporkan, penahanan itu dibuat ketika kawalan ketat dilakukan di wilayah itu, dengan ratusan polis separa tentera menggunakan perisai dan senapang untuk mengawal jalan-jalan di ibu kota Urumqi, tempat tercetusnya keganasan tersebut Ahad lalu.

Keganasan itu tidak memberi petanda yang baik dalam usaha China untuk meredakan ketegangan etnik antara puak minoriti Uighur dan etnik Cina Han di Xinjiang.

Perkhidmatan telefon bimbit dan laman rangkaian Twitter di kawasan itu telah disekat, manakala jaringan internet juga telah dipotong atau menjadi perlahan.

Satu bantahan aman melibatkan 200 individu turut berlaku di bandar kedua, Kashgar dan agensi berita Xinhua melaporkan, pihak polis mempunyai bukti mereka yang menyertai bantahan itu cuba untuk menganjurkan lebih banyak pergolakan di Kashgar, Yili dan Aksu.

Menurut agensi itu, polis telah menyerbu beberapa kumpulan yang berhasrat untuk mencetuskan pergolakan di bandar Dawan di Urumqi.

Kekacauan di Urumqi bermula Ahad lalu selepas 1,000 hingga 3,000 orang berkumpul di People's Square bagi membantah kematian 25 pekerja kilang Uighur yang dipercayai terbunuh dalam satu rusuhan di Selatan China. AP (AK)

Ada Masalah Pembantu Rumah? Baca Ini..

PENGGUNA

Berita Selasa Julai 7, 2009: Indonesia batal pembekuan penghantaran pembantu rumah Ogos depan

KUALA LUMPUR: Indonesia mungkin membatalkan pembekuan tenaga kerjanya ke Malaysia seawal-awalnya 1 Ogos depan sekiranya rundingan kedua-dua negara pada pertengahan bulan ini mencapai kata putus yang positif, kata Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Erman Suparno.

Beliau berkata mesyuarat tersebut yang dijangkakan berlangsung di Kuala Lumpur adalah bagi mengkaji semula Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai tenaga kerja yang ditandatangani pada Mei 2006 oleh kedua-dua buah negara.

Katanya pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia akan ditarik balik selepas perbincangan mengenai kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu diselesaikan.

"Kami optimistik untuk meneruskan penghantaran tenaga kerja. Bagaimanapun semuanya bergantung kepada keputusan perbincangan akan datang.. Ogos nanti semuanya akan normal seperti sediakala jika semuanya okay dan semua pihak berpuas hati," katanya kepada pemberita di Kedutaan Besar Indonesia di sini semalam.

Iklan dibawah ini sebagai satu cara penyelesaian mengenai masalah pembantu rumah. Oleh itu pihak Blog Ibnu Hasyim tolong perkenalkan, walaupun kami belum kenal secara dekat...

PERHATIAN:

Maaf, iklan ini telah dibatalkan dan ditarik balik. Kemaskini pada Julai 26, 2009.

(AK)

3 Gambar Ini.. Siapa Presiden Indonesia?

JENDELA GLOBAL

Muhammad Fadhlullah mencatat dalam blog 'Suara Anak Muda', sebagai komen kepada 3 gambar ini..


"Jika ingin dilihat kepada penampilan secara zahir, maka pasangan Jusuf Kalla-Wiranto lah yang kelihatan agak baik penampilannya dengan isteri-isteri yang berjilbab( photo 1 atas sekali) berbanding Megawati yang jelas sangat sukar melihat jilbab dikepalanya (photo 2 bawah) dan Susilo yang mempunyai isteri yang tidak berjilbab bersama gandingannya Boediono (photo 3 bawah sekali)."


Siapa Bakal Pres dan wakil Pres Indonesia?


KEMPEN Pemilihan Umum (Pemilu) calon Presiden dan calon wakil Presiden Indonesia 2009 telah berakhir pada hari semalam (Sabtu lalu). Dalam peraturan Pemilu di Indonesia, tempoh berkempennya sangat panjang, berbulan-bulan, namun ia mesti dihentikan beberapa hari sebelum hari Pemilu. Hari ini semua iklan-iklan di TV dihentikan, banner dijalanan segera diturunkan oleh majlis perbandaran, poster-poster dan apa sahaja symbol-simbol mana-mana partai dihilangkan kesemuanya.


Bagi Megawati dan pasangannya, Prabowo Subianto, rapat mereka bersama pendokong diadakan besar-besaran di Semarang dan Jusuf Kalla-Wiranto pula di Jawa Timur, turun dalam himpunan besar-besaran bertemu para pendokong, para ulama’, kiyai-kiyai, melawat pesantren dan sebagainya. Jusuf Kalla mempunyai sedikit pengaruh kepada pesantren kerana latar belakang agamanya dan keluarganya yang berkait dengan pesantren.


Program rasmi besar-besaran ketiga-tiga calon ini berupa himpunan besar-besaran terakhir dilakukan Sabtu kelmarin. Susilo dan gandingannya mengadakan rapat besar-besaran di Stadium Bung Karno, Jakarta yang dihadiri puluhan ribu pendokongnya dan partai-partai yang berkoalisi dengan mereka berdua walaupun tidak bertanding. Partai Keadilan Sejahtera (PKS) turut kelihatan kibaran benderanya didalam acara rapat Susilo-Boediono kelmarin.


PKS antara partai yang memberikan dokongan pada SBY dan gandingannya. Walaupun secara peribadi, saya agak sedikit terkejut dengan dokongan PKS tersebut. Namun, sebagai sebuah partai yang memperjuangkan Islam, setiap tindakan mereka, merekalah yang lebih mengetahui baik dan buruknya, bagaimana Fiqhul Waqi’ mereka, bagaimana Fiqhud Dakwah mereka dan seumpamanya samada mendatangkan keuntungan untuk Islam atau tidak. Kerana mereka juga ada majlis Syura yang memutuskan sesuatu tindakan. Perlu diingat bahawa, semua partai-partai yang memberikan dokongan kepada mana-mana calon pres yang bertanding ini, mereka telah mempunyai kontrak politik yang telah disepakati.


Maksudnya, mesti ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh Susilo-Boediono jika menang nanti sebagai ‘perjanjian’ kepada partai-partai yang mendukungnya ini. Maka, PKS lebih mengetahui mengapa mereka mendukung SBY-Boediono dan mereka lebih tahu apa keperluan yang perlu mereka ‘mengarahkan’ kepada SBY untuk dilaksanakan nanti.


Bagi Megawati dan pasangannya, Prabowo Subianto, rapat mereka bersama pendokong diadakan besar-besaran di Semarang dan Jusuf Kalla-Wiranto pula di Jawa Timur, turun dalam himpunan besar-besaran bertemu para pendokong, para ulama’, kiyai-kiyai, melawat pesantren dan sebagainya. Jusuf Kalla mempunyai sedikit pengaruh kepada pesantren kerana latar belakang agamanya dan keluarganya yang berkait dengan pesantren.


Muhammad Fadhlullah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails