Saturday, June 06, 2009

Tahalluf Siyasi /Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO - Wakil Selangor.





SHAH ALAM, 6 Jun - PAS Selangor menegaskan bahawa pihaknya akan berdepan dengan Umno bagi membincangkan isu tahalluf siyasi dan kerajaan perpaduan. Demikian ujar Sallahudin Nasir, perwakilan Selangor ketika perbahasan ucapan dasar Presiden sebentar tadi.

"Selangor akan berdepan dengan Umno bagi membincangkan secara terbuka mengenai tahalluf siyasi sama ada Umno Selangor mahupun Umno pusat," katanya kepada sidang muktamar Tahunan PAS kali ke-55 di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini. Mengulas lanjut berkenaan kesan perlaksanaan Islam ke atas kerajaan Pakatan rakyat di Selangor, pihaknya menyatakan bahawa Negeri Selangor telah mengadakan rundingan bersama pihak tertentu dalam isu arak.

"Kami mencadangkan agar diwujudkan satu sekretariat untuk membincangkan hal-hal yang penting dalam usaha memperkasakan Pakatan Rakyat pada hari ini," ujarnya. Dalam pada itu beliau yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Gombak menyatakan rasa simpati beliau terhadap pergolakan politik yang berlaku di negeri Perak sekarang ini.

"Saya berharap agar Perak dapat bertahan dengan suasana politik yang kian bergolak... Ini kerana perjuangan untuk menentang Umno perlu diteruskan kerana walaupun parti itu kini dalam keadaan lemah tetapi ia masih hidup," katanya lagi. Namun begitu, beliau optimis bahawa keadaan sokongan rakyat kini tetap memihak kepada Pakatan Rakyat.

"Justeru, kita harus bersyukur dengan apa yang ada dengan tidak melupakan apa yang diperolehi sebelum ini," demikian ujar (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails